Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Bila 2 ‘Otai’ Bersua…

amytg

Seorang Otai Rock. Seorang Ulama’ yang ‘otai’. Apabila keduanya bertemu, ia bukan sesuatu yang biasa..

“Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik.

“Masyarakat yang ada pada hari ini telah dapat menilai sesuatu dengan lebih baik dan kita tidak perlu bimbang kepada elemen label-melabel kerana ianya tidak sepatutnya berlaku. – Amy Search”

Berita lanjut di sini.

Filed under: Catatan, Santai , , , ,

Rakyat ‘Raikan’ Sambutan Hari Wanita Sedunia Pada PRU 12

8 Mac 2008.

Selain daripada harijadi Samy Vellu, semalam juga adalah sambutan Hari Wanita Sedunia. Dan kelihatan calon-calon wanita meraih kemenangan yang boleh dibanggakan dalam keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 semalam.

Antara yang menang, pastinya giant-killer Nurul Izzah Anwar yang menewaskan Datuk Shahrizat Jalil di Lembah Pantai. Ini diikuti ibunya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan – Permatang Pauh). Proksi KeADILan di Parlimen juga akan dihangatkan lagi dengan dua tokoh wanita KeADILan iaitu Fuziah Salleh (KeADILan – Kuantan) dan Zuraida Kamaruddin (KeADILan – Ampang).

PAS juga kelihatan gah dengan tiga calon wanita yang lantang, iaitu Siti Zailah Yusof (PAS – Rantau Panjang), Dr Lo’lo Hj Ghazali (PAS – Titiwangsa), dan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS – Kota Raja).

DAP dilihat mengekalkan YB-YB wanita mereka iaitu Teresa Kok (DAP – Seputeh), Fong Po Kuan (DAP – Batu Gajah), Chong Eng (DAP – Bukit Mertajam).

Di kalangan BN, Rafidah Aziz kelihatan akan beregu dengan Halimah Sadique (BN – Tenggara) dan Noraini Ahmad (BN – Parit Sulong), selain daripada Azalina Othman Said (BN – Pengerang) yang disebut-sebut bakal menggugat kedudukan Rafidah dalam pemilihan agung Umno tahun ini.

Bung Mokhtar Radin kehilangan ‘teman baiknya’, Said Yusof bekas MP Jasin. Nasihat saya, hati-hati dengan tutur kata. Jangan nak main isu bocor lagi. Kali ni ramai yang boleh ’serang’ balik!

Filed under: Catatan, Politik, Santai

Malaysia Catat Rekod Dunia Baru

Saya begitu yakin bahawa Guiness World Book of Record sedang dalam proses merangka program lawatan kerja ke Malaysia sebaik saja membaca laporan Berita Harian di bawah:

PUTRAJAYA: Seramai 8,666 pengundi berusia 100 tahun ke atas tersenarai dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Februari lalu dan akan diguna pakai pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pengundi berkenaan paling ramai didaftarkan di Sabah iaitu 2,096 orang; diikuti Sarawak (1,458); Johor (976); Perak (959); Selangor (549); Pulau Pinang (442); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (367), Kedah (356) dan Wilayah Persekutuan Labuan (46).

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, berkata SPR menerima pakai pendaftaran pemilih berkenaan kerana tiada pengesahan daripada agensi berkaitan bahawa mereka yang berusia lebih 100 tahun itu sudah meninggal dunia.

Mengikut rekod SPR, sejumlah 8666 orang pengundi berusia lebih 100 tahun. Dan daripada data yang saya peroleh di laman web Bersih, berikut adalah sebahagian daripada 8666 nama yang disebut SPR. Boleh semak di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp untuk pengesahan.

801018775059 800311086231 811028045577 830416610017 841207065917 851222740019 850513106435 851117106729 850802106378 850916086838 860320145365 861101105077 860208145701 860320145357 861217145011 860126145839
871205740015 870914105781 870418105790 871016146308 881231100432 881103750027 880505066047 880906087033
881030136332 891102740096 891129740088 890520610089 890112146416 890920076065 890403615016 910609755079
920622710069 920612740045

Dan daripada sebahagian di atas, berikut adalah merupakan data seorang pengundi tertua dalam senarai di atas.

oldest.jpg

Sekalung tahniah daripada saya buat Puan Noraini Abu Samad, kerana beliau terbukti warga tua tertua di atas muka bumi kerana masih berjaya hidup pada usia 128 tahun! Dalam rekod http://www.guinnessworldrecords.com/, orang tertua di dunia, adalah Edna Parker. Itupun sekadar berusia 118 tahun.

Inilah kesan daripada kebanjiran produk-produk seperti Tongkat Ali Poweroot, Kopi Jantan, Kopi Tok Lebai dan Kopi Janggut. Betul-betul holiaw!!!!!

Filed under: Santai

Santai Pilihanraya [3]

Semoga ini boleh mengurangkan sakit kepala menonton RTM dan TV3.
Layaan~

Filed under: Santai, Video

Santai Pilihanraya [2]

senyum03.jpg

Filed under: Santai

nahdah@twitter

  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 9 hours ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 day ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 day ago
  • Player Negeri 9 dok jatuh je..Ngelat ke? | 1 day ago
  • RT @Khairykj: Do NOT watch EPL tonight. Negeri Sembilan vs Kelantan. Malaysia Cup final. RTM1 8.45pm. The only game that matters. | 2 days ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,368 kunjungan

Arkib