Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Ulasan Saya Mengenai Ucapan YB Zulkifli Noordin

Mutakhir ini saya kira YB Zulkifli Noordin sudah menjadi newsmaker, khususnya dengan ungkapan ‘I’m a muslim first, other else come second’. Maka hangatlah polemik kononnya YB Zul akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat kerana kelantangan beliau.

Ada yang menyanggah, kerana ada footage video rakaman Sesi Persidangan Parlimen tempoh hari yang disiarkan oleh RTM dan TV3 menunjukkan sedutan bagaimana YB Zul menghentam dan membuat sindiran kepada beberapa pihak khususnya berkenaan isu azan dan tulisan jawi.

Saya tidak mahu menjadi seperti sesetengah orang, menilai Pimpinan Pakatan melalui media Umno-BN. Sama seperti mencari kekuatan Umno-BN melalui pembacaan Harakah atau Suara Keadilan. Itu kerja bodoh.

Maka saya berminat untuk meneliti keseluruhan ucapan YB Zul di Parlimen seperti yang terkandung di dalam Hansard Dewan Rakyat 23 Oktober 2008. Dan berikut adalah ulasan saya mengenai ucapan YB Zul.

Read the rest of this entry »

Filed under: Analisa, Catatan, Kritik, Politik , ,

Mana Pergi Lagi 2?

Berdasarkan kemaskini bilangan pencalonan yang disediakan oleh Malaysiakini, ada satu kekeliruan yang bermain di fikiran saya. Samada mata saya silap atau laporan itu yang silap. Lihat angka di bawah:

Setakat saya ikuti jumlah pencalonan mengikut Utusan Online, Berita Harian, Malaysian Insiders, saya berpendapat Malaysiakini lebih cepat menyediakan kemaskini.

Baik, kita lihat apa yang mengelirukan.

103 Pencalonan untuk jawatan Presiden. Untuk jawatan Timbalan Presiden, 65 campur 23 campur 17, jumlahnya ialah 105.

105 tolak 103, jawapannya 2. Dalam erti kata lain, pencalonan untuk jawatan Presiden kurang 2.

Soalan yang bermain di minda saya:

1. Apakah ada Bahagian yang bersikap neutral dalam soal pencalonan Presiden?

2. Adakah 2 pencalonan lagi itu bukan berpihak kepada Datuk Seri Najib? Jika ya, kepada siapa?

3. Apakah Malaysiakini tersalah lapor?

Filed under: Catatan, Politik

Sifir Sengal

Dipetik daripada Malaysiakini:

Penurunan harga minyak runcit tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

baca lanjut di sini.

Kalau naik 78 sen tak apa. Turun tak boleh lebih 15 sen. Sifir apa ni?

“Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan pengusaha stesen minyak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini.

Poket pengusaha nak jaga sangat, poket rakyat?

Sengal.

Filed under: Kritik, Politik

Tazkirah YB Lim Guan Eng Buat Para MP

Di bawah adalah petikan penggulungan ucapan YB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP. pada 21 OKtober 2008 lepas.

Baca dan nilai sendiri.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Oleh itu saya harap jawablah dengan betul-betul. Sebelum saya habis, saya ingin hanya merujuk kerana musim ini adalah musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, saya pun ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Walfaizin kepada semua Ahli Yang Berhormat yang beragama Islam. Pada masa yang sama, kita harap dalam bulan Syawal suci ini bolehlah kita merenung kembali apakah sistem pemerintahan yang kita hendak amalkan. Di sini, seperti yang kita pernah sebut, politik atau pentadbiran baik yang kita harus amalkan daripada Empayar China, daripada Empayar Roma seperti Marcus Aurelius daripada Empayar China, Menteri Wei Zheng daripada Dinasti Tang dan juga Khalifah Umar Abdul Aziz dalam zaman kegemilangan Tamadun Islam.

Dalam sistem politik pemerintahan yang diamalkan oleh beliau adalah berdasarkan prinsip amar makruf nahi mungkar. [Disampuk] Apakah yang dimaksudkan oleh beliau sebagai amar makruf nahi mungkar? Iaitu dalam ertinya membangun negara dengan nilai-nilai kebebasan, nilai-nilai kebenaran, nilai-nilai ketakwaan kepada Tuhan, nilai-nilai kebajikan dalam semua bidang kegiatan kenegaraan dan masyarakat, di samping membasmi segala kemungkaran yang melekat sebagai kuman penyakit yang merosakkan…

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta laluan.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: …seluruh masyarakat dan negara.

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Bagan, minta laluan. Laluan sedikit sahaja.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]:
Saya tidak cukup masa.

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Satu ayat sahaja.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Tidak cukup masa, tidak apa.

Tuan Saifudin Nasution bin Ismail [Machang]: Okey, terima kasih.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Minta maaf, nanti. Amar makruf tanpa diiringi nahi mungkar adalah sia-sia, manakala nahi mungkar tanpa menjalankan amar makruf adalah hampa. Amar makruf tanpa nahi mungkar akan mewujudkan bandar-bandar yang cantik dan indah seperti Putrajaya dengan rumah-rumah yang tersusun, bangunan-bangunan pencakar langit yang pada lahirnya tampak megah dan membanggakan, tetapi pada batinnya buruk dan pecah berderai kerana penghuninya terdiri daripada manusia yang rosak akhlak dan mentalnya. Sesungguhnya pembangunan raksasa tanpa nahi mungkar…

Dato’ Ismail bin Kasim [Arau]: Bagan, pohon laluan.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: …tidak baik.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Itu habuan seks sebagai sedekah itu amar makruf ke?

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Itu amalan jahiliah.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Jawablah.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: …akan hanya melahirkan manusia-manusia yang tidak mengikuti ajaran universal agama.

Seorang Ahli:
Dakwah ke?

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Ini bukan dakwah. Ini adalah ingatan tentang pentadbiran politik. Begitu juga nahi mungkar tanpa amar makruf akan menyebabkan kemunduran di mana tiada kemajuan dalam masyarakat, tiada kegiatan dan jumud tanpa perjuangan…

Dato’ Ismail bin Kasim [Arau]: Pohon laluan.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: …di dunia yang sentiasa bergerak…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi laluan, Yang Berhormat?

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: …ke arah kemajuan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]:
Yang Berhormat tidak ada masa, Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Saya rasa inilah harapan rakyat Malaysia ke atas sistem pentadbiran politik amar makruf nahi mungkar yang diamalkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.

Filed under: Politik ,

Tahniah Pak Lah!

Entah kenapa saya senang membaca headline Mingguan Malaysia hari ini. Saya kira ini luahan daripada lubuk hati Pak Lah setelah sekian lama memendam rasa.

PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Selanjutnya boleh baca di sini.
Read the rest of this entry »

Filed under: Kritik, Politik

nahdah@twitter

  • seisi Dewan terkedu apabila MP Permatang Pauh cabar agar beliau disiasat mengenai simpanan sulit RM3bil. Tak berani pula MP BN bangun. | 10 hours ago
  • TPM hina Undang-undang Tubuh Negeri Kedah! http://bit.ly/2CxYrF | 4 days ago
  • merasakan kekalahan Kelantan tertebus dgn kekalahan Man Utd pagi tadi. :) | 1 week ago
  • ucap tahniah buat pasukan Negeri Sembilan. u deserve it. | 1 week ago
  • pyokong Kelantan: ketinggalan 1 gol bukan bermakna korg blh baling mercun! | 1 week ago

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 118,690 kunjungan

Arkib