Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Polemik “Kerja Bodoh”: 2 Persoalan Yang Wajar Dirungkai

Polemik ‘kerja bodoh’ yang dibuka oleh Ustaz Nik Abduh kian membahang semenjak dua menjak ini. Pastinya populariti beliau meningkat tanpa beliau jangka dan duga di sebalik isu yang beliau bangkitkan tersebut.

Maka pelbagai respon balas dapat dilihat di kalangan pimpinan Pas sendiri, termasuklah YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Ustaz Nasruddin Hasan (Timb Ketua Pemuda Pas).

Dan Ustaz Nik Abduh telahpun memanjangkan kehangatan polemik ini lewat entri susulan di blog beliau. “kerja bodoh dalam Pas (2)”. Tok Guru Nik Aziz pun khabarnya mahu isu ini dihentikan melalui penjelasan anakandanya itu.

Pada hemat saya, polemik ini mudah saja diselesaikan.

Jangan main kona-kona dalam isu ini. Straight to the point.


Ustaz Nik Abduh perlu jelaskan beberapa perkara. Entri panjang-panjang pun kalau sekadar membuatkan kekeliruan itu makin membarah, ia adalah kerja sia-sia.

Dalam ilmu berhujah, hujah yang tajam ialah hujah yang pendek tetapi kena tepat pada sasaran. Hujah yang meleret tetapi hanya kena ’sipi-sipi’, bolehlah dikategorikan sebagai kerja sia-sia.

Justeru 2 soalan, pada hemat saya, wajar dijawab.

Pertama, Ustaz Nik Abduh tuju pada siapa? Jangan buat orang tertanya-tanya. Lebih baik dijelaskan daripada menimbulkan sentimen tuding-menuding antara satu sama lain. Pada hemat saya, ini sifat adu domba yang tak sepatutnya diamalkan. Akhirnya, Pas berpecah, rakyat hilang percaya.

Kedua, Ustaz Nik Abduh menulis Kerajaan perpaduan yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda” dalam entri pertamanya. Saya setuju dengan Arif Abdull, apa sebenarnya pemahaman Ustaz Nik Abduh mengenai Kerajaan Perpaduan, dan apa pula bentuk Kerajaan Perpaduan yang ‘diadu-dombakan’ oleh penasihat Tok Guru sehingga Tok Guru bermatian menentang.

Saya setuju bahawa nawaitu Ustaz Nik Abduh hanya mahu meluahkan apa yang terbuku di hati. Setiap muslim yang sayangkan agamanya pasti akan menyayangi kepimpinan Ulama’ dan mempertahankannya selagi mana ia mampu dan terdaya.

Tetapi percayalah, luahannya itu – meskipun atas dasar sayang pada kepimpinan ulama’ – ia kekal bersifat mengelirukan, tidak menjernihkan.

Saya akur dan sedar, saya bukan level ulama’, ustaz pun bukan, hatta dai’e pun tak layak. Jangan kata mee celup, mee maggi pun tidak sudi menerima saya dalam kategorinya.

Tetapi saya bersetuju dengan saranan Tulang Besi, pendedahan Ustaz Nik Abduh itu hanya membawa dua implikasi.

Samada Ustaz Nik Abduh benar ataupun Tok Guru Nik Aziz jenis mudah diperkotak katik oleh orang yang mengkal pemahaman politiknya jika di banding dengan pengalaman Tok Guru (saya tak sanggup menggunakan perkataan d*ng* ke atas Tok Guru).

InsyaAllah, sehingga mati pun saya takkan bersetuju dengan implikasi yang kedua itu.

Filed under: Kritik, Politik

Leave a Reply

Arkib