Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Pasca Kemenangan Obama: Quo Vadis Malaysia?

obama

Sejarah tercipta di Amerika semalam.

Barack Obama secara rasmi memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, sekaligus menjadi warga kulit hitam pertama yang menjawat jawatan berpengaruh itu dalam sejarah.

4 tahun yang mendatang bukan ruang yang singkat dan mudah bagi Obama. Bukan sekadar Amerika, tetapi dunia akan memerhatikan sejauhmana beliau boleh memecah tembok pemisahan yang dicipta melalui regim George Bush terdahulu.

Kita tidak ‘bertuhankan’ Obama mahupun Amerika Syarikat, tetapi semangat dan keberanian untuk berubah di kalangan rakyat Amerika itu yang perlu kita fikir dan telusuri bersama.

Rakyat Amerika telah membuktikan bahawa kekangan kaum dan bangsa bukan lagi satu dogma yang boleh didoktrinkan kepada pemikiran mereka.

Dan apakah keberanian yang sama berani diambil oleh rakyat Malaysia?

Filed under: Catatan

2 Responses

  1. [...] Pasca Kemenangan Obama: Quo Vadis Malaysia? [...]

  2. Besaqkichik berkata:

    1. Berbalik kepada Soalan:

    Dan apakah keberanian yang sama berani diambil oleh rakyat Malaysia?

    2. Berbalik kepada Pertanyaan :

    Rakyat Malaysia

    atau

    Rakyat Melayu, Cina, India, atau Borneo yang menetap dalam Malaysia.

    3. Berbalik kepada Pandangan Aku :

    Malaysia akan tetap berada di situ dengan isu yang sama, penulis blog yang sama, media yang sama. Keberanian itu,

    “Masihkah ada lagi?”

Leave a Reply