Nama Pusat Tahfiz Amal, Kuala Kedah mula popular apabila berlakunya satu kemalangan yang mengakibatkan kehilangan 5 nyawa pada penghujung tahun 2006.
Semenjak daripada itu, beberapa pendedahan telah dibuat mengenai Pusat Tahfiz Amal ini, yang kononnya beroperasi sebagai pusat pendidikan tahfiz bagi anak-anak yatim.
Beberapa pendedahan yang dibuat boleh di baca di sini dan di sini.
Apa yang membimbangkan ialah kegiatan mengutip derma yang dijalankan oleh Pusat Tahfiz ini yang menggunakan kanak-kanak, kebanyakannya ialah anak-anak yatim (hasil yang saya peroleh selepas berbual dengan beberapa kanak-kanak yang terlibat.)
Modus operandi mereka mudah. Mereka akan menjual beberapa produk seperti kalendar dan gel gamat dengan tujuan mendapatkan sumbangan. Kebanyakan mereka daripada kalangan kanak-kanak berusia antara 8 ke 15 tahun.
Saya seringkali diingatkan oleh teman-teman agar tidak memberikan sebarang wang kepada mereka. Tetapi saya ini masih ada hati budi, saya tidak sampai hati melihat kanak-kanak ini menerima cemuhan dan cebikan pelanggang-pelanggan sekitar kedai-kedai yang saya singgah.
Pernah sekali saya lihat seorang kanak-kanak ini yang sedang meminta derma tetapi tidak diendahkan oleh seorang pelanggan. Terlihat di wajah kanak-kanak itu riak wajah yang sedih dan takut. Sedih kerana tidak mendapat apa-apa hasil. Takut kerana tidak tahu apa yang bakal dijawab kepada ‘guru-guru’ mereka sebaik sahaja mereka pulang tanpa apa-apa hasil.
Setiap kali mereka menghampiri saya, saya berasa hiba. Selagi ada wang di dalam dompet, akan saya hulurkan barang Seringgit dua kepada kanak-kanak itu. Pesan saya kepada mereka, “duit ini untuk buat makan, bukan bagi pada cikgu.” Samada mereka akur atau tidak, Wallahua’lam.
Saya sedih, masih ada manusia bersikap binatang yang mempergunakan kanak-kanak ini untuk meraih keuntungan! Masih ada manusia yang menggunakan agama sebagai topeng untuk menghalalkan keuntungan dunia.
Dalam Islam, menzalimi anak yatim seumpama ini adalah satu dosa besar. Malah dalam konteks hak asasi manusia sejagat sendiri menjamin hak kanak-kanak untuk tidak diperhambakan sewenang-wenangnya.
Saya memohon agar pihak berkuasa boleh menjalankan satu siasatan ke atas Pusat Tahfiz Amal ini. Perlu disiasat samada:
(i) Apakah ia satu pusat pendidikan yang berdaftar?
(ii) Apakah ia mempunyai permit untuk mengutip sebarang derma?
(iii) Apakah ia dipimpin oleh guru-guru bertauliah ataupun tidak?
(iv) Adakah sebarang pengauditan dibuat ke atas derma yang dikutip dan diberikan sebarang pengecualian cukai?
(v) Apakah benar wujud Pusat Tahfiz Amal ini, atau sekadar satu ‘camouflage’ untuk menutup oeprasi hitam pihak-pihak tertentu?
Saya berharap agar Kerajaan Negeri Kedah boleh melakukan satu penyiasatan terperinci agar sebarang bentuk penindasan boleh dihentikan pada kadar segera.
Saya terus berdoa agar nasib dan masa depan anak-anak ini tidak tergadai dan disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Filed under: Kritik , Pusat Tahfiz Amal
Bagus sekali pandangan anda…jangan biarkan mereka mempergunakan anak yatim untuk mendapat dana…sian …jangan lah buat macam tu
Itu yang menjadi kemusykilan, kenapa masih berlaku penindasan seumpama ini?
Terima kasih kerana singgah.
Ya la. Mana2 pegi pun mereka ada kan? Kesian aku tengok. Datang jauh2 takkan la setakat jual gamat je? Tak logik langsung.
Bro,
itu satu hal. Tertanya juga kita bila masa mereka ni belajar dan menghafal al-quran?
Saya bersetuju dengan pendapat saudara..
Memang betul, antara rasa serba salah, ataupun perlu untuk melihat terus keadaan ini berlaku….
KEKElIRUAN TIMBUL apabila melihat pelajar2 tahfiz yang sepatutnya duduk diam dalam kelas danmenghafal, disuruh pula untuk mengutip derma… saya rasa ini bukan satu ajaran Islam yang betul.
Kalau betul kita ingin membantu anak2 yatim… adakah ini cara yang dianjurkan oleh ISlam?
Sedangkan secara tidak langsung, perkara ini sebenarnya merendahkan lagi martabat mereka dan ibarat menghina diri mereka sebagai golongan yang memerlukan kasih sayang…
Bukan di negeri kedah sahaja…
Malahan hampir meliputi seluruh Malaysia budaya ini sudah tersebar..
Saya sudah melihat keadaan ini pada tiga tempat…
Perlis, Sabah.. dan selangor…
Jujurnya sdr, saya khuatir maahad ini beroperasi di belakang pihak-pihak tertentu, yang mungkin ada hubungkait dengan ajaran salah di Kedah sebagaimana yang digazetkan Jakim beberapa tahun lepas. Wallahua’alam
Aku bersetuju sangat tentang artikel, aku yakin semua pernah didatangi kanak2 ini, tugas mereka bukan di jalanan untuk meminta derma atau sebagainya tetapi tugas mereka hanya di sekolah, menuntut ilmu ….
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Bro,
saranan aku, jangan bagi derma hatta satu sen pun.
Tetapi lebih baik belanja mereka makan atau minum.
dah lebih 10 tahun macam tu kalau tak silap. pernah kecoh kejap masuk paper lepas tu dia “on” balik. bebudak tu mintak sedekah sampai ke JB nun. cubalah pakat2 ngadu kat menteri besar kedah yg baru ni. semoga ada perubahan positif.
salam…
atau….. siasat kenapa jadi begini?
adakah pusat ini sgt terdesak kerana kekurangan dana sehingga terpaksa mengorbankan kanak2 ini?
agaknya kah mereka tiada cara lain lagi mendapatkan dana utk pusat ini?
di manakah kerajaan dan badan2 korporat yg sedang bermewah-mewah?
benar.siasat secara terperinci.
setiap maahad kebiasaannya mendapat dana.
tetapi ini menjadi persoalan besar apabila berkait dengan maahad ini.
ye ye..
kita kena repot kat MB kedah ni!
bro,
seriously mmg aku nak tengok apa kerajaan Kedah nak buat.
Assalamualaikum… saya lebih suka jika semua pihak mengambil pendekatan siasat sebelum memberi komen…sebenarnya apa yang dibuat oleh mereka tidak dilarang, jauh sekali menjatuhkan maruah di sisi Islam kerana mereka bukannya meminta sedekah sebaliknya berniaga( perlu faham konsep minta sedekah dalam Islam). Cuma satu kesalahan besar jika mereka benar-benar dieksploitasi untuk pihak tertentu mengaut keuntungan..jika cara tersebut memang untuk mengutip dana perbelanjaan sekolah mereka ia memang dibenarkan dalam Islam…sebab itu apa yang penting ialah penyiasatan dan pemantauan,bimbang jika ada yang menyeleweng…Wallahu a’lam….
Waalaikumsalam.
Terima kasih atas pandangan.
Itulah sebabnya saya meminta Kerajaan Negeri Kedah, juga Kementerian Pelajaran Malaysia menyiasat status Maahad Tahfiz ini, apakah berdaftar atau tidak.
Cuma saya terpaksa tidak bersetuju dengan sdr apabila sdr mengatakan bahawa perbuatan mereka tidak bercanggah. Dalam Islam jelas menyebut bahawa sebarang eksploitasi anak-anak yatim adalah salah satu dosa besar. Apa rasional anak-anak ini datang ‘mengutip derma/berniaga’, dari pagi hingga malam, meninggalkan waktu pembelajaran mereka semata-mata meraih ‘modal’? Di saat anak-anak lain menikmati pembelajaran sempurna di sekolah, mereka dikerah mendapatkan hasil sumbangan. Bila pula masanya mereka belajar? Bila masa mereka mahu menghafal Al-Quran?
Malah dalam peruntukan undang-undang Malaysia sendiri, Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Di Jalan 1947 jelas melarang sebarang bentuk usaha mengerah tenaga kanak-kanak baik untuk mengutip derma atau berniaga direct selling.
Jika berniagalah definisi tepat kepada aktiviti anak-anak ini, kenapa perlu direct selling? kenapa tidak ditubuhkan kedai-kedai, stokis-stokis untuk memudahkan modal masuk, berbanding menggunakan pendekatan menjual kalendar dan gel gamat dari seorang ke seorang pelanggan di kedai. Perilaku ini, maaf kalau bahasa saya kasar, menyamai aktiviti mengemis.
Jika benarlah mereka berniaga, kenapa setiap kali mereka datangi saya di saat saya duduk di mana-mana restoran setiap hujung minggu, (dan saya percaya teman-teman lain mengalami perkara serupa) mereka akan meminta derma dan sumbangan ikhlas?
Kita perlu menolak sebarang usaha menggunakan agama untuk meraih simpati umum, apatah lagi dengan mengeksploitasi anak-anak yatim.
dah dah la misteri ni, kembali ke alam realiti.
org dh kena tangkap dah woi!
Assalam mualaikum,
Perkara yang dibincangkan sangat mendukacitakan. Ia berselindung dibalik nama anak yatim dan Mahaad Tafiz.
Sebetulnya jika mereka benar benar belajar sebagai tafiz, tidak ada masa langsung untuk merayau kesana sini mencari dana.
Ana ada mengelolakan satu Mahaad Tafiz di Tambun, Ipoh Perak, cawangan dari MTQ Tualang Sekah, Perak. Pelajar di sekolah MTQ Tambun ini tiada masa langsung untuk merayau rayau untuk mengutip derma. Mereka sebuk dengan hafalan, dan pelajaran akedemik.
Hal dana pembangunan kami AJK yang sebuk kesana kemari dan berjumpa dengan kawan-kawan yang dermawan. Pelajar hanya membayar yuran RM160.00 sebulan. Semua pelajar seramai 31 orang dan 3 orang Ustad tinggal di asrama. Makan minum disediakan dan kami juga mengaji seorang tukang masak.
Jika ada dikalangan pembaca laman ini yang dermawan sila hubungi kami dengan menghubungi pengelola laman web ini kerana beliau tahu e mail ana. Kami sekarang tengah mencari dana untuk membina surau.Wasallam
salam…ape yg kami buat ni mmang untuk mngumpulkan dana & menolong fakir miskin..
sy taw sy prnah mngalaminye..walaupn skrang sy da x sekolah di situ,tp sy ttap respec sek.tu…
Jangan banyak komen cuba telefon nombor Pusat ini dulu 04-7647640
apekah benar kata any-mlka?
sekarang tahun 2009 bulan 5, kanak2 pusat tahfiz ini datang ke wangsa maju , kl
time tu saya tgh mkn.
apakah guru2 tahfiz lupa wangsa maju pernah jadi tmpt penculikan arwah nurin jazlin?..
Salam…
saya sedih melihat kanak2 berjalan tengah2 panas utk meminta derma….family saya mengalami sendiri di batu pahat,johor…mereka konon2 menyediakan resit bagi derma yg bernila rm10 dan memberikan balm sebagai saguhati…ayah tergerak hati utk menyuruh saya check sama ada betul atau tidak kewujudan pusat tahfiz amal ini tetapi saya masih belum temui jawapannye…ADAKAH WUJUD PUSAT TAHFIZ INI????
Assalmualaikum,
Saya telah berjumpa dengan beberapa kanak-kanak yang mengutip derma bagi Pusat Tahfiz Amal, Kuala Kedah. Teragak pula nak siasat Pusat Tahfiz tersebut kerana macam mana pula anak-anak dari Kedah berada di Shah Alam untuk mengutip derma. Kesian mereka seharian di Tesco “bekerja” untuk pusat tahfiz. Minta dibaca ayat lazim pun anak tersebut masih tidak hafal lagi. Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
salam,ana ada 1cadangan mcmne nk cari dana,sila layari blog kami.http://pusatstokisdaerahbatukurau.blogspot.com
ana akan terang mcmne nk jana pendapatan tiap2 bln utk tahfiz anta
no tel ana0164411527
Salam..
Awal bulan ini (ogos), saya dan sahabat2 yg lain seramai 6 org telah bertolak dari JB ke Yan (kedah). Tujuan kami adalah untuk melihat sendiri pusat Tahfiz Amal ini. Alhamdulillah, kami diberikan penerangan yang selengkapnya tentang pusat tahfiz ini dan masalah yang mereka hadapi oleh Guru Besar pusat ini. Kami berjumpa dengan murid2 dan guru2 serta dibenarkan melihat persekitaran kawasan pusat tahfiz. Tujuan kami adalah untuk mengetahui sejauh mana kebenarannya yang mengatakan pusat ini hanya menggunakan murid2 untuk mengutip derma bagi kepentingan pihak lain. Saya cadangkan mereka2 yang berpandangan negatif tentang pusat ini bolehlah pergi sendiri untuk melihat dan berjumpa dengan murid dan guru disana.
Sangka Baiklah… Ikhlaskan pemberian kamu sehingga tangan kiri pun tidak mengetahuinya….
Salam…
Apalah salahnya sekiranya En Aziz Al-Fayyed terangkan serba sedikit tentang lawantan tersebut. Bukannya semua orang berkesempatan untuk meninjau ke sana. Lebih2 lagi yang berada di sekitar KL dan Putrajaya (Kat sini pun mereka ada mengutip derma). Sayapun ini baru tergerak hati untuk mencari sendiri kebenaran ttg kewujudan pusat tahfiz ini. Jika ada penerangan barulah orang tidak tertanya2 lagi. InsyaALlah sumbangan sy mmg ikhlas kerana Allah sewaktu menderma kepada pelajar tersebut.