Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Arsenal [2] – Blackburn Rovers [0]

ars1102

Cakap banyak pun tak guna. Arsenal menang lagi. Jaringan Senderos dan Adebayor cukup untuk melebarkan jurang Arsenal dan Manchester sebanyak 5 mata.

Di saat Manchester meneruskan ‘tempoh berkabung’ dengan kekalahan pertama kepada Manchester City dalam tempoh 34 tahun, Chelsea dan Liverpool terus seri tanpa jaringan. Kesian..

Filed under: Arsenal, EPL , , ,

Arsenal [3] – Manchester City [1]

 

 ars02021.jpg

Tok Mudin ada menanyakan ramalan saya tentang keputusan perlawanan ini dalam entri sebelumnya. Saya cuma boleh menjangkakan Arsenal akan menang 2-0.

Tetapi keputusannya, Arsenal menang 3-1. Saya tak sempat menonton perlawanan ini kerana ada majlis keluarga di Klang. Tapi menang sudah sangat memadai, dan Adebayor, dengan dua golnya malam ini ternyata menunjukkan bahawa beliau adalah penyerang paling berbisa dalam English Premier League buat masa ini.

Memandangkan saya tak dapat tonton, maka cukuplah sekadar membaca ulasan pasca-perlawanan di laman web Arsenal.

11 Februari depan bakal bertemu Blackburn Rovers. Semoga Robin van Persie dapat kembali!

Filed under: Arsenal, EPL , , ,

Arsenal [3] – Newcastle United [0]

ars2901.jpg
Perlawanan pertama Newcastle United di bawah kemudi Kevin Keegan pastinya sangat suram apabila terpaksa menerima hakikat mereka tewas – kali kedua hanya dalam beberapa hari – dengan lawan yang sama, dan bilangan jaringan yang sama!
  newcastle29012008_8.jpg
Fabregas sudah mula menemui rentak jaringan. Adebayor terus ‘membayor’ (loghat Perak sikit..) kepercayaan Wenger dengan menambah jaringan peribadi di saat-saat Arsenal tandus penyerang. Flamini membuktikan yang beliau perlu dikekalkan dalam kesebelasan utama oleh Wenger.
Sabtu ini, Arsenal akan berkunjung ke City of Manchester Stadium, menentang Manchester City. Manchester City baru seri 1-1 dengan Derby County semalam. Harapnya jentera serangan mereka terus tumpul Sabtu ini!

Filed under: Arsenal, EPL , , ,

FA Cup Round 4: Arsenal [3] – Newcastle United [0]

Memang sakit kena belasah 5 – 1 dengan Tottenham hari tu. Tapi saya tak percaya konsep hero melayu, sekali tumbang selamanya tumbang. Saya pakai konsep hero Tamil, biar jatuh sekali, tapi ending mesti menang.

Tak sempat tonton match ini semalam. Tapi dah menang dan mara ke pusingan seterusnya, kira ok lah tu.

ars2601

Filed under: Arsenal

Semi-Final Carling Cup: Arsenal FC vs Tottenham Hotspur

ars2601

Filed under: Arsenal , ,

nahdah@twitter

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 119,771 kunjungan

Arkib