Jujur, sewaktu saya baca laporan ini di Malaysiakini, cukup membuatkan saya teringat akan analogi ‘dinasour’ yang selalu digunakan oleh rakan-rakan debat saya sewaktu di universiti dulu.
Laporan Malaysiakini ini melaporkan berkenaan arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kepada media swasta untuk tidak menyiarkan mana-mana ucapan pemimpin parti pembangkang.
Dinasour ini difahami sebagai binatang yang pupus, dan dalam konseptual perdebatan secara amnya dinasour ini dianalogikan sebagai pupus dan tidak relevan. Contoh, kalau ada usul perdebatan ‘PBB Itu Dinasour’, didefinisikan secara konseptual ‘PPB itu pupus dan tidak relevan’.
Apakah demokrasi di Malaysia juga boleh ditakrifkan sedemikian dengan pengedaran surat di atas? (Untuk paparan lebih jelas, klik imej berkenaan untuk pembesaran imej)
Demokrasi maknanya rakyat (demo) berkuasa (kratos). Dalam konteks Malaysia dan kebanyakan negara yang menganut fahaman demokrasi, yang diamalkan adalah demokrasi berperwakilan. Maknanya rakyat memilih wakil mereka untuk didengar suaranya dalam apa jua perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang. Read the rest of this entry »
Komen Terkini