Sejam Sebelum Berakhirnya 31 Ogos 2008…
Apa khabar Tajol Rosli?
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.
Kemerdekaan ini bukan untuk dirai;
Kemerdekaan ini bukan untuk dikongsi;
Kemerdekaan ini perlu diisi;
Segenap lapisan meski berbeza ideologi;
Tiadalah merdeka menjadi beerti;
Andai maruah tergadai tidak berganti;
Perit berjuang menjadi basi;
merdeka jiwa sekadar ilusi;
anak cucu kelak mewarisi;
di bahu mereka tergalas misi;
Semoga nikmat terus dikecapi;
tanpa lupa amanah diberi;
mengisi merdeka harapan pasti;
agar kemerdekaan tiada titik henti.
Salam kemerdekaan buat segenap lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan ideologi politik.
Anwar Ibrahim sahih memenangi pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh.
Anwar diisytiharkan menang oleh SPR jam 10 malam tadi dengan memperoleh 31,195 undi, manakala lawannya Arif Shah Omar Shah (BN) memperoleh 15,524. Seorang lagi calon Hanafi Mamat hanya memperoleh 92 undi. Anwar menang dengan 15,671.
Majoriti yang diperoleh juga lebih besar berbanding yang diperoleh oleh Dr. Wan Azizah Ismail pada 8 Mac lepas.
Tidak ada perkara lain yang boleh saya ucapkan, melainkan ucap tahniah kepada Anwar yang kini bergelar Yang Berhormat (YB). Dan, sebermula 27 Ogos 2008, rakyat Malaysia – malah dunia! – akan menunggu apakah Anwar akan menepati landasan Pakatan Rakyat menjejaki Putrajaya pada 16 September 2008. Rakyat menunggu samada akan berlakukah peralihan antara YB kepada YAB (Yang Amat Berhormat).
Apapun, keputusan ini memberi gambaran bahawa Anwar mempunyai pengaruh yang bukan sedikit, apatah lagi gelanggang beliau mula belajar silat politik, yakni Permatang Pauh.
Read more…
Jam 12.00 tengah malam semalam tamat waktu berkempen.
Jam 8.00 pagi tadi telah bermula proses pengundian.
3 orang calon, hanya satu bakal menang. Samada Arif Shah, Anwar Ibrahim, ataupun Hanafi Mamat, ia bergantung pada penilaian hampir 59,000 pengundi berdaftar di Permatang Pauh.
Saya doakan, yang menang nanti ialah rakyat. Keputusan Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh bukan soal Anwar semata-mata.
Ia persoalan rakyat dan masa depan negara. Yang benar perlu terus tegak, yang bathil moga selamat dikafankan.
Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk Malaysia.
Membaca berita Malaysiakini yang menyiarkan tentang kuota lagu Malaysia-Indonesia, saya setuju dengan kumpulan Meet Uncle Hussain yang berpendapat kuota 90:10 menjadikan “artis manja dan tidak produktif”. BOleh baca di sini.
Ini berikutan susulan daripada cadangan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk memperkenalkan kuota itu untuk menyelamatkan industri seni suara tanah air.
Saya bukan minat sangat dengan Meet Uncle Hussain ni, tetapi pandangan bernas itu saya persetujui sepenuhnya.
Suka saya bertanyakan kepada mana-mana peminat seni suara tanah air. Kita perlu ikhlas menjawab,tak perlu berpolitik berlebih-lebihan.
Apa punca lagu tempatan kurang mendapat sambutan berbanding lagu Indonesia?
Kenapa masyarakat masih tegar membeli album cetak rompak walaupun kempen ‘Beli Yang Ori’ giat dilaksanakan kerajaan?
Jawapannya mudah. kerana lagu artis tempatan majoritinya tak sedap.
Kerana lagu tempatan tak sedaplah, maka masyarakat lebih cenderung untuk mendengar lagu Indonesia yang lebih segar.
Kerana lagu tempatan tak sedaplah, maka masyarakat merasakan sangat tidak berbaloi untuk membelanjakan puluhan ringgit untuk beli sekeping cakera padat artis Malaysia yang hanya ada 2-3 lagu yang ‘boleh didengar’, sedangkan 8 buah lagi ‘pedih luka jiwa merana’ bunyinya!
Jujurnya, sepanjang perjalanan pergi dan balik dari pejabat, saya akan mendengar radio. Saya berani katakan yang hampir 60% lagu melayu yang disiarkan adalah lagu luar, bukan lagu melayu tempatan. Kadang-kadang rasa pelik, apa sudah kurangkah lagu tempatan hendak dimainkan? Tetapi saya perlu bersandar kepada realiti.
Artis kita lebih mudah popular kerana gosip, bukan kerana kualiti lagu. belum keluar album/filem,sudah bertebaran gosip. baru lahir satu album, demand mengalahkan diva. kualiti lagu, kadang kala sampai ke satu tahap susah hendak didengar radio kerana ketidakpopularannya. sampai ke situ tahapnya!
Tolak ke tepi peminat tegar dan fanatik Siti Nurhaliza, Mawi, M Nasir.Kelompok ini memang akan tegar membeli yang ori. Dan perlu diakui, lagu-lagi mereka berada dalam kelas yang tersendiri.
Jangan kita bersikap hipokrit. Tanya mana-mana pembeli album artis tempatan, jawapan ini akan diperoleh.
Justeru, pada saya mewujudkan kuota ini memang akan menjadikan artis tempatan manja dan tidak produktif.
Sebab? Mereka tak perlukan lagu yang berkualiti, mereka hanya perlu penuhi kuota yang disediakan. Lagu hancur tak apa, asal masuk radio!
Performance ‘munafik’ (kata Bob Lokman) pun tak kisah, yang penting show jalan.
Jangan salahkan radio apabila lagu artis tempatan kurang disiarkan. Radio swasta fokusnya ialah rating. Rating hanya akan ditingkatkan apabila ramai yang dengar stesen radio tersebut. dan hakikatnya kini kalau mahu ramai pendengar, stesen radio perlu memutarkan lagu yang menepati selera pendengar.
Apabila panel juri Anugerah Juara Lagu tahun lepas menobatkan Estranged sebagai Juara Lagu melalui lagu Itu Kamu, hujah mereka mudah dan terang. Lagu Itu Kamu dipilih kerana iramanya segar dan sebagai satu bentuk encouragement kepada band-band indie untuk berkarya.
kita perlu berbalik kepada kuasa peminat. ini demokrasi hiburan. kenapa sekarang band-band indie lebih mendapat tempat sama seperti band Indonesia?
ini kerana irama segar yang mereka bawa lebih sesuai dengan selera majoriti pendengar zaman sekarang.
Kuota yang dicadangkan ini, pada saya, hanya bertujuan untuk memperbodohkan pendengar dan peminat hiburan tanah air.
Seolah-olah peminat ini perlu dipasung pemikiran mereka untuk mendengar lagu-lagu, filem-filem yang mereka tidak gemar. Apakah peminat hiburan tanah air sedangkal itu pemikiran mereka untuk dibentuk acuan minat mereka?
Persoalan bahawa lagu-lagu Indonesia boleh membunuh lagu-lagu tempatan adalah hujah yang membuktikan bahawa irama seni tanah air akan terus berada di takuk lama.
jika khuatir terbunuh ,maka strategi perlu diubah. irama lagu tempatan perlu lebih segar dan sesuai dengan masa.
tidak perlu untuk wujudkan kuota. sampai bila kita hendak menggunakan kuota untuk melindungi kegagalan kita,sedangkan kita masih benak tidak mahu berubah dan beranjak?
tuntasnya Malaysia perlu ada lebih ramai karyawan seperti Allahyarham Loloq, M. Nasir, Ajai, dan lain-lain karyawan. Kita perlukan artis yang kreatif seperti KRUrakyat Malaysia sudah mangli dengan irama melankolik dan leleh yang berlebihan.
industri hiburan kita akan mati, kalau tiada anjakan paradigma di kalangan penggiat seni tanah air.
cara hendak menyelamatkan industri hiburan tanah air,ialah dengan keberanian untuk berubah.
peminat mahukan sesuatu yang segar,bukan lagi lelehan lirik syahdu yang merayu ‘aku cinta kamu, kamu cinta aku’ dari awal sehingga habis lagu.
betul kata sahabat saya, sejak Allahyarham Loloq meninggal, apakah mungkin kita perlu menunggu 100 tahun lagi untuk hadir seorang karyawan kreatif seperti Allahyarham untuk menyerikan industri hiburan tanah air?
Komen Terkini