Hari ini, genap 3 minggu Malaysia ‘diletupkan’ – sekali lagi – dengan ‘bom liwat’. Muncullah seorang ‘wira’ baru yang mendedahkan ‘pengorbanannya’ kepada agama, bangsa dan negara kerana mendedahkan bagaimana kehormatannya dicabul secara luar tabii oleh tokoh politik yang berstatus ‘Perdana Menteri dalam penantian’, Anwar Ibrahim.
Sekali lagi rakyat Malaysia dihenyak pemikiran mereka dengan masalah baru. Belum pun mereka berjaya menstabilkan diri dengan kemelut ekonomi yang kian membungkam, minda rakyat terus jadi tidak stabil dek tuduhan bersifat separa cerdik ini.
Maka bermulalah satu siri baru sebuah ‘filem‘ ibarat kata Hishamuddin Rais.
‘Sang diliwat’ telah didedahkan gerak kerja ‘politik sesumpahnya’ yang menyusup menukar warna kulit untuk berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim. Didedahkanlah gambar-gambarnya dengan orang yang bukan calang-calang. Dan tersebarlah berita bahawa beliau berhubungan dengan VVIP politik dan juga insan-insan yang yang didakwa berada di belakang konspirasi baru ini. Betul atau tidak, wallahua’lam.
Politik sesumpah ’sang diliwat’ bukan baru, malah saya sendiri merasa ‘bahang’ strategi sesumpahnya sewaktu beliau berkhidmat di Pejabat Anwar. Ia telah didedahkan oleh sahabat saya, Najwan lama dahulu, tetapi diabaikan oleh kelompok dalaman dan luaran pejabat Anwar, lantas membawa kepada berlakunya insiden ini.
Kata P Ramlee, barang yang lepas jangan di kenang. Justeru ini bukan masa untuk mereka menyesal. Pandang ke hadapan rangkalah strategi yang lebih bijak dan telus.
Kemudian konspirasi baru ini ditambahkan lagi dengan cabaran sumpah menyumpah. Yang selama ini tak berapa Islamik pun sudah mula berani melontar cabaran untuk sumpah sana sumpah sini. Kalau dahulu ‘islam dilarang dipolitikkan’ oleh pihak-pihak tertentu, hari ini mereka menjadi ‘champion’ agar Islam boleh menjadi ‘modal’ untuk saham politik mereka naik.
Yang kelakarnya, yang mencabar Anwar pun masih tergalas di bahu mereka untuk turut diheret agar bersumpah menafikan sebegitu banyak tuduhan yang berkait dengan integriti, korupsi, dan moral.
Ironinya, sepatutnya yang menuduhlah membuktikan dahulu bagaimana insiden terjadi. Kemukakan bukti, dan klimaksnya barulah tertuduh bersumpah untuk menafikan sebagai jalan akhir. Bila dah kecoh sumpah sana sumpah ini, timbullah istilah baru, ‘mubahalah’. Ada mufti kata perlu, ada mufti kata tidak perlu.
Saya menyambut baik saranan Ustaz Asri selaku Mufti Perlis. Saya memulangkan hal agama kepada yang arif.
Pun begitu saya turut percaya pada prinsip ‘a man is innocent until its proven guilty‘ yang menjadi sendi perundangan syariah. Dalam erti kata lain, buktikan pesalah itu benar-benar bersalah, kemudian ‘muhabalah’ adalah jalan akhir bagi pesalah untuk membuktikan dia teraniaya. Kelak biar Allah menentukan laknat jatuh ke bahu siapa.
Entahlah. Jujurnya saya penat dan capek. Capek dengan politik yang tidak mengendahkan keperitan rakyat di bawah.
Pun begitu perjuangan perlu terus. Perjuangan yang berkiblatkan pemulangan hak kepada yang berhak!
Bila tengok tajuk tadi, ingat kamu mahu bicara soal Ezam.
bro, pentingkah ezam untuk terus dibicarakan dalam politik Malaysia?
Ezam? Siapa Ezam? Hehehe…. Saya tidak seiring dengan ajaran sumpah sumpah sebab secara logiknya jika dalam sebulan ada 30 orang menuduh saya meliwat, bayangkan berapa kali mesti saya angkat sumpah, junjung Quran (di zaman Nabi adakah Quran berbentuk kitab seperti sekarang?)
Di Malaysia ini sudah mcm trend, apa sahaja tajuk yang muncul, mesti meleret aja …… boring
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Bahasa Jiwa Bangsa