Karpal Singh bikin keriau lagi semalam.
Anwar Ibrahim didesak untuk berundur untuk mengetuai Pakatan Rakyat.
Alasan Karpal:
“Beliau (Anwar) telah menyebabkan cukup masalah dan sudah tiba masa bagi Anwar bertaubat.
“Kini masa untuk Pakatan Rakyat memerlukan seorang lagi pemimpin,” kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor menyatakan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.
Sewaktu Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Karpal juga yang memulakan polemik untuk bermati-matian menolak hudud dalam keadaan penjelasan telah diberikan oleh Anwar dan pihak Pas bahawa hudud hanya untuk masyarakat muslim.
Saya tidak tahu apa masalah Karpal. Tapi kalau kita peka, setiap kenyataan Karpal akan dibuat atas kapasiti beliau secara personal. Jarang sekali sebarang kenyataan Karpal dibuat melalui medium Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Dan saya percaya keriau Karpal ini kerana Anwar, sebagaimana dipersetujui oleh Pas dan DAP untuk menolak sebarang usaha menyaman Tuanku Sultan Perak berikutan berlakunya krisis perlembagaan yang kritikal di Perak lantaran jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Karpal merasakan dirinya keseorangan, kerana dakwanya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak mendengar kata beliau. Sebaliknya lebih selesa menurut muafakat yang dipupuk melalui Pakatan Rakyat.
Karpal menggesa supaya Pakatan Rakyat ‘memerlukan seorang lagi pemimpin’. Saya kira Anwar tidak pernah dinamakan sebagai Ketua rasmi Pakatan Rakyat, melainkan beliau menjawat jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia semenjak memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008. Malah sepanjang pengamatan saya, setiap kali wujud isu, respon balas Pakatan akan melibatkan pimpinan ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat.
Contoh terbaik dalam kes di Perak, kenyataan dikeluarkan secara bersama di’endorse‘ oleh Anwar, Ustaz Nasharuddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden Pas dan YB Lim Kit Siang selaku Ketua Whip DAP di Parlimen.
Saya kira kenyataan YAB Lim Guan Eng akan lebih melukakan hati beliau.
Pakatan Rakyat tidak perlu menjaja ikon, sebaliknya perlu menjaja idea. Jika Pakatan berdiri atas karisma Anwar atau karisma Guan Eng, ia akan bertahan seketika. Sebaliknya kalau berdiri atas slogan ketuanan rakyat, insyaAllah ia akan kekal selama jika tidak terbabas dari landasan.
Buat masa sekarang, karisma Anwar tidak dinafikan, malah ia juga dipersetujui sejak Barisan Alternatif dibentuk 10 tahun dahulu dengan meletakkan Anwar sebagai calon PM jika pakatan pembangkang berjaya memerintah.
Saya fikir Karpal harus lebih rasional dengan kembali kepada seluruh jawatankuasa partinya untuk menghalusi sebarang saranan beliau dengan lebih demokratik.
Filed under: Politik
Komen Terkini