Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Pentas 152: Titik Mula Aktivisme 2009!

Semalam, berlangsung program Pentas 152: Amanat Buat Pejuang Muda yang dikelola oleh AIC.

Alhamdulillah, program semalam berani saya klasifikasikan sebagai cemerlang. Kehadiran yang menghampiri 100 orang, disusuli dengan lebih 1000 viewers di laman maya, adalah pencapaian yang sangat membanggakan buat AIC.

Kehadiran rakan-rakan maya dan seniman seperti Amin Iskandar, Meor, Rahmat Haron, Pyan Habib sangat mengujakan. Blogger Kulup Sakah juga turut kelihatan. Meski tidak berpeluang berbual bersama mereka, tetapi kehadiran mereka cukup dihargai.

Demikian juga rakan-rakan daripada Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), termasuk Setiausahanya Hasni Abas dan rakan-rakan PPSMI yang hadir nyata memberi semangat.

Kelibat pimpinan AMK seperti Rozan Azen, Cikgu Faris Musa, Yusmadi dan juga Ketua AMK Shamsul Iskandar yang turut menyampaikan puisi sangat dialu-alukan.

Buat Pak Samad, kehadiran beliau nyata membakar semangat. Dengan nada perlahan tetapi tegas, amanat Pak Samad dihadham semua yang hadir dengan penuh penghayatan. Pak Samad juga mempopularkan istilah CaTakSerKin (Cakap Tak Serupa Bikin!) merujuk kepada pemimpin yang menang dengan undi rakyat sewaktu pilihanraya, tapi memilih untuk melaksanakan dasar yang menindas rakyat selepas pilihanraya!

Apapun, Pentas 152 adalah titik mula aktivisme AIC bagi tahun 2009. Sesungguhnya, ia satu permulaan yang sangat baik!

Filed under: AIC, Aktiviti

Al Fatihah

arwLewat pagi tadi, sekitar jam 1 pagi saya menerima SMS daripada sahabat saya Yusmadi, mengatakan bahawa ayahanda kepada Ketua AMK, Shamsul Iskandar telah kembali ke Rahmatullah. Saya sedia maklum keadaan Allahyarham sebelum ini yang sememangnya tenat, dan Sdr Shamsul telahpun berada di sisi Allahyarham hampir seminggu lamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas beliau yang terakhir pagi tadi.
Read the rest of this entry »

Filed under: Aktiviti

Just For You Youth Carnival 15 Julai Ini

y4c Rujuk laman web Youth 4 Change untuk makluman lanjut berkenaan program ini. Dibawah dilampirkan butiran aktiviti sepanjang Karnival tersebut:

- Pendaftaran Pengundi Muda
- Pameran oleh Sayap Pemuda Parti-Parti Politik
- Pengisytiharan Deklarasi Anak Muda
- Interaksi Langsung Bersama Pimpinan dan Selebriti Muda
- Tarian Hip-hop, Persembahan Rock Band, Sketsa dan lain-lain.

Untuk makluman lanjut, hubungi Y4C[y4c2006@gmail.com] dan KLSCAH[info@scah.org.my]

Filed under: Aktiviti

Catatan Program Diskusi Agenda Ekonomi Baru Malaysia

Jumaat lepas telah berlangsung sebuah program anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) di Hotel Armada, PJ. Bertajuk ‘Agenda Ekonomi Baru Malaysia: Cabaran dan Harapan’, saya diamanahkan sebagai moderator pada majlis tersebut.

Yang sedikit ‘kacau’ ialah kelewatan saya untuk datang tepat pada waktu yang ditetapkan, disebabkan oleh hujan yang agak mengganggu lalulintas dan masalah biasa pekerja di KL, jalan sesak! saya cuma berjaya hadir pada jam 8.45 malam, 15 minit lewat! Hampir sejam setengah di dalam kereta..Ribuan maaf buat Pak Khalid dan Amir Sari..

Program malam itu dijayakan oleh 3 ahli panel yang kredibel, Profesor Rajah Rasiah (UM), Dr Dzulkefli Ahmad (PAS) dan Sdr Tony Pua (DAP).

Secara asasnya, sepanjang pengamatan saya, ketiga-tiga panel lebih menumpukan pembentangan mereka mengenai kelemahan-kelemahan di sebalik perlaksanaan DEB, dan hanya memberikan tumpuan mengulas mengenai Agenda Ekonomi Baru Malaysia (AEBM) ini hanya sewaktu mereka mengulas keseluruhan sesi pembentangan mereka.
Read the rest of this entry »

Filed under: Aktiviti, Catatan

Diskusi Agenda Ekonomi Malaysia

Sdr/Sdri dijemput untuk sama-sama menyertai program Diskusi Agenda Ekonomi Malaysia: Cabaran & Harapan:

Tarikh: 15 Jun 2007
Masa: 8.30 malam
Tempat: Hotel Armada, Petaling Jaya (Berhampiran Stesen Putra LRT Asia Jaya)

Panel 1: Prof Rajah Rasiah (Professor, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya)
Panel 2: Tony Pua Kiam Wee (Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP)
Panel 3: Dr Dzulkefly Ahmad (Pengarah, Pusat Penyelidikan PAS Pusat)

Sama-sama memugar idea ke arah membuka dimensi baru dasar ekonomi Malaysia..

Filed under: Aktiviti

nahdah@twitter

  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 9 hours ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 day ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 day ago
  • Player Negeri 9 dok jatuh je..Ngelat ke? | 1 day ago
  • RT @Khairykj: Do NOT watch EPL tonight. Negeri Sembilan vs Kelantan. Malaysia Cup final. RTM1 8.45pm. The only game that matters. | 2 days ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,368 kunjungan

Arkib