Jujurnya, bulan Ramadhan ni saya mahu rehat bicara soal politik. Memualkan.
Tetapi kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ini, sekiranya benar, adalah sesuatu yang mengecewakan.Kenyataan beliau ini boleh dilihat dalam pelbagai perspektif, baik positif mahu negatif.
Saya tidak mahu menyimpulkan samada kenyataan ini benar atau tidak. Puncanya mudah, kerana ia dilaporkan oleh Utusan. Tetapi persoalan juga timbul, apakah mungkin kenyataan sedemikian boleh keluar dalam Harakah atau Suara Keadilan?
Rakan blogger, Hasbullah Pit memandang kenyataan Khalid dalam aspek positif. Secara positifnya, kenyataan Tan Sri Khalid itu bolehlah diterjemahkan dalam konteks akauntabiliti wakil rakyat di kawasan yang berkenaan. Adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan sekiranya MB perlu turun ke semua tempat dalam masa yang singkat. Justeru wajarlah wakil-wakil rakyat yang berkenaan lebih peka. Prioriti lebih menjurus kepada Ahli Parlimen ataupun ADUN yang berkenaan.
Ini juga boleh dilihat mengurangkan politicking, di mana orang-orang politik akan berpusu-pusu mengunjungi kawasan bencana dan memberikan bantuan. Tidak lupa juga wartawan dan jurukamera akan mengekor agar ada publisiti yang luas. Akauntabiliti tidak perlu selari dengan publisiti, sebagaimana yang disarankan oleh Islam “mendermalah ibarat tangan kanan menghulur, tangan kiri tidak tahu.”
Kenyataan Tan Sri Khalid di bawah bolehlah saya persetujui:
Abdul Khalid menambah, perbuatan segelintir pihak dan individu yang memberikan bantuan dengan menemui sendiri mangsa merupakan gimik politik yang bertujuan mahu menarik perhatian rakyat.
Pada hemat saya, apalah guna ADUN ataupun Ahli Parlimen hanya menunjukkan muka jika Menteri Besar datang saja, sedangkan di waktu-waktu lain mereka menghilang. Keutamaan mereka adalah kepada constituency mereka, itu paling mustahak. Jadi di sini desentralisasi kuasa akan lebih memudahkan proses tanpa sebarang kacauganggu mahupun birokrasi.
Pun begitu, atas kapasiti sebagai Menteri Besar, ia lebih berkisar soal keprihatinan pemimpin kepada rakyat. Ketepikan soal politicking, isunya ialah sokongan moral kepada mangsa.
Kata Tan Sri Khalid:
Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali.
“Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan.
“Namun, sesetengah ahli politik suka ‘bergaya’ dengan cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka,” tegasnya.
Benar, pertolongan itu nombor wahid.
Bantuan kilat mungkin tidak dapat meringankan beban mangsa secara total. Tetapi keprihatian dan perhatian itu akan memberikan sentuhan nurani kepada mangsa. Pertolongan akan menyusul selepas lawatan dibuat, itu sesuatu yang pasti. Tetapi seakan menjadi budaya masyarakat kita, kunjungan ataupun ziarah pemimpin itu seakan satu terapi halus yang boleh meringankan perasaan mangsa yang tertekan.
Sebagai contoh, apalah sangat RM50 atau RM100 sumbangan seorang ADUN atau Ahli Parlimen itu kepada mangsa yang terlibat. Jangan kata peralatan rumah, beli barang dapur pun belum tentu cukup. Tetapi keprihatinan itu yang menjadi asas.
Saya kira perlu ada penjelasan rasmi daripada Pejabat Menteri Besar mengenai hal ini. Jika terbuktilah benar kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau, saya kira agenda merakyatkan kerajaan negeri kini sedikit tersasar.
Menjaja agenda saja tidak cukup, sebaliknya perlu dimurnikan dengan perlaksanaan hatta sepatah kata.
Bro, aku salin tampal komen aku di blog sebol kat sini:
Tidak hadir, atas apa saja alasan atau sebab, itu satu perkara.
Mengatakan kehadiran itu adalah perbuatan membuang masa dan wang, itu adalah satu hal yang lain.
Bagi aku, kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah satu kesilapan besar dalam politik. Bukan ketidakhadirannya.
pernah sekali di rantau panjang, kelantan ada seorang budak perempuan katanya mengutip derma untuk sekolahnya di kedah…(sekolah tersebut lah), lalu saya rasa RM5 mungkin dah ceikhlas hati tandanya saya ingin menolong mereka.. tapi ini jawapannya.. ” kak..kalau nak derma saya tak nak terima, sebab kami tak terima derma, kami cuma nak akak beli barang yang kami jual saja”. Saya menjadi bingung..eh tadi kata nak mintak derma. Nak tahu apa yang dijualnya? Minyak angin dan ayat-ayat al-quran.
satu kesilapan besar khalid …ini lah pemimpin kah yg kita pilih ?kita pilih pemimpin yg boleh membela rakyat …time bencana inilah beliau patut turun memberi bantuan …
sy suka MB kedah Azizan …beliau tidak sombong dan rendah diri ,sentiasa turun padang ketika banjir .boleh juga bersama2 mahazir khalid berganding bahu melihat kesusahan rakyat. inilah pemimpin berjiwa rakyat dan bersatu padu sesama melayu ..