Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Anwar Bertanding Di Parlimen Kulim-Bandar Baharu?

Kedengaran khabar-khabar yang Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di dalam Pilihanraya Kecil (PRK) tidak lama lagi. Kawasannya? Parlimen P18 Kulim Bandar Baharu!

Kawasan ini dulunya merupakan kawasan bekas Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Perlancongan iaitu Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Kemudiannya pada PRU-12 menyaksikan kerusi ini beralih kepada KeADILan melalui peguam yang lantang memperjuangkan kes murtad, Zulkifli Noordin. YB Zul menewaskan adik Abdul Kadir, iaitu Datuk Aziz Sheikh Fadzir dengan kelebihan 5,583 undi. Tetapi keputusan PRU12 untuk kawasan ini sedang dicabar oleh Aziz kerana beliau mendakwa YB Zul tidak menyerahkan Penyata Perbelanjaan PRU11 pada 2004, di mana pada ketika itu YB Zul bertanding di Parlimen Kuala Langat.

Perasaan saya bercampur-campur mengenai perkara ini.

Saya gembira kerana akhirnya ada ‘move’ yang diambil oleh Anwar untuk bertanding. Setidak-tidaknya ini boleh menamatkan teka teki di kalangan penyokong Pakatan Rakyat apa langkah Anwar selepas PRU12 memihak kepada Pakatan Rakyat.

Pun begitu saya sedikit gusar akan beberapa perkara. Saya tegaskan, ini pendapat peribadi saya, justeru ini yang saya fikirkan:

(i) Kenapa Kulim-Bandar Baharu? Saya pernah ke Parlimen, dan saya menyaksikan prestasi YB Zul adalah membanggakan. Justeru, kehilangan YB Zul (Pada hemat saya) sedikit sebanyak mengesani blok pembangkang di Parlimen.

(ii) Kenapa bukan Bandar Tun Razak? Bukankah lebih baik, demi memastikan Selangor tidak menerima nasib seperti Terengganu, Tan Sri Khalid Ibrahim menumpukan perhatian sepenuhnya di peringkat DUN, dan biarkan Parlimen BTR dipimpin Anwar. Lagipun dari beberapa aspek, kawasan bandar seperti BTR, pengaruh Anwar bukan sedikit.

(iii) Kenapa tidak Permatang Pauh atau Lembah Pantai? Saya tidak fikir gandingan Anwar-Azizah-Izzah di Parlimen perlu wujud. Saya cenderung untuk memilih sama ada Anwar-Azizah atau Anwar-Izzah, tetapi gandingan ‘tiga serangkai’ dikhuatiri akan menyebabkan serangan bertalu-talu ke atas KeADILan sendiri.

Itulah pendapat saya. Pun begitu, serahkan sesuatu kepada yang pakar. Lapangan politik, saya serah kepada orang politik. Mereka pasti punya percaturan yang terbaik.

Dan kita? berdoa agar hak kita sebagai rakyat terus terbela.

Filed under: Catatan, Kritik, Politik , ,

9 Responses

  1. ladymariah berkata:

    rasanya, kombinasi anwar dan zul kan bagus… diorang dah sepakat la tu.

  2. khairilazuar berkata:

    Saya lebih gemar kalau DSAI bertanding di Bandar Tun Razak kerana saya mahukan khalid ibrahim menumpu penuh kepada tugasannya sebagai MB Selangor. Nampaknya keputusan ditangguhkan, semacam tidak mahu DSAI bertanding di Kulim. Apa-apa pun, saya semacam ralat kalau tiada YB Zul di Parlimen.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. /// berkata:

    Yang penting sekarang datuk DSAI mesti ka Parlimen tak kira di mana sekali pun kawasan yang di kosong kan.Syabas DSAI kerna dapat mewakili 3 negeri dalam satu keluarga .Angka 3 tu akan merubah segala2 nya .Kami menyokong dengan sepenoh nya wassallam.

  4. Kassim Selamat berkata:

    Saya sependapat dgn sdr…BTR adalah pilihan yg paling baik utk di tandingi oleh DSAI.

    Parlimen Kelana Jaya pun perlu di pertimbangkan juga. MP yg ada skg tak beribawa sbg penyambung suara rakyat. Dia di pilih menjadi calon bukan atas dasar ketokohannya tapi atas dasar membalas budi (klip video)

  5. Maria berkata:

    Rasanya sebab yg lain nyer kerusi ok. Krusi Kulim je yg ada masalah (keputusan undi) dan perlu diisi segera. Anwar pula perlu cepat masuk ke parlimen secara sah. Mungkin inilah sebabnya.

    Ntahla..

    Tapi yg kelakarnya, Ezam pulak terkedek2 nak lawan Anwar. Bukan tak boleh. Tapi haritu dah kata takmau. Konon tak cari kedudukan. Tapi kita lihat sendiri apa yg dia kata baru2 ni. Tapi bijak aa move dia. Pihak atasan UMNO tak kata apa lagi dia dah mendahului dgn menawarkan diri. Hehe.. taktik utk UMNO terus pilih dia la tuh, tanpa byk bicara.

    Politik – Macam main chess la pulak!

  6. bumilangit berkata:

    biar la anwar nak lawan kat kulim. ko kena pikir jugak, dia bukan nak lawan umno atau ezam saja, malah seluruh jentera kerajaan malaysia.

    jika orang pikir anwar ini play safe, katalah. hakikatnya, kat ijok dulu, berapa juta mereka tabur untuk menangkan cikgu partibhan tu. ini bukan saja isu kawasan yang sesuwai. ini isu taktikal.

    aku masih sokong YB kelana jaya. dia suara baru. kalau korang tgk house md, suara yang pelik2 macam ni la yang diperlukan. dia masih naif dalam politik, itu kelebihannya.

  7. Sam berkata:

    Saya fikir DSAI boleh bertanding dimana-mana yang paling penting dimanapun DSAI bertanding kita MESTI pastikan DSAI menang, Pasti seluruh Jentera BN akan tertumpu pada kawasan ini nanti, sebab itu bagi saya persediaan amat penting jika DSAI bertanding nanti.

  8. luncai berkata:

    saya rasa DSAI perlu bertanding di Parlimen Gombak dan kemudian melantik Yb Bukit Antarabangsa sebagai MB Selangor yang baru.. baru best sket. Lagipun saya teringin nak tengok ezam datang bertanding di Gombak hahaha…
    masa jadi ketua pemuda & angkatan muda keadilan dulu malaun ezam ni tak pernah jejak gombak pun… sekarang ada berani ka….

  9. perantau berkata:

    bodoh ke

Leave a Reply

Arkib