Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

WamakaruwamakaraLlah…

Saya tidak peduli apa juga tajuk utama akhbar hari ini.

Saya juga tidak ambil pusing akan dakwa-dakwi sesetengah pimpinan mengenai runtuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Pada saya, Malaysia ada Perlembagaan yang didaulatkan. Ada undang-undang yang dikuatkuasakan.

Kalau benar BN jantan, ayuh bertarung dalam Pilihanraya Kecil DUN Negeri Perak.

Keputusan di tangan tuanku Sultan. Secara peribadi, saya menunggu kebijaksaan Tuanku untuk memutuskan yang terbaik untuk negeri Perak.

Manusia ada tipu daya. Allah SWT juga ada ‘tipu daya’. Dan di akhirnya, ‘tipu daya’ Allah SWT yang akan menang!

Filed under: Uncategorized

Kah Kah Kah!

Saya pinjam gelak Isham Rais sebagai tajuk entri kali ini.

Ini yang saya baca melalui Utusan Online hari ini, berkenaan ‘dalil-dalil’ yang menyokong penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan oleh Ketua Menteri Melaka.

Beliau berkata, Shah Rukh Khan pernah datang ke Melaka membuat penggambaran filemnya bertajuk One Two Ka Four di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

“Salah satu lagu dalam filem berkenaan dibuat penggambaran di A Famosa Resort, Alor Gajah. Ini telah menyebabkan jutaan orang yang menonton filem itu mengenali Melaka,” katanya.

Saya sudah tanyakan ramai kalangan teman-teman yang juga peminat Shah Rukh Khan, mereka mengaku yang filem One Two Ka Four yang dicanang-canang oleh KM Melaka ini adalah antara filem Shah Rukh yang tak best.

Dan saya dimaklumkan yang filem ini tidak box office seperti filem Asoka, Kabhi Kushi Kabhi Gham ataupun Mohabbatien. Jadi saya mohon justifikasi daripada KM Melaka untuk dapatkan statistik berikut:

1. berapa juta orang yang menonton filem itu?
2. adakah jumlah penonton yang menonton filem itu berkadaran secara langsung dengan jumlah pelancong yang melawat negeri Melaka beberapa tahun lepas seiiring dengan penayangan filem tersebut di seluruh dunia?
Read the rest of this entry »

Filed under: Uncategorized

Apa Langkah Mukhriz?

Maka semalam Malaysia dikejutkan dengan pengumuman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau secara rasmi telah keluar daripada Umno. Update yang saya terima daripada SMS Saifullah pada jam 1.00 petang, disusuli follow-up daripada Najwan yang memaklumkan bahawa maklumat awal daripada Malaysiakini semalam adalah sahih.

Kenyataan penuh Tun boleh dibaca di sini.

Pelbagai respon balas diperolehi.Tan Sri Sanusi Junid menyusul langkah Tun untuk turut keluar. Tun Musa Hitam beranggapan ‘duri dalam daging’ telah terkeluar. Pak Lah terkejut, tapi tidak akan sama sekali letak jawatan. Tengku Razaleigh percaya beliau ada jalan tersendiri untuk membaiki prestasi Umno,bukan meletak jawatan. Tuan Guru Nik Aziz menjadi orang paling bahagia di dalam dunia hasil tindakan terbaru Tun. Dan Datuk Shahrir Samad yakin bahawa Malaysia perlu bersiap sedia dengan satu pilihanraya umum baru.

Dan pastinya pelbagai teori dikaitkan dengan keputusan mengejut Tun ini. Ada yang mengatakan bahawa ini satu taktik untuk mengalihkan perhatian massa daripada isu klip video VK Linggam. Ada yang mengatakan Tun sedang berusaha memberi tekanan agar peralihan kuasa segera dilakukan di dalam Umno. Ada juga yang mengulas bahawa Tun mahu ‘test market’, samada beliau masih mempunyai pengaruh atau tidak di dalam Umno.

Pada hemat saya, apapun tindakan Tun, itu rumahtangga Umno. Biar kepimpinan dan akar umbi Umno selesaikan dengan kaedah yang bersesuaian.

Cuma pastinya dalam waktu terdekat ini, yang bakal mencuri perhatian adalah Ahli Parlimen Jerlun yang juga merupakan anak Tun, Datuk Mukhriz Mahathir. Apakah beliau akan menyahut cabaran ayahnya agar ahli-ahli Umno turut serta meninggalkan Umno, ataupun beliau akan mengikuti jejak langkah Allahyarham Tun Hussien Onn sewaktu Almarhum Dato’ Onn keluar Umno pada tahun 1951 untuk terus berada di dalam parti dan ‘menjajat ke puncak dalam diam’.

Filed under: Uncategorized

SK Sudah Diluluskan, Purnama Bila Lagi?

Tahniah buat pihak editorial Suara Keadilan yang akhirnya bakal beroperasi ’secara sah’ selepas dinafikan permit penerbitan akhbar selama hampir 4 tahun.

Lebih memberangsangkan, SK kini boleh dijual kepada umum, tidak terhad kepada ahli KeADILan sahaja. Ini satu kemenangan moral buat KeADILan yang selama ini bertungkus lumus memperjuangkan kebebasan akses media di kalangan entiti bukan pemerintah.

Saya mengharapkan agar SK boleh meningkatkan mutu penerbitannya agar boleh menjadi akhbar alternatif kepada massa. Daripada konteks layout sehinggalah isi kandungan, banyak ruang penambahbaikan boleh dilaksanakan di SK, dan harapnya ia akan dipandang serius oleh pihak ketua pengarang untuk memastikan kualiti SK tidak dipertikaikan.
Read the rest of this entry »

Filed under: Uncategorized , , , , ,

nahdah@twitter

  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 9 hours ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 day ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 day ago
  • Player Negeri 9 dok jatuh je..Ngelat ke? | 1 day ago
  • RT @Khairykj: Do NOT watch EPL tonight. Negeri Sembilan vs Kelantan. Malaysia Cup final. RTM1 8.45pm. The only game that matters. | 2 days ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,368 kunjungan

Arkib