Artikel ini tersiar di Laman Web Merpati Jingga atas kapasiti penyertaan Pertandingan Esei-Melangkaui Sempadan anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Friedrich Naumann Foundation (FNF)
Setuju atau tidak jika penguasa hari ini lebih redha masyarakat mendapatkan majalah-majalah porno dan video sumbang rakaman mat rempit berbanding mendapatkan akhbar milik atau pro-pembangkang ataupun rakaman ceramah Tuan Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim?
Demikianlah realiti ‘kebebasan media’ di Malaysia hari ini. Penulis pernah ditahan pengawal keselamatan di kampus hanya kerana memiliki bukan senashkah atau dua, tetapi 10 nashkah Harakah dan Siasah untuk menyiapkan kajian penyelidikan bagi memenuhi keperluan akademik penulis.”Takkan saya nak guna Utusan dan Berita Harian untuk buat kajian pasal PAS?” sanggah penulis apabila ditanya kenapa memiliki akhbar-akhbar tersebut, dan sanggahan tersebut cukup untuk membuatkan mereka sedikit terpinga-pinga untuk menjawab, dan akhirnya menasihatkan supaya akhbar-akhbar tersebut disimpan rapi.”Saya pun sokong PAS,tapi awak faham-faham lah ya kalau kita semua di sini..” nasihat salah seorang pegawai tersebut. Penulis berlapang dada menerima nasihat tersebut, dan meneruskan tabiat melanggan Harakah, Siasah dan Berita Keadilan secara ‘tidak halal’ di kampus.
Read the rest of this entry »
Filed under: Karya, Melangkaui Sempadan
Artikel ini tersiar di Laman Web Merpati Jingga atas kapasiti penyertaan Pertandingan Esei-Melangkaui Sempadan anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) dan Friedrich Naumann Foundation (FNF)
“Jangan batalkan perlawanan persahabatan Manchester United dan Malaysia kerana ini adalah sempena Tahun Melawat Malaysia ..”
Demikian ulas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tatkala ditanya mengenai respon beliau mengenai pembatalan kunjungan Manchester United ke Malaysia demi menghormati penganjuran Piala Asia yang Malaysia juga turut menjadi Tuan Rumah bersama. Begitu hebatnya penangan Tahun Melawat Malaysia 2007 sehingga kita sanggup mengenepikan semangat setiakawan sesama negara Asia hanya kerana merealisasikan sebuah perlawanan persahabatan yang memakan masa 90 minit!
TMM 2007 amat istimewa buat Malaysia . Ia disambut dengan penuh ‘kesyukuran’ atas ‘kemerdekaan’ negara yang telah dikecapi rakyat Malaysia selama 50 tahun. TMM 2007 memang istimewa. Kita menyaksikan aliran pengeluaran wang negara (pembaziran?) berada di satu tahap yang agak mengejutkan demi memastikan rakyat Malaysia lebih menghayati nikmat kemerdekaan negara.
Kerajaan mengisytiharkan bahawa RM335 juta akan dilabur (labur? belanja?) demi merealisasikan TMM2007. Eye On Malaysia yang hanya layak dinikmati rakyat Malaysia sehingga 31 Disember memakan jutaan ringgit sewaannya,bukan beli,sewa!
Read the rest of this entry »
Filed under: Karya, Melangkaui Sempadan
Komen Terkini