Februari 19, 2009 • 12:53 am
Jika Sultan Selangor menerima peletakan jawatan YB Elizabeth Wong, maka sahihlah pilihanraya kecil akan dilaksanakan di 3 Bukit: Bukit Gantang; Bukit Selambau; dan Bukit Lanjan.
Tetapi berhati-hati. kerana mungkin akan ada 29 lagi Pilihanraya Kecil yang menyusul, di 4 Parlimen dan 25 DUN, jika ‘bukit’ adalah ’selera’ pihak-pihak tertentu.
Berikut adalah kawasan-kawasannya:
Dewan Undangan Negeri
Bukit Kayu Hitam
Bukit Lada
Bukit Tuku
Bukit Panau
Bukit Bunga
Bukit Baru
Bukit Kepayang
Bukit Ibam
Bukit Tengah
Bukit Tambun
Bukit Chandan
Bukit Melawati
Bukit Antarabangsa
Bukit Gasing
Bukit Tunggal
Bukit Payung
Bukit Besi
Bukit Serampang
Bukit Naning
Bukit Permai
Bukit Batu
Bukit Begunan
Bukit Saban
Bukit Assek
Bukit Sari
Parlimen
Bukit Katil
Bukit Gelugor
Bukit Mertajam
Bukit Bintang
Filed under: Politik
Februari 10, 2009 • 12:39 pm
Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Hj Roslan Shaharum, MP PAS Bukit Gantang atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah.
Saya percaya pemergian Allahyarham, meskipun ditentukan oleh Allah SWT, pastinya menjadi dugaan yang hebat bagi Pas dan Pakatan Rakyat dalam keadaan ketidaktentuan iklim politik di negeri Perak.
Seorang kawan saya berkata, “mungkin Allah mahu tunjukkan, di sebalik pihak-pihak tertentu mengelak untuk bertarung dalam pilihanraya, nah sekarang tengok hujung pangkal nyawa mereka di Bukit Gantang.” Wallahualam, saya tidak berani untuk meneka-neka.
Bukit Gantang, tidak seperti Kuala Terengganu, adalah kerusi Umno-BN zaman berzaman. Bagaimanapun ia termasuk di dalam arus tsunami politik 8 Mac apabila Pas melalui Allahyarham Hj Roslan berjaya menewaskan Bendahari Agung Umno, Datuk Azim Zabidi dengan majoriti 1566 undi.
DAP telahpun menunjukkan solidariti mereka kepada Pas dengan menyarankan agar Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak untuk bertanding di kerusi tersebut.
Rasional DAP agar rakyat Perak, melalui pengundi Parlimen Bukit Gantang boleh menterjemahkan pendirian mereka ke atas kertas undi mengenai penerimaan mereka ke atas apa yang berlaku di negeri Perak mutakhir ini.
Sebagai makluman, parlimen Bukit Gantang mempunyai 3 DUN iaitu DUN Kuaa Sepetang yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti 564 undi; DUN Trong dimenangi oleh Umno dengan majoriti 916 undi; dan DUN Changkat Jering yang dimenangi oleh Dulu-PKR-Kini-Bebas dengan majoriti 1102 undi.
Saya percaya Pas mempunyai pertimbangan mereka untuk meletakkan calon yang sesuai. Pun begitu secara peribadi saya bersetuju jika Dato’ Seri Ir. Nizar diletakkan sebagai calon di situ.
Mungkin juga Ustaz Ahmad Awang wajar disandarkan kembali harapan untuk mengekalkan penguasaan Pas di kawasan itu.
Apapun diharapkan agar arus tsunami Kuala Terengganu bisa singgah ke Bukit Gantang, insyaAllah.
Filed under: Politik
Februari 7, 2009 • 10:57 am
Saya mulakan dengan ucapan tahniah kepada Dr. Zambry Abd Kadir yang dinobatkan sebagai Menteri Besar Perak yang ‘terkini’. Terkini dalam konteks ‘baru mengangkat sumpah’, tidak bersifat menggantikan MB lama. Ini kerana MB lama tidak meletakkan jawatan, juga tidak dipecat atau dilucutkan jawatannya secara sah dan sahih.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata bahawa kerajaan baru yang tertubuh di Perak adalah kerajaan haram. Keras bunyinya, tetapi hujah Tuan Guru tidak pernah dibuat tanpa justifikasi yang kukuh.
Entahlah. Saya terfikir juga. Kedudukan kerusi antara BN dan Pakatan Rakyat seri 28-28. Penentunya disandarkan kepada 3 ADUN Bebas yang tak berapa bebas.
DIANDAIKANLAH…3 ADUN itu secara tiba-tiba muhasabah diri, mahu bertaubat kembali menyertai Pakatan, apa akan jadi pada kerajaan baru negeri Perak ini?
DITAKDIRKANLAH…3 ADUN itu terlibat dalam kemalangan atau kecelakaan lalu meninggal dunia, apa akan jadi pada kerajaan baru negeri Perak?
DIKATAKANLAH..jika 2 ADUN bebas yang terlibat kes rasuah itu disabitkan bersalah dan hilang kelayakan jadi ADUN, apa akan jadi pada kerajaan baru negeri Perak?
Yang pasti, Allah SWT Maha Adil dan Bijaksana. Saya percaya ‘tipu daya Allah SWT” yang saban kali diungkapkan melalui Al-Quran dan sirah akan berlaku juga akhir nanti, insyaAllah.
Hakikatnya, Tuhan lebih tahu..
Filed under: Kritik, Politik
Komen Terkini