Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Kekalahan Lee Chong Wei Telah Dijangka

Adakah saya tidak patriotik dengan kenyataan di atas? Terpulang.

Tetapi sebaik sahaja Lee Chong Wei sahih melangkah ke final badminton lelaki Olimpik, saya lebih selesa tidak menaruh apa-apa harapan.

Kerana apa? Kerana memang itu normaliti atlet Malaysia. Atlet Malaysia tidak sahaja ketinggalan dari aspek fizikal, tetapi kekuatan mental. Atlet Malaysia ada satu kelemahan ketara: gagal menyerap tekanan.

Siapa yang menonton perlawanan malam semalam boleh menyaksikan jurang perbezaan persembahan Chong Wei di separuh akhir.

Lihat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, dulu menang bukan main, tapi performance merudum. Di Olimpik tewas tanpa saingan hebat. Ke mana Hafiz Hashim selepas menang All-England 2004? Nehi kabhi nehi!

Sebab itulah, setiap kali atlet Malaysia melangkah ke final, saya lebih seronok memandang rendah. Dan saya fikir rakyat Malaysia juga perlu melakukan benda yang sama.

Sebabnya mudah. Bila harapan disandar ke bahu mereka,mereka akan tertekan. Alasannya tertekan, tidak cukup rehat, emosi terganggu, fokus lari, macam-macam ada!

Cuba sekali kerajaan dan rakyat jangan beri perhatian, jangan sandarkan harapan, jangan janjikan ganjaran, percayalah yang mereka akan menang.

Kalau kalah juga, nampak sangatlah atlet Malaysia tidak jantan, tiada semangat juang.

Filed under: Kritik, Sukan

6 Responses

  1. rastom berkata:

    Adi,

    Macam mana mau menang, tekanan daripada harapan yang sangat melampau itu satu hal. Tumpuan terganggu sewaktu bermain, asyik melayang fikiran serabut dengan simbol $$$$$$$$$,isk isk ganggu lah! Siapalah memandai letak $$$$$ untuk juara….

    Pak Rastom,
    itu satu hal.
    Kerajaan Pulau Pinang pun dengan mudah menganugerahkan Datuk kepada Chong Wei.Anugerah di Malaysia sudah menjadi semakin murah.
    Berenang pun boleh dapat Datuk,tinggal main congkak saja tak dapat Datuk.

  2. hamka berkata:

    kejayaan chong wei melangkah ke final adalah satu kejayaan yang membaggakan. kenapa perlu saudara mempolitikkan isu ini? masa semester 3 BAS tidakkah saudara belajar subjek ethics in admin? penulisan saudara hanya melemahkan moral atlet dan rakyat merdeka

    sdr,
    memang membanggakan,tapi lihat sendiri performance beliau sewaktu perlawanan akhir. sangat mengecewakan. Malah Timb Perdana Menteri, Menteri Belia & Sukan, Misbun Sidek selaku jurulatih beliau semua memberikan komen yang sama. Justeru di celah mana tulisan saya mempolitikkan keadaan?

    Lagi satu, subjek Ethics in Admin bukan dalam semester 3, sebaliknya semester 4. Teliti dahulu sebelum menyanggah.

  3. perantau berkata:

    jgn cmpur aduk sukan n politik.saje cri klemahan krajaan.pkir otak ckit rastom

  4. yani berkata:

    cube jgn kua tv. kompem menang. haha

    yani,
    bahaya juga.takut nanti dicanang ‘persembahan sangat sengit,cuma tidak ada rezeki’.Hakikatnya tidak melawan pun!

  5. mira berkata:

    bagi saya kejayaan lee chong wei melangkah ke final adalah suatu kejayaan yang amat besar. kerana setelah kita kempunan pingat selama 12 tahun untuk meraih pingat dalam kejohanan olimpik. inilah kali pertama kita berjaya meraih pingat bahkan bukan pinat gangsa ttapi sekaligus pingat perak. sepeti kita sdia maklum lin dan adalan pemain badminton pertama dunia. untuk itu tidak musyahillah sukar bagi lee chong wei untuk mengalahkan lin dan. mungkin kekalahan chong wei pada hari8 ini sebagai pemangkin kejayyan berolh pingat emas pada masa akan datang.

  6. [...] dalam Kritik, Sukan Dahulu apabila saya menulis kekalahan Datuk Lee Chong Wei telah dijangka, ramai yang menyelar saya. Kononnya saya tidak patriotik, berfikiran negatif dan [...]

Leave a Reply

Arkib