Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Dan Chong Wei Pun Kalah Lagi…

Dahulu apabila saya menulis kekalahan Datuk Lee Chong Wei telah dijangka, ramai yang menyelar saya. Kononnya saya tidak patriotik, berfikiran negatif dan sebagainya.

Pendirian saya jelas, jangan letak harapan apa-apapun. Kerana harapan itu kelak bakal menjadi anganan semata.

Dan hari ini, sekali lagi, Datuk Chong Wei tewas di pentas final. Kali ini di Terbuka China. Kekalahan ini adalah kekalahan yang keempat di pentas final selepas Terbuka Macau, Terbuka Jepun, dan Pusingan Akhir Olimpik.

Terfikir juga, berbaloikah pencen RM3000 seumur hidup jika rentetan pingat perak (baca: kalah final memanjang) saja yang layak buat kita? Kenapa puluhan perajurit negara yang berkorban nyawa untuk nusa tidak menerima habuan sebegini?

Salahkah saya untuk terus pesimis?

Filed under: Kritik, Sukan

Kekalahan Lee Chong Wei Telah Dijangka

Adakah saya tidak patriotik dengan kenyataan di atas? Terpulang.

Tetapi sebaik sahaja Lee Chong Wei sahih melangkah ke final badminton lelaki Olimpik, saya lebih selesa tidak menaruh apa-apa harapan.

Kerana apa? Kerana memang itu normaliti atlet Malaysia. Atlet Malaysia tidak sahaja ketinggalan dari aspek fizikal, tetapi kekuatan mental. Atlet Malaysia ada satu kelemahan ketara: gagal menyerap tekanan.

Siapa yang menonton perlawanan malam semalam boleh menyaksikan jurang perbezaan persembahan Chong Wei di separuh akhir.

Lihat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, dulu menang bukan main, tapi performance merudum. Di Olimpik tewas tanpa saingan hebat. Ke mana Hafiz Hashim selepas menang All-England 2004? Nehi kabhi nehi!

Sebab itulah, setiap kali atlet Malaysia melangkah ke final, saya lebih seronok memandang rendah. Dan saya fikir rakyat Malaysia juga perlu melakukan benda yang sama.

Sebabnya mudah. Bila harapan disandar ke bahu mereka,mereka akan tertekan. Alasannya tertekan, tidak cukup rehat, emosi terganggu, fokus lari, macam-macam ada!

Cuba sekali kerajaan dan rakyat jangan beri perhatian, jangan sandarkan harapan, jangan janjikan ganjaran, percayalah yang mereka akan menang.

Kalau kalah juga, nampak sangatlah atlet Malaysia tidak jantan, tiada semangat juang.

Filed under: Kritik, Sukan

Apa Implikasi Insentif RM1 Juta Buat Atlet Negara?

Mungkin perkembangan terkini yang membabitkan insentif buat para atlet Malaysia ini bakal menjadikan Malaysia sebagai negara yang memberikan insentif tertinggi buat para atlet yang berjaya meraih pingat emas dalam kejohanan sukan antarabangsa.

Seperti dilaporkan dalam kebanyakan media arus perdana hari ini, pengumuman kenaikan Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan Olimpik itu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen, semalam.

Berdasarkan kepada perkembangan ini, saya melihat timbul beberapa persoalan dan implikasi hasil daripada pengenal Skim baru ini. antaranya:

(i) ini tidak membantu untuk membangunkan industri sukan negara dalam jangka masa panjang. Skim ini kelak hanya akan menyebabkan atlet mempunyai orientasi jangka pendek, untuk memperoleh RM1 juta dalam peluang yang diraih 4 tahun sekali, berbanding mengekal dan meningkatkan prestasi sepanjang perkhidmatan mereka sebagai atlet kebangsaan.

(ii) skim ini juga boleh dilihat sebagai satu perkara yang membazir, dalam keadaan kerajaan sibuk mengatakan ‘kerajaan tak ada duit’, ‘ubahlah gaya hidup’ dan ‘amalkanlah perbelanjaan berhemah’. Bukankah elok sekiranya diperkenalkan sistem saraan atlet mencakupi aspek gaji dan pencen yang sesuai dengan kemaraan institusi sukan negara?

(iii) adakah insentif mewah dan lumayan boleh menjamin pengekalan prestasi atlet negara? lihat apa jadi pada skuad badminton negara dengan Hafiz hashim, Koo Ken Keat dan Tan Boon Heong? selepas menang dan dianugerahkan insentif, prestasi menurun dan terus lesu.

(iv) kerajaan saja buat gimik sebab mereka tahu atlet Malaysia memang susah menang pingat emas!

Filed under: Kritik, Sukan ,

Kejutan Separuh Akhir Euro 2008

Apa yang dihajati tinggal kenangan. Semuanya penuh dengan kejutan.

Portugal tewas. Belanda tewas. Croatia tewas. Itali pun tewas. Jerman, Turki, Russia dan Sepanyol akan mara ke separuh akhir.

Banyak upset yang berlaku, tetapi itulah bola sepak.

Kalau Greece boleh menjadi juara Euro 2004, tak mustahil kali ini Turki atau Russia yang akan menjadi juara.

Tunggu sajalah.

Filed under: Sukan

Holland untuk Euro 2008!!

Holland Official Page for Eur 2008

Demam Euro 2008 sudah bermula 2 hari lepas. Dan seperti biasa, saya akan terus menyokong Holland. haha!

Holland ditempatkan dalam Kumpulan Maut di Kumpulan C bersama-sama Itali, Romania dan Perancis.

Malam ini Holland akan bertemu Itali. Total Football akan cuba mengasak pertahanan paling kental dalam dunia.

Sempena Uero 2008, boleh lawati laman web rasmi Euro 2008 di sini.

Laman rasmi pasukan Holland boleh di lihat di sini.

Sama-sama kita menyokong ‘Orange Revolution’ untuk Euro2008!!

Filed under: Sukan , , ,

nahdah@twitter

  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 10 hours ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 4 days ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 1 week ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 week ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 week ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,690 kunjungan

Arkib