Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Selayang Pandang 2

Penggantungan Laman Sembang 8TV

Pesan saya mudah, jangan selektif. Bukan sekadar 8TV, tetapi mana-mana stesen TV yang mengendalikan laman sembang turut terjebak dengan gejala sembang seksual. Baik Astro, RTM mahupun Media Prima, gejala ini sebenarnya telah lama menular. Tak percaya? Hadap TV anda pada jam 1 pagi hingga 5 pagi.

Pemilihan Jawatan Timbalan Presiden Umno Meningkat

Alhamdulillah. Sudah ada demokrasi dalam Umno. Ini perkembangan sihat, cuma jangan nanti ‘kembang tak jadi’ sudahlah..

Suami Isteri Mati Berubat Cara Pelik

Maafkan saya, tapi ‘membelasah sesama sendiri’ untuk menghentikan ketagihan rokok adalah kaedah bangang. Sewaktu saya ke rumah Zul semalam, dia ada memesan bahawa sesiapa yang berniat untuk berhenti merokok, hentikan segera niat itu, khuatir ada yang ‘menyusul’ macam pasangan suami isteri itu. Ceh, nasihat apa yang kau bagi ni Zul?

Nak berhenti rokok ada cara mudah tanpa perlu beli produk atau join MLM, cuma perlu ikut amalan tradisional. Berminat? Tinggalkan komen anda :)

Filed under: Catatan, Selayang Pandang

One Response

  1. bumilangit berkata:

    mati sebab kena kanser paru2 atau mati sebab kena pukul? lu pikir la sendiri!

Leave a Reply