Disember 29, 2008 • 1:23 pm
Saya jelak bila melihat mentaliti ‘kepembangkangan’ yang masih tebal di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah berstatus kerajaan negeri. Pada saya, apabila sudah berjaya bentuk kerajaan negeri, maka mekanisme penyelesaian masalah haruslah lebih profesional, bukan emosional.
Pakatan Rakyat baru berusia hampir 9 bulan, bukan 9 tahun. Jadi masalah itu pasti ada. Bayi umur 9 bulan takkan nak diharap berlari maraton sedangkan berdiri pun terhuyung hayang!
Saya memang bingit dengan sikap YB Manickavasagam, Ahli Parlimen Kapar atau YB Mike yang mengugut untuk keluar KeADILan kerana kecewa dengan sikap Menteri Besar Selangor dan beberapa pimpinan Pakatan termasuk daripada Pas dan DAP. Saya memang tidak tahu apa masalah kalangan mereka, tetapi ugutan YB Mike ini bukan kali pertama. Terdahulu beliau pernah mengugut keluar parti berikutan masalah perobohan kuil di Ampang.
Read the rest of this entry »
Filed under: KeADILan, Kritik, Politik
Saya meneliti dengan serius kandungan artikel terbaru Sdr Mohd Sayuti Omar (MSO) lewat di dalam paparan terbaru di Malaysia-Today, “Untuk apa Anwar bercanda dengan Khairy?” dan saya terpanggil untuk memberikan pendapat.
Ini kerana wujud dakwa-dakwi kononnya Anwar begitu serius memperkemaskan serangan demi serangan ke atas Khairy yang semakin hari semakin bankrap idea politiknya, sehingga terpaksa menjaja hujah songsang tanpa pemfaktaan yang kukuh dan relevan.
Saya suka menarik perhatian pembaca agar tidak lari dari perkara asas pertikaian. Hanya dengan membalas sinis tuduhan yang dilemparkan oleh Khairy dengan lagu Elvis Presley, Hound Dog, Anwar dikatakan begitu bersungguh untuk ‘bercanda’ dengan Khairy. Anwar sudah tidak ada agenda, perjuangan menentang kronisme dan nepotisme hanya tinggal debu, demikianlah antara rumusan yang dibuat oleh saudara Sayuti. Dan secara peribadi dan pastinya berasaskan pemerhatian saya secara umum, dakwaan tersebut nyata tidak tepat.
Read the rest of this entry »
Filed under: KeADILan, Politik
Saya membaca dengan penuh minat penulisan Rustam A Sani, yang saya ikuti sepanjang minggu melalui Siasah. Edisi minggu ini memaparkan catatan beliau mengenai pemergian Ezam daripada PKR.Boleh dibaca di blog Karya Semasa beliau.
Saya memilih untuk bersetuju dengan beliau dalam kesimpulan artikel beliau: Mungkin kita masih belum perlu menulis belasungkawa, apa lagi membaca talkin, buat PKR untuk beberapa lama lagi.
Kalau mengikut keperluan idea untuk melihat Malaysia berubah,nyata sekali bahawa prinsip perjuangan KeADILan tidak ada keperluan untuk ditalkinkan buat masa terdekat.Andai hanya menilai daripada krisis kepimpinan dan keluar masuk ahli,itu bukan penanda aras yang tepat untuk mengukur relevan atau tidak sesebuah gerakan massa seperti KeADILan.
Aneh sekali, jelas saya. Mengapa harus bingung? Singkap dan belek lembaran sejarah. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar meninggalkan parti dan menubuhkan IMP dan Parti Negara. Dua presiden (Yang Dipertua) Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn berpaling daripada Umno. Tunku Abdul Rahman berkempen menentang Umno dan BN yang dianggapnya mengkhianati perjuangan asal.
Gejala tersebut turut dialami Pas dengan keputusan Haji Ahmad Fuad, YDP pertama PAS menyertai Umno dan Dato’ Asri Hj Muda meninggalkan PAS dengan percubaan menghidupkan Hizbul Muslimin. <anwaribrahimblog.com>, 12 Julai 2007>
Read the rest of this entry »
Filed under: Catatan, KeADILan, Politik
Sebelum memulakan penulisan, saya petik laporan Harakahdaily mengenai aktiviti Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perlis beberapa hari lepas.
Orang cerdik tidak mudah dipengaruhi media arus perdana – Anwar
Bashir Ishak
Sat | Jul 21, 07 | 12:45:36 PM
BESERI, 21 Julai (Hrkh) – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat untuk memilih menjadi orang cerdik dan tidak mudah terpengaruh dengan media yang digunakan untuk menipu rakyat.
Katanya, orang yang cerdik tidak akan percaya seluruhnya dengan sebarang dakyah yang disebarkan oleh media arus perdana yang cuba memperbodohkan rakyat.
“Orang yang cerdik akan menang, tapi yang kurang cerdik akan kalah dengan penipuan,” ujarnya.
Anwar juga mengingatkan para kakitangan kerajaan yang bakal menerima kenaikan gaji pada bulan ini agar turut menjadi golongan yang cerdik.
“Kalau naik gaji, harga barang tak naik baru kita seronok. Tapi kalau gaji naik, barang pun naik, minyak pun naik kita seronok, itu tidak cerdik namanya,” ujarnya.
Read the rest of this entry »
Filed under: Catatan, KeADILan, Politik
Komen Terkini