Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Apa Implikasi Insentif RM1 Juta Buat Atlet Negara?

Mungkin perkembangan terkini yang membabitkan insentif buat para atlet Malaysia ini bakal menjadikan Malaysia sebagai negara yang memberikan insentif tertinggi buat para atlet yang berjaya meraih pingat emas dalam kejohanan sukan antarabangsa.

Seperti dilaporkan dalam kebanyakan media arus perdana hari ini, pengumuman kenaikan Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan Olimpik itu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen, semalam.

Berdasarkan kepada perkembangan ini, saya melihat timbul beberapa persoalan dan implikasi hasil daripada pengenal Skim baru ini. antaranya:

(i) ini tidak membantu untuk membangunkan industri sukan negara dalam jangka masa panjang. Skim ini kelak hanya akan menyebabkan atlet mempunyai orientasi jangka pendek, untuk memperoleh RM1 juta dalam peluang yang diraih 4 tahun sekali, berbanding mengekal dan meningkatkan prestasi sepanjang perkhidmatan mereka sebagai atlet kebangsaan.

(ii) skim ini juga boleh dilihat sebagai satu perkara yang membazir, dalam keadaan kerajaan sibuk mengatakan ‘kerajaan tak ada duit’, ‘ubahlah gaya hidup’ dan ‘amalkanlah perbelanjaan berhemah’. Bukankah elok sekiranya diperkenalkan sistem saraan atlet mencakupi aspek gaji dan pencen yang sesuai dengan kemaraan institusi sukan negara?

(iii) adakah insentif mewah dan lumayan boleh menjamin pengekalan prestasi atlet negara? lihat apa jadi pada skuad badminton negara dengan Hafiz hashim, Koo Ken Keat dan Tan Boon Heong? selepas menang dan dianugerahkan insentif, prestasi menurun dan terus lesu.

(iv) kerajaan saja buat gimik sebab mereka tahu atlet Malaysia memang susah menang pingat emas!

Filed under: Kritik, Sukan ,

9 Responses

  1. [...] Apa Implikasi Insentif RM1 Juta Buat Atlet Negara? [...]

  2. Tiba-tiba pemerintah banyak duit pula, rakyat disuruh berkorban, pemerintah senang-senang sahaja buang duit, aku berdoa agar dalam 10 orang atlet kita dapat pingat emas, masa itu ada ‘point’ nak taruk pemerintah.

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  3. suealeen berkata:

    saya rasa takde atlit pun yang mampu sahut cabaran tu. tu sebab depa berani bagi RM1mil. tapi kalo ada yang dapat, saya nak tengok muka menteri yang bagi tu… muka suka ka, muka bersalah ka, muka tak buat salah ka…

  4. Sukatikaulah berkata:

    i juta tu tolong anak yatim lagi elok.

  5. bulanmalam berkata:

    RM 1 000 000…

    LUCKY DRAW terbesar yang Kerajaan Malaysia berikan..

    Mengajar atlit negara memperjudikan maruah negara diperingkat antarabangsa..

    Dimanakah semangat nasionalisme Pemimpin jika duit dijadikan pertaruhan..

    Tidakkah itu satu tindakan yang amat bodoh apabila menggalakkan melakukan sesuatu itu kerana duit..

    Seperti ingin memberi rasuah dalam keadaan separa sedar juga ada dan dikatakan pula sebagai insentif.. Kerajaan.. Kerajaan..

    Adakah salah jika aku katakan begini, tapi banyak salahnya jika Kerajaan Malaysia lakukan begitu..

    Sesungguhnya RM 1 000 000 itu boleh digunakan dalam mempertingkatkan lagi mutu pendidikan negara terutamanya di dalam pengguasaan Bahasa Melayu itu sendiri..

    Jangan terlalu mementingkan Sains & Teknologi sehingga Bahasa ditinggalkan dan tidak dimajukan bersama..

    Dimana silapnya? Sama-sama kita fikir..

  6. bulanmalam berkata:

    Aku sayang negara aku..
    Aku sayangkan Malaysia..

    :)

  7. siti nurbaya berkata:

    huih…RM 1 juta tuh…kalau buat subsidi minyak kan ke lepas jer..pelik2 je gov nih skang..melawak tak kena tempat..uhuk uhuk uhuk

  8. pengulu berkata:

    salam…….
    ada lebih kurang …..0000juta rakyat malaysia. ada berjuta juta juga yang bodoh! tu pasal masih perintah lagi walaupun tak capai matlamat 2 per 3. sekarang yang bodoh tu dipertontonkan dengan cerita2 bodoh. maka lagi bodohlah mareka2 yang bodoh tu…

  9. Ismail berkata:

    Imbuhan tu x yah la bagi banyak2.. carikkan diorang sponsor la.. Nike ker, Adidas ker.. dpt gak byk duit kat diorang xyah nak bg imbuhan..

Leave a Reply