Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Dan Chong Wei Pun Kalah Lagi…

Dahulu apabila saya menulis kekalahan Datuk Lee Chong Wei telah dijangka, ramai yang menyelar saya. Kononnya saya tidak patriotik, berfikiran negatif dan sebagainya.

Pendirian saya jelas, jangan letak harapan apa-apapun. Kerana harapan itu kelak bakal menjadi anganan semata.

Dan hari ini, sekali lagi, Datuk Chong Wei tewas di pentas final. Kali ini di Terbuka China. Kekalahan ini adalah kekalahan yang keempat di pentas final selepas Terbuka Macau, Terbuka Jepun, dan Pusingan Akhir Olimpik.

Terfikir juga, berbaloikah pencen RM3000 seumur hidup jika rentetan pingat perak (baca: kalah final memanjang) saja yang layak buat kita? Kenapa puluhan perajurit negara yang berkorban nyawa untuk nusa tidak menerima habuan sebegini?

Salahkah saya untuk terus pesimis?

Filed under: Kritik, Sukan

Apabila PPSMI Dikatakan ‘Tidak Gagal’…

Saya tidak pernah bersetuju dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dimulakan pada tahun 2003. Pada saya, ia membunuh keupayaan anak-anak, khususnya anak-anak Melayu untuk menguasai ilmu sains dan matematik.

Kalangan saudara-mara, sahabat handai saya bukan sedikit yang berkerjaya sebagai guru. Dan mereka akui, bahawa penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar masih lemah untuk kita memahatkan Bahasa Inggeris sebagai pengantar sains dan matematik. Apa yang mengejutkan, masalah ini tidak sekadar berlaku di luar bandar atau kawasan pedalaman, sebaliknya turut berlaku di kalangan pelajar-pelajar di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Kata mereka, kadang-kala mereka cukup simpati melihat anak-anak bangsa terkial-kial memahami frasa yang sedia pelik dalam subjek matematik dan sains melalui bahasa Inggeris. Akhirnya, terpaksa juga diajar di dalam Bahasa Melayu, kerana yang paling penting ialah pelajar perlu semakin faham, bukan semakin bebal.
Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa Dasar, Kritik ,

Pasca Kemenangan Obama: Quo Vadis Malaysia?

obama

Sejarah tercipta di Amerika semalam.

Barack Obama secara rasmi memenangi Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, sekaligus menjadi warga kulit hitam pertama yang menjawat jawatan berpengaruh itu dalam sejarah.

4 tahun yang mendatang bukan ruang yang singkat dan mudah bagi Obama. Bukan sekadar Amerika, tetapi dunia akan memerhatikan sejauhmana beliau boleh memecah tembok pemisahan yang dicipta melalui regim George Bush terdahulu.

Kita tidak ‘bertuhankan’ Obama mahupun Amerika Syarikat, tetapi semangat dan keberanian untuk berubah di kalangan rakyat Amerika itu yang perlu kita fikir dan telusuri bersama.

Rakyat Amerika telah membuktikan bahawa kekangan kaum dan bangsa bukan lagi satu dogma yang boleh didoktrinkan kepada pemikiran mereka.

Dan apakah keberanian yang sama berani diambil oleh rakyat Malaysia?

Filed under: Catatan

Kenapa Takut Dengan Debat?

Kenapa rakyat Malaysia -samada majoriti atau segelintir kecil- begitu pesimis dengan budaya berhujah dan debat?

Ini persoalan yang acapkali saya fikirkan tatkala melihat cadangan yang dilemparkan calon Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar tatkala beliau melepasi kuota pencalonan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Dua calon lain memberi respon berbeza. Dr. Khir Toyo bersetuju manakala YB Mukhriz Mahathir kelihatan enggan.
Read the rest of this entry »

Filed under: Catatan, Politik ,

nahdah@twitter

  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 10 hours ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 4 days ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 1 week ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 week ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 week ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,690 kunjungan

Arkib