Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Buku: Ungu Karmila

ungu-karmila.gif

Buku ini saya beli Selasa lepas dan saya habiskan sepanjang malam. Karya terbaru Ramlee Awang Murshid ini kembali bermain dengan elemen mistik,dicampur dengan suntikan elemen saintifik dalam pengolahan ceritanya.

Ceritanya mengisahkan Arif yang berkahwin dengan Karmila, dihadiahkan sebuah banglo yang dinamakan Vila Sunyi di pinggir Cameron Highland oleh abang Arif, Arafat. Mereka tinggal bersama-sama pembantu rumah, Bu Jainab. Arif yang merupakan seorang pakar hortikultur telah mengusahakan kacukan 2 jenis bunga yang kemudiannya dinamakan Ungu Karmila, diambil sempena sifat bunga itu yang unik dan juga sebagai tanda kasih Arif buat Karmila.

Pun begitu entah bagaimana keluarganya berantakan disebabkan terdedahnya rahsia Karmila yang pernah mempunyai hubungan dengan Arafat. Semua terbunuh dalam satu insiden, yang disifatkan sebagai Tok Batin perkampungan orang asli berhampiran banglo Arif sebagai amukan puaka kerana Arif mengambil bunga dari satu kawasan larangan di kawasan hutan sekitar kawasan itu.
Read the rest of this entry »

Filed under: Buku, Reviu , , ,

Buku: Ahmad Boestamam – Satu Biografi Politik

boes
Sebelum ini pengkisahan hidup Allahyarham Datuk Ahmad Boestamam (AB) ini hanya saya baca melalui kompilasi tulisan Allahyarham yang diusahakan oleh Penerbit UKM, iaitu Merdeka Dengan Darah Dalam API.
Sehinggalah Saiful menunjukkan kepada saya buku ini, maka saya terus cuba mendapatkannya daripada Dawama. Agak sedih juga apabila dimaklumkan buku ini hanya ada di Dawama Cawangan Sarawak, tetapi layanan efisyen pegawai Dawama menjadikan urusan pembelian begitu cepat dan mudah. Alhamdulillah, buku ini sampai ke tangan saya Isnin lepas, dan berjaya saya habiskan dalam tempoh 5 hari.
Buku ini berbeza dengan Memoir terdahulu, memandangkan buku karya Ramlah Adam ini adalah merupakan satu kajian terperinci yang merujuk pelbagai sumber, dan Merdeka Dalam Darah pula adalah merupakan kompilasi 3 buah autobiografi tulisan Boestamam sendiri, iaitu Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang.
Biografi AB ini mengkisahkan mengenai perjalanan kehidupan AB sedari kecil, menjajat awal kehidupan beliau sebagai wartawan di beberapa buah akhbar sehinggalah terpupuk kesedaran berpolitik yang tinggi dalam diri AB. Ini dapat dilihat dalam usaha beliau menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti politik pertama dalam sejarah politik tanah air.

Filed under: Buku, Reviu , , , , ,

Buku: Dato’ Onn Ja’afar – Pengasas Kemerdekaan

 

Saya menghabiskan membaca buku ini dua minggu lepas. Buku ini telah dicetak agak lama, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka hampir berbelas tahun yang lampau. Tetapi saya hanya berkesempatan membacanya sebermula Disember lepas.

Buku ini antara lain mengupas dengan terperinci sejarah hidup Dato Onn, sebermula beliau menjadi wartawan di Warta Malaya dan menjadi pemimpin di Johor, menubuhkan Umno sehinggalah keluar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan mengakhiri hayatnya sebagai pemimpin Parti Negara.

Buku ini memberikan saya gambaran bahawa Dato Onn adalah pemimpin yang mempunyai pemikiran melampaui zaman. Ini termasuklah inisiatif beliau yang mahu menggembleng kesepakatan masyarakat Melayu untuk menentang penjajahan British melalui penubuhan Persatuan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) dan seterusnya Umno pada tahun 1946.

Saya juga terkesan dengan idea Dato Onn yang melihat relevannya politik integrasi yang melangkaui sempadan perkauman apabila Dato Onn membuka cadangan tersebut dalam Mesyuarat Agung Umno pada tahun 1951 tetapi ditolak perwakilan. Beliau meletak jawatan dan menubuhkan IMP.

IMP gagal berfungsi di dalam landskap politik negara, lantas Dato Onn menghidupkan Parti Negara (PN) untuk menyertai Pilihanraya Umum 1955. PN gagal memenangi sebuah kerusi pun, tetapi itu tidak mengecewakan Dato Onn.

Pilihanraya Umum 1959 menyaksikan Dato Onn kembali ke persada politik nasional apabila memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu Selatan hasil kompromi PN – PAS. PN juga memenangi 4 kerusi DUN Terengganu.

Read the rest of this entry »

Filed under: Buku, Reviu , , , , ,

nahdah@twitter

  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 9 hours ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 day ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 day ago
  • Player Negeri 9 dok jatuh je..Ngelat ke? | 1 day ago
  • RT @Khairykj: Do NOT watch EPL tonight. Negeri Sembilan vs Kelantan. Malaysia Cup final. RTM1 8.45pm. The only game that matters. | 2 days ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,368 kunjungan

Arkib