Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Buku: Ungu Karmila

ungu-karmila.gif

Buku ini saya beli Selasa lepas dan saya habiskan sepanjang malam. Karya terbaru Ramlee Awang Murshid ini kembali bermain dengan elemen mistik,dicampur dengan suntikan elemen saintifik dalam pengolahan ceritanya.

Ceritanya mengisahkan Arif yang berkahwin dengan Karmila, dihadiahkan sebuah banglo yang dinamakan Vila Sunyi di pinggir Cameron Highland oleh abang Arif, Arafat. Mereka tinggal bersama-sama pembantu rumah, Bu Jainab. Arif yang merupakan seorang pakar hortikultur telah mengusahakan kacukan 2 jenis bunga yang kemudiannya dinamakan Ungu Karmila, diambil sempena sifat bunga itu yang unik dan juga sebagai tanda kasih Arif buat Karmila.

Pun begitu entah bagaimana keluarganya berantakan disebabkan terdedahnya rahsia Karmila yang pernah mempunyai hubungan dengan Arafat. Semua terbunuh dalam satu insiden, yang disifatkan sebagai Tok Batin perkampungan orang asli berhampiran banglo Arif sebagai amukan puaka kerana Arif mengambil bunga dari satu kawasan larangan di kawasan hutan sekitar kawasan itu.
Read the rest of this entry »

Filed under: Buku, Reviu , , ,

Buku: Ahmad Boestamam – Satu Biografi Politik

boes
Sebelum ini pengkisahan hidup Allahyarham Datuk Ahmad Boestamam (AB) ini hanya saya baca melalui kompilasi tulisan Allahyarham yang diusahakan oleh Penerbit UKM, iaitu Merdeka Dengan Darah Dalam API.
Sehinggalah Saiful menunjukkan kepada saya buku ini, maka saya terus cuba mendapatkannya daripada Dawama. Agak sedih juga apabila dimaklumkan buku ini hanya ada di Dawama Cawangan Sarawak, tetapi layanan efisyen pegawai Dawama menjadikan urusan pembelian begitu cepat dan mudah. Alhamdulillah, buku ini sampai ke tangan saya Isnin lepas, dan berjaya saya habiskan dalam tempoh 5 hari.
Buku ini berbeza dengan Memoir terdahulu, memandangkan buku karya Ramlah Adam ini adalah merupakan satu kajian terperinci yang merujuk pelbagai sumber, dan Merdeka Dalam Darah pula adalah merupakan kompilasi 3 buah autobiografi tulisan Boestamam sendiri, iaitu Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang.
Biografi AB ini mengkisahkan mengenai perjalanan kehidupan AB sedari kecil, menjajat awal kehidupan beliau sebagai wartawan di beberapa buah akhbar sehinggalah terpupuk kesedaran berpolitik yang tinggi dalam diri AB. Ini dapat dilihat dalam usaha beliau menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti politik pertama dalam sejarah politik tanah air.

Filed under: Buku, Reviu , , , , ,

Di Sebalik Pengharaman ‘Islam & Pluralisme’

islam-pluralisme.jpg

Beberapa hari lepas saya terbaca di Mstar bahawa ada 11 buah buku yang diharamkan kementerian. Antara yang diharamkan adalah buku Islam & Pluralisme yang dikeluarkan Middle Eastern Graduate Centre (Megc) karangan Al-Mustaqeem Mahmood Radhi.

Saya berkesempatan membaca buku ini hampir dua tahun lepas, sewaktu saya masih lagi di universiti. Buku ini adalah merupakan kompilasi beberapa tulisan penulis dan pemikir, antaranya Nurcholis Majid, Hans Kung, dan juga teman saya sewaktu sama-sama mengikuti program kepimpinan muda Asian Renaissance iaitu Suratno, pensyarah di Universitas Paramadina.

Buku ini adalah merupakan pemecah kekeliruan oleh pemikir pro-pluralisme di sebalik apa yang diwar-warkan oleh Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria mengenai ancaman liberalisme dan pluralisme Islam satu ketika dahulu. Buku ini hanya memberi satu sudut sisi pandang mengenai betapa faham pluralisme ini tidak wajar dilihat ‘kotor’ dengan hanya mengambil kira satu haluan semata-mata.

Read the rest of this entry »

Filed under: Buku, Catatan, Kritik , , ,

Buku: Dato’ Onn Ja’afar – Pengasas Kemerdekaan

 

Saya menghabiskan membaca buku ini dua minggu lepas. Buku ini telah dicetak agak lama, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka hampir berbelas tahun yang lampau. Tetapi saya hanya berkesempatan membacanya sebermula Disember lepas.

Buku ini antara lain mengupas dengan terperinci sejarah hidup Dato Onn, sebermula beliau menjadi wartawan di Warta Malaya dan menjadi pemimpin di Johor, menubuhkan Umno sehinggalah keluar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) dan mengakhiri hayatnya sebagai pemimpin Parti Negara.

Buku ini memberikan saya gambaran bahawa Dato Onn adalah pemimpin yang mempunyai pemikiran melampaui zaman. Ini termasuklah inisiatif beliau yang mahu menggembleng kesepakatan masyarakat Melayu untuk menentang penjajahan British melalui penubuhan Persatuan Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) dan seterusnya Umno pada tahun 1946.

Saya juga terkesan dengan idea Dato Onn yang melihat relevannya politik integrasi yang melangkaui sempadan perkauman apabila Dato Onn membuka cadangan tersebut dalam Mesyuarat Agung Umno pada tahun 1951 tetapi ditolak perwakilan. Beliau meletak jawatan dan menubuhkan IMP.

IMP gagal berfungsi di dalam landskap politik negara, lantas Dato Onn menghidupkan Parti Negara (PN) untuk menyertai Pilihanraya Umum 1955. PN gagal memenangi sebuah kerusi pun, tetapi itu tidak mengecewakan Dato Onn.

Pilihanraya Umum 1959 menyaksikan Dato Onn kembali ke persada politik nasional apabila memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu Selatan hasil kompromi PN – PAS. PN juga memenangi 4 kerusi DUN Terengganu.

Read the rest of this entry »

Filed under: Buku, Reviu , , , , ,

Ungu Karmila

unguungu-karmila.gif

Saya menunggu novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid ini di pasaran. Satu-satunya karya novelis Melayu yang saya beli secara konsisten sedari awal karyanya.

SINOPSIS

RUMAH itu sudah lama terbiar tidak berpenghuni. Terperosok di sebuah hutan perbukitan, tidak jauh dari perkampungan Orang Asli. Terletak satu setengah kilometer jaraknya dari jalan raya Puncak Rimba, Cameron Highlands. Dari arah luar kawasan… tiada sesiapa yang tahu di situ terdapat sebuah rumah banglo tinggal. Ia dilindungi pokok-pokok berdaun lebat dan terletak melandai ke bawah dari jalan raya. Rumah itu seolah-olah sengaja menyembunyikan dirinya untuk terus menikmati kesunyian alam.

Rumah dua tingkat itu dibina 10 tahun lalu. Ia milik sepasang suami isteri yang kelihatan bahagia menikmati hidup mereka sehari-hari. Keseluruhan rumah itu berwarna ungu. Kecuali bumbung sahaja yang berwarna biru. Ia gabungan warna terang yang kelihatan unik. Manakala di sekeliling rumah itu dibina pagar-pagar kayu yang juga berwarna ungu. Pagar bersilang dan runcing di bahagian atas, dipacak rapat-rapat dan menyamai ketinggian seorang lelaki normal.

Setelah sekian lama tidak berpenghuni, rumah itu kelihatan lusuh, walaupun masih kukuh. Akar-akar rumput menjalar di sana sini. Dari luar… ia kelihatan menyeramkan. Menurut cerita masyarakat setempat di kalangan Orang Asli – rumah itu sedang tidur sekarang. Biarkan ia tidur. Kalau ia terbangun…malapetaka pasti menimpa pada mereka yang membuatkan ia terjaga. Maka…jauhkan diri dari rumah ungu itu!

Filed under: Buku , ,

nahdah@twitter

  • selesai mengunjungi ADUN Batu Caves di Pejabat Dun. | 1 day ago
  • pelik kenapa kematian Tawfiq Noorzan tidak diperjuangkan spt mereka perjuangkan keadilan utk Teoh Beng Hock.bukankah keduanya dizalimi? | 4 days ago
  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 5 days ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 1 week ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 1 week ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,946 kunjungan

Arkib