Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Arsenal [2] – Blackburn Rovers [0]

ars1102

Cakap banyak pun tak guna. Arsenal menang lagi. Jaringan Senderos dan Adebayor cukup untuk melebarkan jurang Arsenal dan Manchester sebanyak 5 mata.

Di saat Manchester meneruskan ‘tempoh berkabung’ dengan kekalahan pertama kepada Manchester City dalam tempoh 34 tahun, Chelsea dan Liverpool terus seri tanpa jaringan. Kesian..

Filed under: Arsenal, EPL , , ,

Arsenal [3] – Manchester City [1]

 

 ars02021.jpg

Tok Mudin ada menanyakan ramalan saya tentang keputusan perlawanan ini dalam entri sebelumnya. Saya cuma boleh menjangkakan Arsenal akan menang 2-0.

Tetapi keputusannya, Arsenal menang 3-1. Saya tak sempat menonton perlawanan ini kerana ada majlis keluarga di Klang. Tapi menang sudah sangat memadai, dan Adebayor, dengan dua golnya malam ini ternyata menunjukkan bahawa beliau adalah penyerang paling berbisa dalam English Premier League buat masa ini.

Memandangkan saya tak dapat tonton, maka cukuplah sekadar membaca ulasan pasca-perlawanan di laman web Arsenal.

11 Februari depan bakal bertemu Blackburn Rovers. Semoga Robin van Persie dapat kembali!

Filed under: Arsenal, EPL , , ,

Arsenal [3] – Newcastle United [0]

ars2901.jpg
Perlawanan pertama Newcastle United di bawah kemudi Kevin Keegan pastinya sangat suram apabila terpaksa menerima hakikat mereka tewas – kali kedua hanya dalam beberapa hari – dengan lawan yang sama, dan bilangan jaringan yang sama!
  newcastle29012008_8.jpg
Fabregas sudah mula menemui rentak jaringan. Adebayor terus ‘membayor’ (loghat Perak sikit..) kepercayaan Wenger dengan menambah jaringan peribadi di saat-saat Arsenal tandus penyerang. Flamini membuktikan yang beliau perlu dikekalkan dalam kesebelasan utama oleh Wenger.
Sabtu ini, Arsenal akan berkunjung ke City of Manchester Stadium, menentang Manchester City. Manchester City baru seri 1-1 dengan Derby County semalam. Harapnya jentera serangan mereka terus tumpul Sabtu ini!

Filed under: Arsenal, EPL , , ,

Arsenal [2] – West Ham [0]

ars

Nak cakap apa lagi.Arsenal menang lagi..Tersentak jugak la Robert Green bolos dua kali dalam 20 minit.
Permainan agak cantik dalam separuh masa pertama, tetapi agak perlahan separuh masa kedua. Eduard Da Silva mula menyerlahkan bisa.

Apapun itu bukan indikator sebenar kekuatan Eduardo. Satu trend pemain-pemain yang baru menyertai Arsenal, permainan mereka akan ‘hampeh’ pada musim pertama mereka berpindah ke Arsenal, tetapi musim kedua bakal menyengat. Eduardo perlahan sedikit bermula di Arsenal, tetapi sesuatu yang mengagumkan bila ada momentum jaringan yang konsisten.

Paling penting, Arsenal masih mengungguli tangga teratas EPL..salute!

Filed under: Arsenal, EPL, Sukan

Arsenal [4] – Everton [1]

ars2912

Tak mahu mengulas panjang. Arsenal menang! Kali ini dengan jaringan 4 berbalas 1 menewaskan Everton.

Buat penyokong Manchester, bawa bersabar atas kekalahan mengejut dengan West Ham. Terpaksa terima hakikat bahawa Arsenal akan lebih lama (mungkin sehingga ke akhir musim!) di takhta persada liga. :D

Apapun, doakan saja Arsenal boleh membalas dendam buat Manchester Selasa ini!

Filed under: Arsenal, EPL, Sukan

nahdah@twitter

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 119,771 kunjungan

Arkib