Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Apabila PPSMI Dikatakan ‘Tidak Gagal’…

Saya tidak pernah bersetuju dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada tahun 2003. Pada saya, ia membunuh keupayaan anak-anak, khususnya anak-anak Melayu untuk menguasai ilmu sains dan matematik.

Kalangan saudara-mara, sahabat handai saya bukan sedikit yang berkerjaya sebagai guru. Dan mereka akui, bahawa penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar masih lemah untuk kita memahatkan Bahasa Inggeris sebagai pengantar sains dan matematik. Apa yang mengejutkan, masalah ini tidak sekadar berlaku di luar bandar atau kawasan pedalaman, sebaliknya turut berlaku di kalangan pelajar-pelajar di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Kata mereka, kadang-kala mereka cukup simpati melihat anak-anak bangsa terkial-kial memahami frasa yang sedia pelik dalam subjek matematik dan sains melalui bahasa Inggeris. Akhirnya, terpaksa juga diajar di dalam Bahasa Melayu, kerana yang paling penting ialah pelajar perlu semakin faham, bukan semakin bebal.
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa Dasar, Kritik ,

Kenapa Rakyat Malaysia Perlu Sokong Gaji Minimum

Ini adalah antara sebab kukuh kenapa kerajaan perlu dengan segera mempertimbangkan kadar gaji minimum kepada rakyat Malaysia, tanpa memberi alasan kurang cerdik. Berita dibawah tidak disiarkan oleh Harakah ataupun Suara Keadilan,sebaliknya Utusan Malaysia 24 Julai 2007.

Gaji PATI cecah RM4,000 sebulan
Utusan Malaysia, 24 Julai 2007
Oleh AZMAN IBRAHIM dan FARABI SHEIKH SAID

KUALA LUMPUR 23 Julai – Kadar upah lumayan sehingga mencecah RM4,000 sebulan terutama dalam sektor pembinaan merupakan faktor utama lebih sejuta pendatang asing tanpa izin (PATI) membanjiri negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, mereka juga tertarik untuk bekerja di negara ini yang menawarkan banyak peluang pekerjaan dan kehidupan yang jauh lebih stabil berbanding di negara mereka.
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa Dasar, Catatan

Isu Revathi: Salahkah Anwar?

aBanyak juga ulasan yang dibangkitkan mengenai laporan Malaysiakini yang memetik pendapat Anwar Ibrahim mengenai perlunya keputusan Revathi dihormati.

Baik di mana-mana laman web dan tidak terkecuali blog Anwar sendiri, banyak yang menanyakan rasional Anwar mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Dalam perkembangan terdahulu, Malaysiakini turut melaporkan bahawa Revathi berpendirian untuk kekal sebagai penganut agama Hindu, dan MAIS turut menafikan dakwaan.
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa Dasar, Catatan, Politik

Harga Rokok Naik Lagi!!

Duti rokok naik 15 sen

KUALA LUMPUR 2 Julai – Duti eksais ke atas rokok dinaikkan kepada 15 sen berkuatkuasa 4 petang hari ini daripada 12 sen sebelum ini, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dengan kenaikan itu, duti bagi satu paket 20 batang rokok kini meningkat sebanyak 60 sen.

Kementerian Kewangan berkata, langkah itu adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta menangani masalah sosial akibat merokok, terutama dalam kalangan golongan muda.

– Bernama

Ini antara perkembangan terbaru yang saya yakin menaikkan darah segeolongan besar masyarakat di luar. Harga rokok naik lagi!

Dengan ini, Dunhill 20 akan jadi RM8, Lucky Strike RM8.60, dan lain-lain akan naik harga juga.
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa Dasar, Catatan

Kalau Berani, Isytihar Awal Tarikh Pilihanraya

Nash Rahman dan Muda Mohd Noor dari Malaysiakini melengkapkan analisis mereka ke atas potensi Umno di dalam pilihanraya akan datang, dan analisis kali ini, bakal saya adunkan dengan beberapa komen pimpinan KeADILan yang telah saya adunkan menjadi sebuah berita di Suara Keadilan Online, semalam.

Dalam analisis mereka berdua, mereka mengatakan bahawa Umno bersedia menghadapi pilihanraya umum bila-bila masa. Antara lain tulisan mereka menyatakan selagi Umno tidak menghadapi krisis dalaman maka Umno tidak akan menghadapi masalah untuk berhadapan dengan cabaran pembangkang di dalam Pilihanraya Umum.

Dan dalam pilihanraya umum 2004, Umno tidak menghadapi sebarang krisis dalaman. Dr Mahathir bersara dan Datuk Seri Abdullah Ahmad mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan Umno.

BN menang besar – 199 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Umno juga berjaya merampas semula Terengganu dan hampir-hampir menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.

Dan jika didasarkan kepada kemenangan besar yang dicapai oleh BN, khususnya Umno, dalam kesemua lima pilihanraya kecil sejak 2004 – di atas kertas, parti itu dalam keadaan yang cukup baik untuk menghadapi pilihanraya umum kali ini. Benarkah begitu keadaannya?

Sebenarnya Umno sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa. Umno tidak menjangka akan menghadap tentangan hebat dari musuh tradisinya, PAS, kali ini kerana parti pembangkang itu terpaksa menumpukan seluruh jentera pilihanrayanya untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan.

Saya setuju dengan analisis mereka, khususnya mengenai keperluan PAS untuk mempertahankan Kelantan.Sumber yang saya peroleh beberapa tokoh muda PAS akan ditumpukan di beberapa kawasan di Kelantan sebagai asas kukuh mempertahankan Kelantan. Tetapi mustahil PAS akan meminggirkan negeri-negeri frontline mereka, khususnya Perlis, Kedah, dan Terengganu.

Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa Dasar, Catatan

nahdah@twitter

  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 10 hours ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 4 days ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 1 week ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 week ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 week ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,690 kunjungan

Arkib