Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Tali Pinggang Keledar Belakang Penyelesai Masalah Kemalangan Jalanraya?

Sebermula 2 hari lepas, penumpang kenderaan di bahagian belakang harus meminimumkan pergerakan di dalam kereta. Pemakaian tali pinggang keledar telahpun dikuatkuasakan sebermula 1 Januari 2009.

Saya rakamkan ucapan takziah di atas mangsa kemalangan maut di Gua Musang, Kelantan semalam. Tetapi saya canggung membaca tajuk berita Mstar hari ini: 10 maut nahas buruk hari kedua tali pinggang belakang dikuat kuasa.

Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala pembuat undang-undang negara kita. Apakah sudah ada kajian rasmi dan terperinci bahawa dengan pemakaian tali pinggang keledar belakang boleh mengurangkan kadar kemalangan. Logik saya senang saja, kalau pemandu dan penumpang hadapan yang pakai tali pinggang keledar pun boleh terjejas, inikan pula yang duduk di belakang!

Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Sosial

Jangan Nisankan Karya Sasterawan Negara

Jika benar sebermula tahun 2010, Kementerian Pelajaran akan menggugurkan karya sasterawan negara di dalam Komponen Sastera (Komsas) di bawah subjek Bahasa Melayu, maka ini satu bala terbaru buat Bahasa Melayu dan karya sastera negara.

Keluhan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang turut tersiar di dalam Utusan Malaysia juga sangat menggusarkan, sehingga beliau kini mengisytiharkan ‘mantan Sasterawan Negara’.

12 Januari 2008 yang lalu akhbar Berita Harian melaporkan, “Tindakan tidak menyenaraikan karya Sasterawan Negara (SN) dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.”

“PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” lapor akhbar itu lagi.

Apa lagi fungsi sasterawan negara sekiranya karya mereka yang kononnya diiktiraf negara, tetapi tercicir dalam sistem pendidikan nasional?
Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Sosial , , ,

Jangan Kambinghitamkan Arwah Nurin

Saya banyak mendengar berita berkenaan bahawa kononnya Perhimpunan 100,000 ribu rakyat anjuran Bersih tidak mendapat permit dan sesiapa yang menyertainya akan diambil tindakan.

Ini antara yang disiarkan di siaran berita dalam dua hari lepas, memetik kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Saya bersikap jelas dalam hal ini. Saya percaya, penganjur perlu bertanggungjawab mengemukakan permit, dan saya juga punya rasa percaya atas kredibiliti dan profesionalisme PDRM untuk meluluskan permit perhimpunan aman ini atas nama kebebasan berhimpun dan bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Cuma sesuatu yang mencuit hati saya pagi ini apabila membaca Harian Metro hari ini, berkenaan satu insiden di Seksyen 1 Wangsa Maju. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hampir menjadi ‘Nurin kedua’ apabila suspek jenayah sama sekali lagi muncul dan cuba menculik seorang kanak-kanak tersebut di lokasi sama Nurin dilaporkan ghaib, Ogos lalu.

Tambah mengejutkan, suspek dikesan melarikan diri dengan menaiki van putih, iaitu kenderaan model sama yang didakwa pernah digunakan untuk menculik Nurin Jazlin pada malam 20 Ogos lalu.

Sehingga ke insiden tersebut berlaku, suspek Nurin masih boleh menghirup udara segar tanpa perlu terganggu dengan sebarang usaha tangkapan. Lebih dasyat, suspek masih mampu berusaha melakukan satu lagi percubaan culik kanak-kanak lain!

Apa hubung kait kes Nurin dengan perhimpunan Bersih?

Dalam kepala saya, saya begitu pasti perhimpunan Bersih nanti bakal menyaksikan ribuan anggota polis dan FRU untuk mengawal keadaan sekitar Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka. Tak pasti berapa banyak watercannon akan disediakan, tetapi saya lihat, sejak Anwar Ibrahim mengesahkan kehadiran beliau dalam perhimpunan tersebut, sudah ada persediaan untuk mengawal perhimpunan tersebut.

Kalau untuk aktiviti seperti ini, ribuan polis boleh dikerah untuk menyekat dan mengekang sebarang kebarangkalian yang mungkin berlaku dalam perhimpunan tersebut, kenapa ribuan polis tidak boleh dikerah untuk menangkap suspek pembunuh Nurin?

Pendedahan ayah Nurin, Jazimin Abdul Jalil bahawa beliau menerima banyak SMS dan panggilan menyatakan kekesalan masyarakat ke atas kelambatan siasatan polis di dalam Harakahdaily adalah satu perkara yang tidak boleh diambil ringan.

“Hingga ke hari ini saya masih menerima banyak SMS daripada orang ramai termasuk dari Singapura, Sabah dan Sarawak yang mahu polis segera tangkap penjenayah itu… malah ada yang syorkan saya siasat sendiri.

“Saya tak mampu buat apa-apa selain menunggu hasil siasatan polis. Apa daya saya nak cari pembunuh tu? Saya tak kenal dia, lagipun dunia ni bukannya kecil,” kata Jazimin Abd Jalil ketika ditemui Bernama di rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini hari ini.

Beliau berkata harapannya untuk melihat penjenayah terbabit segera di bawa ke muka pengadilan lebih tinggi daripada harapan orang ramai yang mahu perkara sama berlaku.

“Saya tak mahu perkara ni terjadi pada orang lain. Selagi dia (pembunuh) terlepas bebas, selagi itulah hidup kami rasa tak selamat,” katanya.

Telahan Jazimin hampir menjadi kenyataan dengan percubaan menculik kanak-kanak lelaki itu di tempat yang sama, semalam.

Tidakkah itu biadap, sudahlah cuba menculik di tempat yang sama, menggunakan kaedah yang sama, kenderaan yang sama! betul-betul mencabar kesabaran rakyat.

Dan dalam keadaan kawasan tersebut, hanya sepelaung saja jaraknya dengan Balai Polis Wangsa Maju, apakah ini perlu dibiarkan sehingga ada lagi nyawa yang terkorban?

Apakah kita hendak menunggu nyawa anak-anak elit politik melayang dengan modus operandi yang sama, maka barulah penjenayah akan terus diberkas dalam tempoh 24 jam?

Justeru, saya memohon dengan penuh tawadhuk, sekiranya pihak berkuasa ingin memantau perhimpunan anjuran Bersih 10 November nanti, saya kira, kerahlah ribuan anggota polis Kuala Lumpur untuk menjejaki suspek pembunuhan Nurin terlebih dahulu.

Nyawa seorang anak seperti Nurin lebih berharga untuk dijaga daripada dibiarkan terbunuh kejam berjumpa Ilahi,berbanding mengawal ratusan ribu yang hanya berhimpun menyatakan pendirian mereka secara aman tanpa sebarang keganasan dan provokasi.

Al Fatihah buat allahyarham Nurin.

Filed under: Kritik, Sosial

Nurin, Damailah Engkau Di Sana…

nurAllahyarham Nurin Jazlin Jazimin telahpun selamat dikebumikan petang semalam di Danau Kota, Setapak.

Dikhabarkan ribuan yang hadir, tanpa mengira agama dan bangsa untuk sama-sama mengiringi pemergian jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Nurin.

Dalam perjalanan untuk berbuka puasa semalam, saya sempat mendengar siaran radio Era. Seseorang menghubungi Linda Onn untuk menceritakan pengalamannya mengiringi jenazah Nurin.

Mengejutkan, setelah dimandikan jenazah tersebut, jenazah yang sebelum ini tidak kelihatan seperti Nurin, langsung berubah menyerupai Nurin, menyebabkan ramai yang melihatnya tambah yakin itulah Nurin yang sebenarnya. Subhanallah!
Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Sosial

nahdah@twitter

  • M'harapkan pasangan Zizie-Bung Mokhtar akan menerjah Sehati Berdansa musim hadapan. | 18 hours ago
  • selesai menonton Avatar 3D dgn @najwanhalimi.superb! | 22 hours ago
  • RT @niknazmi: to be a Malaysian politician the art of eating a bit at all functions is a necessary art | 1 day ago
  • Edar risalah pasal hukum Islam dikatakan m'hasut.adakah mereka mahu katakan hukum Islam itu satu bentuk hasutan? | 1 day ago
  • Liverpool, u'll never walk alone.Man Utd follow blakang.heheh! | 1 day ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 120,263 kunjungan

Arkib