Jujurnya saya merasakan bahawa dalam insiden Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam Malaysia ini banyak mengundang polemik daripada menyelesaikan masalah. Demikian juga tindakan para demonstran yang berhimpun membantah dan bertindak menghentikan forum tersebut.
Majlis Peguam perlu mengambilkira sensitiviti masyarakat Muslim di Malaysia sebelum bertindak menganjurkan forum ini secara terbuka. Saranan Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz wajar diambilkira.
Kata Anwar, forum ini perlu bersifat tertutup dan tidak bersifat provokatif. Kata Tok Guru pula, “Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama Islam dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat.” Dalam erti kata lain, dialog dan forum intra-agama adalah lebih baik daripada inter-religious.
Hak dan kebebasan bersuara adalah hak asasi yang dipegang kukuh, bukan sahaja dalam konteks hak asasi manusia tetapi dalam mana-mana agama, khususnya Islam. Tetapi tidak ada kebebasan yang bersifat mutlak, pasti ada limitasi dan batasan yang didorong oleh kepertanggungjawaban manusia itu sendiri.
Tindakan Demonstran Perlu Lebih Realistik
Saya tidak berminat menyanggah siapa mengetuai demonstrasi tersebut. Tetapi saya suka bertanya, apakah imej Islam kelihatan ‘indah’ di sebalik demo yang dianjurkan itu? Memang akan kelihatan ‘Muslimin muslimat Malaysia masih mempunyai maruah dan semangat jihad’, tetapi tidakkah ini memberi gambaran bahawa Islam itu seolah-olah ekslusif dan tidak boleh disentuh hatta dibincangkan?
Mereka berhak berdemo, itu hak yang perlu dipersetujui atas prinsip kebebasan bersuara. Mereka punya hak untuk membantah. Tetapi tidak perlu sampai menghentikan agenda forum. Yang dikhuatiri, bukan maruah Islam yang dijulang, tetapi mendatangkan jelek di kalangan orang bukan Islam ke atas Islam, dek kerana sikap orang Islam itu sendiri yang mudah menggelepar tanpa penyelesaian yang bersifat komprehensif.
Dilaporkan bahawa ada perkataan-perkataan lucah dan kurang manis dihambur para demonstran. Mazhab mana yang mengajar budaya ini? Rasulullah SAW dilempar najis dek kerana kebencian jirannya, tetapi Rasulullah SAW membalas dengan senyuman dan sikap husnuzzan.Jirannya sakit, Rasulullah SAW orang pertama menziarah jirannya itu, lantas membuka hati jirannya memeluk Islam dek kerana indahnya akhlak Rasulullah SAW.
Pada hemat saya, lebih baik sekiranya jika mana-mana wakil peguam muslim, pakar perundangan syariah, yang menawarkan diri menjadi panel dalam forum tersebut dan bersilat hujah bersama-sama. Jika wujud soalan-soalan, jawab dan sanggah secara berfakta. Beralaskan dalil-dalil qati’e bersandarkan Quran dan Hadith serta hujah dari konteks religious comparative study, saya percaya di akhir forum itu akan menimbulkan kemenangan hujah perundangan Islam.
Tidak terjejas aqidah mana-mana muslim untuk hadir berforum dalam forum sedemikian rupa demi membela maruah Islam. Almarhum Syeikh Ahmad Deedat, menghafal Kitab Bible dan menyanggah hujah paderi Kristian dengan membuat perbandingan Bible dan Quran, dan terbukti Almarhum menang di akhir debat-debat yang disertai Almarhum. Inilah kebijaksanaan berdakwah.
Mana lebih elok, melalak di luar bangunan atau berhujah dengan bijak yang lebih memahamkan para peserta forum?
Pendirian KeADILan Satu Backlash?
Pendirian Dr. Syed Husin Ali, Timbalan Presiden KeADILan pada hemat saya adalah satu pendirian yang baik,melainkan perenggan di bawah yang membuatkan saya kurang bersetuju:
Apatah lagi apabila salah seorang dari mereka yang paling “garang” diketahui sebagai seorang peguam serta ahli parlimen pula, dan mendakwa dirinya sebagai “wakil orang Islam”.
Mengapa dicemuh YB tersebut? Di mana prinsip demokrasi yang diperjuangkan KeADILan, apabila mereka masih menyanggah keras tindakan seorang Ahli Parlimen mereka yang bertindak di dalam forum demikian?
Terang-terang YB tersebut menjelaskan bahawa beliau tidak memimpin demo tersebut atas kapasiti KeADILan, sebaliknya atas kapasiti ahli Peguam Pembela Islam (Pembela).
KeADILan perlu belajar bersikap rasional. Tindakan YB tersebut mungkin kurang enak, tetapi hormatilah kebebasan bersuara yang mereka sendiri laung-laungkan selama ini. YB tersebut sepatutnya boleh bersuara walaupun berbeza dengan aturan disiplin parti.
Kalau hal begini pun KeADILan menyanggah keras YB mereka, apa mungkinkah wujud keterbukaan di dalam ’saluran dalaman’ yang berkemungkinan wujud perbezaan pendapat antara mereka di kalangan pimpinan Parti?
Samalah halnya mereka marah Shabery Cheek menyanggah peribadi Anwar, tetapi mereka sendiri menyerang ‘air liur’ Shabery berlebih-lebihan. Itu bukan serangan peribadikah?
Janganlah KeADILan terperangkap dalam kemelut sentimen yang berlebihan.
http://www.negaraku.net/Politics/hasbullah-pit-masalah-yang-ada-sebelum-forum/
Mereka perlu sedari, mereka mempertikaikan benda yang sia-sia, yang sudah termaktub dalam perlembagaan, kita tahu mereka juga ingin mempertahankan keluarga kepada orang yang telah masuk Islam, tetapi itu jalan pilihan mereka tetapi jangan cuba mempertikaikan kalau orang sudah masuk Islam atau sudah Islam yang ingin menjadi murtad dibenarkan di dalam ajaran Islam, sudah termaktud di dalam Al-Quran, tidak boleh, jangan persoalkan ….
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
aku tunggu zul4kulim keluar PKR masuk PAS..
bro,
Zul mmg Ahli Pas Kawasan Bandar Tun Razak, WPKL.
Dia dipinjamkan kepada KeADILan untuk lawan di Kulim-Bandar Baharu.
Tak ramai yg tahu benda ni.Dan boleh tahan jugak ‘cerdik’ PKR ni tibai Zul.
Pandangan penulis say sokong dan bersetuju. Saya masih lagi bersetuju dengan asas kita perlu menghormati dan meneladani hak asasi manusia (hak untuk berhimpun secara aman, hak untuk mengekspresikan pendapat dan pandangan, hak bersuara dan sebagainya). Selagi mana masyarakat Malaysia tidak boleh menerima forum akademia ini secara terbuka selagi itu hakikatnya kita perlu menerima kita belum bersedia menjadi masyarakat demokratik tulin.
Kita menyanggah masyarakat barat tentang keterbukaan mereka tetapi pada masa yang sama kita perlu belajar nilai baik bagaimana mereka menghormati pendapat orang lain atas alasan akademik. Bukankah ini juga merupakan salah satu tuntutan di dalam islam yang menekankan apa pun dititik akhirnya bukan sahaja kebenaran sesuatu ilmu dan perdebatan itu tetapi dalam kita menjaga adabul ikhtilaf.
Kita mungkin tidak bersetuju dengan pandangan Majlis Peguam tetapi kita juga perlu menghormati pandangan dan pendapat mereka.
Hadie UiTm/ UUM
terima kasih.
sifir mudah kebebasan bersuara: berani mengkritik=berani dikritik
setuju dgn pandangan adi..dlm bbrp perkara.jelas.. benda ini udah menjadi isu polemik..dan bukan selesaikan masalah.
telahan keras syed husin ke atas YB zul juga seolah melambangkn PKR tidak bebas dalam memberi ruang kepada ahli partinya bersuara.Dulu kamu yang meperjuangkn kebebasan kini nmpknya seperti ikut jejak UMno..apa ni shehh..
thanks adi..kupasan yang menarik…ttg isu forum ini.
eh ,zul bukan ke ahli PAS cuma tanding tiket PKR….Zul ikutlah jejak Shaari Sungib jangan ikut Ezam.
Benar, Zul ahli Pas.
Cuma Pak Abu dulu bertanding atas kapasiti ahli PKR, menang kali ini di Hulu Kelang atas kapasiti ahli Pas. Itu lebih praktikal berbanding ‘melompat sesama pakatan’.
patot la dr syed mengamok! salah guna nama PKR rupanya…
itu je la isu nya..
aku pon dah tulis pasal isu ni dalam blog aku. sori adi, aku tumpang tampal iklan dalam blog ko. ini kali terakhir aku lawat blog ko kalau ko tak komen kat blog aku. <– mcm pas nak kuar pakatan laa.. ala-ala gituew
[...] itulah dalam tulisan saya terdahulu [Forum Memeluk Islam: Kenapa Perlu Mencari Masalah?], saya lebih cenderung jika alim ulama’ ‘merempuh’ forum-forum yang berkenaan sebagai ahli [...]