Bukan sedikit ibu bapa yang sukar melepaskan anak mereka ke PLKN, kerana rentetan kes kematian pelatih PLKN yang saban tahun menghiasi dada-dada akhbar. Takdir Ilahi menentukan panjang pendek usia manusia, tetapi faktor keselamatan tidak boleh dikompromi dengan berserah kepada takdir semata-mata.
Saya teringat akan kes Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, yang pernah menggemparkan Malaysia apabila memilih untuk dipenjara kerana ‘keingkaran’ beliau menyertai PLKN. Kenapa beliau ingkar? Kerana bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya. Menyertai PLKN beerti ibu ada adik-adiknya akan hilang tempat bergantung buat seketika.
Minggu lepas, selebriti remaja, Diana Danielle diberi penangguhan daripada menyertai PLKN kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem. Dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) memberi pelepasan.
Antara Hafizal dan Diana, tiada beza. Keduanya mencari nafkah. Bezanya ialah populariti. Diana artis muda yang sedang meraih kejayaan, Hafizal hanya anak muda yang membanting tulang empat kerat mencari sesuap nasi untuk menyara ibu dan adik-adiknya.
Tetapi kenapa Hafizal tidak pernah ditimbang untuk diberi penangguhan yang sewajarnya oleh JLKN tatkala Mahkamah dikhabarkan bahawa beliau gagal menyertai PLKN kerana mencari nafkah?
Kenapa untuk Diana mudah tetapi tidak bagi Hafizal? Meskipun Hafizal hanya dipenjara sehari, tetapi itu cukup untuk memalitkan rekodnya.
Apakah menjadi artis atau selebriti, maka mudah untuk ‘lolos’ berbanding menjadi anak kampung yang pelajaran tidak tinggi dan tidak ada bakat atau rupa paras yang pan-asian?
Saya tiada jawapan. Hanya JLKN yang boleh beri jawapan.
Filed under: Isu Semasa, Kritik , Diana Danielle, PLKN
sbg pres kelab peminat diana danielle cawangan hulu kelang, sy meminta dengan baik agar tuan menarik balik entri ini dan memohon maaf. segala usaha memburuk2kan dani agar dipandang serius dan memungkinkan tindakan putus sahabat.
hehehe…
mengarutlah PLKN ni. dari mula sampai habis mengarut. karut sekarut-karutnya
rasanya ada sorang lagi artis yg diberi pelepasan… nampak gayanya mmg kena jadi selebriti ler huhuhu
Diana Danielle, muka ko diat! Ko ingat ko kacak gilak. Macam apa jak.
memang tak patut.. cubalah jadikan perkara ini sebagai teladan baik di pihak masyarakat lebih2 lagi pihak berkuasa..
buatlah keputusan yg rasional wahai jlkn.
cuba bezakan antara yg baik dgn yg buruk.
kita kan sama2 manusia…?
NAMPAKNYA JLKN PERLU BERFIKIR DUA KALI SY ULANG 2X…..
MEMANG BERAT SEBELAH BETUL..!!
KASIHAN HAFIZAL TUE..!!
kesian hafizal..
kenapa dia x diberi layanan yang sama ketika dia lebih memerlukan..
mcm tu ramai2 la masuk af dan sewaktu denganya..
ntah ntah jdi artis lepas ni x payah bayar cukai plak ek..
diana is a nobody..
hafizal is a somebody..
sape2 sokong diana adalah antara bjuta rakyat Malaysia yang buta hati..
suka betol orang Melayu dgn hiburan..
aku pun pelek kenapa aku lahir melayu..
padahal x minat pun artist tapi lebih suka human rights..
baik aku lahir bangsa lain..