Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Polemik “Kerja Bodoh”: 2 Persoalan Yang Wajar Dirungkai

Polemik ‘kerja bodoh’ yang dibuka oleh Ustaz Nik Abduh kian membahang semenjak dua menjak ini. Pastinya populariti beliau meningkat tanpa beliau jangka dan duga di sebalik isu yang beliau bangkitkan tersebut.

Maka pelbagai respon balas dapat dilihat di kalangan pimpinan Pas sendiri, termasuklah YB Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Ustaz Nasruddin Hasan (Timb Ketua Pemuda Pas).

Dan Ustaz Nik Abduh telahpun memanjangkan kehangatan polemik ini lewat entri susulan di blog beliau. “kerja bodoh dalam Pas (2)”. Tok Guru Nik Aziz pun khabarnya mahu isu ini dihentikan melalui penjelasan anakandanya itu.

Pada hemat saya, polemik ini mudah saja diselesaikan.

Jangan main kona-kona dalam isu ini. Straight to the point.

Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Politik

Penanti : Apa Masalah Pas Permatang Pauh?

Semalam, bekas Setpol DS Anwar, Dr. Mansor Osman telah dinamakan sebagai calon PKR dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Penamaan ini sudah dijangka sebenarnya, tidak ada elemen ‘kezutan’. Beberapa nama timbul sebelum DS Anwar membuat pengumuman rasmi, termasuklah Datuk Zahrain dan YB Yusmadi. Tetapi sms drpd Sdr. Shamsul Iskandar mengesahkan segalanya.

Ketika ini, Umno-BN masih belum menetapkan calon. Pada hemat saya, samada bertanding atau tidak, kedua-duanya ada nilai kebijakan yang tersirat.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah khabarnya mahu bertanding sebagai calon bebas.

Yang memelikkan ialah keputusan PAS Permatang Pauh mahu membekukan jentera pilihanraya mereka sepanjang kempen PRK tersebut.

Kata YDP Pas Kawasan : “Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh”.

Jangan start enjin kereta untuk bawa orang ke hospital, dengan harapan orang pulih dalam kereta. Bijak betul.

Kemudian, Pemuda Pas Pulau Pinang juga bertegas mahu letak calon. Ketuanya kata, ini permintaan akar umbi.

Dulu, sewaktu Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dicabul, juak-juak ini menyatakan yang PKR dan DAP tak boleh pakai.

“Tak ada semangat setiakawan, sanggup tikam PAS dan PR.” Juak-juak ini merujuk kepada “Trio Santan Berlada” Behrang-Jelapang-Changkat Jering yang menjadi Adun Bebas simpatisan BN.

Sekarang, jentera nak dibeku, yang pemuda nak juga letak calon tak kira walau apa yang jadi.

Setiakawan jenis apa ni?

Terpulanglah….

Filed under: Kritik, Politik

Penanti: Muhasabah Buat PKR

Pastinya pengumuman SPR hari ini mengenai tarikh Pilihanraya Kecil DUN Penanti menamatkan pelbagai spekulasi yang berlegar-legar baik di kedai kopi mahupun ruang maya.

Semenjak 8 Mac 2008, ini merupakan PRK yang keenam yang mengisi rentetan aktiviti politik negara. Sebermula Permatang Pauh, disusuli Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, banyaklah pertikaian yang timbul konon PRK ini hanyalah membuang wang rakyat. Mungkin bidaan pemutar skru yang mencecah ribuan ringgit, atau pembelian kapal selam yang berharga berbillion ringgit itu bukan pembaziran.

Saya suka melihat sudut sisi PRK ini dalam konteks PKR sebagai parti peneraju Pakatan Rakyat.

Ketepikan seketika persoalan samada BN mahu meletakkan calon atau tidak di dalam PRK akan datang ini. Yang penting amalan demokrasi perlu terus berjalan dan rakyat berhak diberi pilihan dan membuat pilihan.

Tidak boleh tidak, rakyat kini dalam proses penilaian ke atas semua jenis parti politik yang wujud di bumi Malaysia ini. Baik Umno dan komponen BN lainnya, tidak terkecuali jugalah PKR, PAS mahupun DAP akan terus diperhati dengan teliti oleh rakyat.

Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Politik

Pentas 152: Titik Mula Aktivisme 2009!

Semalam, berlangsung program Pentas 152: Amanat Buat Pejuang Muda yang dikelola oleh AIC.

Alhamdulillah, program semalam berani saya klasifikasikan sebagai cemerlang. Kehadiran yang menghampiri 100 orang, disusuli dengan lebih 1000 viewers di laman maya, adalah pencapaian yang sangat membanggakan buat AIC.

Kehadiran rakan-rakan maya dan seniman seperti Amin Iskandar, Meor, Rahmat Haron, Pyan Habib sangat mengujakan. Blogger Kulup Sakah juga turut kelihatan. Meski tidak berpeluang berbual bersama mereka, tetapi kehadiran mereka cukup dihargai.

Demikian juga rakan-rakan daripada Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), termasuk Setiausahanya Hasni Abas dan rakan-rakan PPSMI yang hadir nyata memberi semangat.

Kelibat pimpinan AMK seperti Rozan Azen, Cikgu Faris Musa, Yusmadi dan juga Ketua AMK Shamsul Iskandar yang turut menyampaikan puisi sangat dialu-alukan.

Buat Pak Samad, kehadiran beliau nyata membakar semangat. Dengan nada perlahan tetapi tegas, amanat Pak Samad dihadham semua yang hadir dengan penuh penghayatan. Pak Samad juga mempopularkan istilah CaTakSerKin (Cakap Tak Serupa Bikin!) merujuk kepada pemimpin yang menang dengan undi rakyat sewaktu pilihanraya, tapi memilih untuk melaksanakan dasar yang menindas rakyat selepas pilihanraya!

Apapun, Pentas 152 adalah titik mula aktivisme AIC bagi tahun 2009. Sesungguhnya, ia satu permulaan yang sangat baik!

Filed under: AIC, Aktiviti

nahdah@twitter

  • selesai mengunjungi ADUN Batu Caves di Pejabat Dun. | 4 days ago
  • pelik kenapa kematian Tawfiq Noorzan tidak diperjuangkan spt mereka perjuangkan keadilan utk Teoh Beng Hock.bukankah keduanya dizalimi? | 1 week ago
  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 1 week ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 1 week ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 2 weeks ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 119,101 kunjungan

Arkib