Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Semoga Allah Selamatkan Malaysia

Anwar Ibrahim dibebaskan dengan jaminan polis Khamis lepas, Alhamdulillah. Selepas hujahnya memukau rakyat hari Selasa, Rabu beliau mengalami de javu apabila ditahan pada jam 1.05 petang, kurang 55 minit daripada deadline yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Saya menerima info berkenaan penahanan beliau melalui panggilan telefon Najwan dan sms daripada Amin, hari Rabu beberapa minit sebelum jam 1.30 tengahari. Sangat pelik, Buletin 1.30 di TV3 semalam tidak langsung menyiarkan penahanan beliau, sebaliknya hanya menyiarkan kenyataan Anwar di BPR Putrajaya. Rakaman ini seolah-olah menggambarkan tidak ada apa-apa insiden berlaku sehinggalah meletus berita mengenai penahanan Anwar lewat petang Rabu lepas bertebaran di internet.

Kini isu DNA pula menjadi isu. Saya pelik, dalam keadaan DNA ini, sekiranya diambil daripada seorang bayi kecil sekalipun,ia akan kekal dan tidak berubah strukturnya sehinggalah jasad itu tidak bernyawa. Justeru untuk apa dipertahankan tindakan ‘memperbaharui’ rekod DNA? Hanya filem siri James Bond, ‘Die Another Day’ sahaja wujud pertukaran DNA ini, dalam dunia realiti, saya kurang arif.

Saya cuma berharap insiden September 1998 tidak berulang lagi. Saya cuma berdoa, agar Allah kurniakan yang terbaik buat Malaysia. Semoga kekuasaanNya merungkai segala perkara yang berserabut ketika ini.

Filed under: Politik

One Response

  1. ikhwan hafiz berkata:

    satu kupasan menarik di atas apa yg berlaku pasca PRU 12..adi.. .Muafakat antara Pakatan itu penting ke arah Harapan Baru Malaysia…kalu setakat isu2 remeh itu biasa…yg biasa dihebohkan media BN-Umno..

    Apa2 pn yg dilakukan..kembalikan kn..pada objective utama iaitu RAKYAT!!!

    setuju dgn pdgn..TOk GURU Nik Aziz..beliau cukup handal dan peka sepak terajang politik…perlu pndgn tuan guru juga..dalm hal muzakarah ini.Sy percaya rmi org Pas tdk bersetuju…dgn muzakarah ini

Leave a Reply