Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Tiuplah Arus Perubahan Kuala Terengganu Ke Bukit Gantang!

Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hj Roslan Shaharum, MP PAS Bukit Gantang atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah.

Saya percaya pemergian Allahyarham, meskipun ditentukan oleh Allah SWT, pastinya menjadi dugaan yang hebat bagi Pas dan Pakatan Rakyat dalam keadaan ketidaktentuan iklim politik di negeri Perak.

Seorang kawan saya berkata, “mungkin Allah mahu tunjukkan, di sebalik pihak-pihak tertentu mengelak untuk bertarung dalam pilihanraya, nah sekarang tengok hujung pangkal nyawa mereka di Bukit Gantang.” Wallahualam, saya tidak berani untuk meneka-neka.

Bukit Gantang, tidak seperti Kuala Terengganu, adalah kerusi Umno-BN zaman berzaman. Bagaimanapun ia termasuk di dalam arus tsunami politik 8 Mac apabila Pas melalui Allahyarham Hj Roslan berjaya menewaskan Bendahari Agung Umno, Datuk Azim Zabidi dengan majoriti 1566 undi.

DAP telahpun menunjukkan solidariti mereka kepada Pas dengan menyarankan agar Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak untuk bertanding di kerusi tersebut.

Rasional DAP agar rakyat Perak, melalui pengundi Parlimen Bukit Gantang boleh menterjemahkan pendirian mereka ke atas kertas undi mengenai penerimaan mereka ke atas apa yang berlaku di negeri Perak mutakhir ini.

Sebagai makluman, parlimen Bukit Gantang mempunyai 3 DUN iaitu DUN Kuaa Sepetang yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti 564 undi; DUN Trong dimenangi oleh Umno dengan majoriti 916 undi; dan DUN Changkat Jering yang dimenangi oleh Dulu-PKR-Kini-Bebas dengan majoriti 1102 undi.

Saya percaya Pas mempunyai pertimbangan mereka untuk meletakkan calon yang sesuai. Pun begitu secara peribadi saya bersetuju jika Dato’ Seri Ir. Nizar diletakkan sebagai calon di situ.

Mungkin juga Ustaz Ahmad Awang wajar disandarkan kembali harapan untuk mengekalkan penguasaan Pas di kawasan itu.

Apapun diharapkan agar arus tsunami Kuala Terengganu bisa singgah ke Bukit Gantang, insyaAllah.

Filed under: Politik

One Response

  1. Ayahanda berkata:

    Tuan..

    Apa pikir tuan pasal kes ELi pulak… antara kesian dan Moral pemimpin kita… mana letaknya

Leave a Reply

Arkib