Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Kenapa Takut Dengan Debat?

Kenapa rakyat Malaysia -samada majoriti atau segelintir kecil- begitu pesimis dengan budaya berhujah dan debat?

Ini persoalan yang acapkali saya fikirkan tatkala melihat cadangan yang dilemparkan calon Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar tatkala beliau melepasi kuota pencalonan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Dua calon lain memberi respon berbeza. Dr. Khir Toyo bersetuju manakala YB Mukhriz Mahathir kelihatan enggan.

Ada kalangan pimpinan Umno yang menolak, antaranya Mustafa Mohamad, Hishamuddin Tun Hussien, dan Khaled Nordin.

Tetapi ada juga pimpinan Umno yang menyokong seperti Shabery Cheek, Saifudin Abdullah, serta Shahrir Samad.

Saya menyambut baik saranan Khairy dalam hal ini, kerana anjakan paradigma yang sedang beliau usahakan ini sesuatu yang perlu disahut secara positif, bukan secara pesimis.

Sebenarnya budaya debat ini bukan baru, kerana di dalam Malaysia sendiri beberapa siri debat dan diskusi telah banyak diusahakan samada secara terbuka mahupun secara tertutup.

Antara yang saya ingat ialah debat YB Salahuddin Ayub-Datuk Seri Nazri Aziz berkenaan isu Sekolah Agam Rakyat, debat antara Datuk Seri Nazri – YB Lim Kit Siang mengenai isu ISA, dan pastinya yang paling mekar dalam ingatan ialah debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Ahmad Shabery mengenai subsidi minyak.

Saya kira dalam hal perdebatan intra-parti ini, MCA lebih ke hadapan apabila berani menganjurkan debat antara dua calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Chua Soi Lek dan juga Datuk Donald Lim yang akhirnya digam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sewajarnya, sekiranya Umno mahu serius dalam proses meremajakan parti itu, budaya seumpama ini tidak perlu digusarkan. Malah jika kita lihat dalam budaya politik di Amerika Syarikat misalnya, untuk memilih calon Presiden pun, di dalam parti Demokrat dan Republikan sendiri, di adakan program debat. Contohnya di antara Barack Obama dan Hillary Clinton untuk memberi ruang kepada ahli dan penyokong Demokrat menilai siapa antara kedua mereka yang layak diketengahkan sebagai calon Presiden bagi Demokrat.

Ada yang mengatakan bahawa ‘hal rumahtangga jangan dihebah kepada umum’. Soalnya ialah kematangan dan penerimaan. Jika melihat ia tidak wajar dihebahkan kepada umum, maka ia masih boleh diterhadkan kepada ahli-ahli sahaja. Di Amerika Syarikat, debat antara Obama dan Hillary menjadi tayangan dunia, meskipun ia hanya berkisar mengenai siapa yang perlu perwakilan Demokrat pilih untuk pilihanraya Presiden AS.

Jika hujah bahawa kononnya ‘debat membawa perpecahan’, ‘debat mengelirukan akar umbi’, ‘debat bawa budaya negatif’, ini hujah kolot. Memberikan hujah seumpama ini hanya menunjukkan seolah ahli parti mahupun rakyat bodoh dan tolol, tidak tahu menilai mana intan mana kaca.

Akar umbi parti mahupun rakyat mahir menilai antara hujah yang mampu direalisasikan ataupun hujah yang berdegar-degar tetapi isinya kosong.

Biarlah kalangan calon berdebat, kerana kelak, sekiranya hujah mereka berjaya memenangkan mereka, rakyat dan akar umbi lah yang akan melihat track record calon yang mereka pilih berdasarkan debat itu. Jika yang hebat berdebat itu ‘kosong’ tindakannya, maka wajarlah dia dijatuhkan.

Tetapi jika dia boleh berjaya untuk kekal, itu bisa menimbulkan persoalan. Samada memang akar umbi yang benak atau ‘poket yang sentiasa tidak luak’.

Tuntasnya, saya tidak nampak apa sebab mana-mana pimpinan politik yang tidak mahu berdebat. Debat bukan bertujuan mencari salah, sebaliknya merungkai kekeliruan dan mencari penyelesaian. Kata mendiang Hubert H. Humphrey, “freedom is hammered out on the anvil of discussion, dissent, and debate.”

Melainkan, keengganan untuk berdebat itu mungkin disebabkan oleh tidak mahir bercakap di khalayak, tiada idea untuk dijadikan saham untuk memimpin perubahan, ataupun hanya sekadar menangguk di air keruh di sebalik krisis yang melanda.

Filed under: Catatan, Politik ,

6 Responses

  1. mantra berkata:

    Who need talking politicians? Talk is cheap now a days.

    Bercakap itu satu hak. Kenapa perlu dinafikan ruang untuk bercakap dan ruang untuk mendengar?

  2. amin berkata:

    Udahlah. gi sekolah dulu boleh tak. . . se bener benarnya penulis ni otak kat . .lutut kot. pls lah wake up. . . .jgn main cakap. you dah macam pak luncai you know ish ish ish kesian kat penulis. .

    Bahasa apa yang anda cuba pakai?
    Maaf, tapi saya berpendapat ulasan anda tidak ada asas langsung.
    Apapun terima kasih kerana singgah.

  3. chipmunk82 berkata:

    Debat sekurang-kurangnya membolehkan kita melihat dan menganalisa sejauh mana pandangan dan kritikalnya mereka terhadap sesuatu isu di samping gagasan yang mahu dikemukakan.

    Walaupun ada kelemahannya dari segi barangkali perlaksanaan kata-kata ahli politik itu sendiri, tetapi saya kira rakyat semakin bijak menilai mana yang sekadar berkata-kata sahaja dan siapa yang melaksanakannya.

    Syabas, teruskan menganalisa!

  4. Ekspreesividad berkata:

    Ada betulnya tapi pada hemat saya yang kecil ini, hal rumah tangga simpan dan bincang sesama ahli sahajalah..Nanti kena gelak dengan jiran-jiran, malu kita. =)

  5. bumilangit berkata:

    amin, mana hang tau otak penulis kat lutut? tolong jangan samakan kedudukan otak anda dengan otak orang lain.

    :darah sama merah, kedudukkan otak lain2:

    debat ni bagus, tak semestinya kalau debat kena bertegang urat. macam bincang biasa, cuma rakyat akan menilai.

  6. Qiraati berkata:

    salam alayk. ana setuju dan terpesona dengan tulisan ekspreesividad. Kenapa, mereka tidak bincang sahaja sesama ahli. Ana memang tak suka politik tapi cuba suka sebab nak tahu what is happening around. Tak suka sebab nampak seperti kanak-kanak susu dutchlady tengah berdebt mengenai perkara yang smallmatter yang menjadi bigmatter kadang kala. Ana tak tahulah kalau debat ni, merupakan satu jalan penyelesaian bagi sesebuah parti politik dalam menunjukkan hujah siapa yang lebih padat dengan isi dan mantap cara penyampaiannya..adakah cara begini dapat memanipulasikan pemikaran rakyat by looking at the way at their talking atau sebaliknya. Benar, kata-kata senang untuk kita sampaikan tetapi adakah mereka laksanakan..atau sekadar kutip batu dan baling dalam laut(hehehe madah sendiri). I dont see any facts what their trying to prove by make such debate. Kalau debate tu penuh dengan bahasa sopan and adab-adab sebagai seorang manusia tu takpe. tapi, full of hatred. jadi, tak boleh ke, kalau dari debat perkara-perkara yang dia sendiri tak tahu apa yang dihujahkan…lebih baik diam dan bertindak apabila perlu. kadangkala..kalau selalu berdebat, most of the human being that lives in this world mcm tak berapa suka.

Leave a Reply

Arkib