Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

DPP Selangor Perlu Bertindak Sebagai Kerajaan

Apabila Dewan Pemuda PAS Selangor (DPP Selangor) mahu membantah konsert Ella dan Mas Idayu sewaktu Piala Sultan Selangor antara pasukan pilihan Selangor menentang pasukan pilihan Singapura, saya berpendapat itu adalah hak mereka untuk menyatakan pendirian mereka. Mereka punya hak untuk bersuara.

Tetapi, hak untuk bersuara ini mesti diseimbangkan dengan hak untuk menerima kritikan.

Susulan rancangan DPP Selangor mahu mengadakan demonstrasi aman membantah konsert membabitkan dua artis tersebut kelihatan mengundang rasa tidak senang di kalangan penggiat seni, antaranya Ella sendiri, dan komposer terkenal Roslan Aziz serta beberapa penggiat seni lain seperti dipapar di dalam Malaysiakini semalam.

Hari ini, Sultan Selangor sendiri kelihatan murka apabila menyatakan bahawa ‘tidak akan ada lagi Piala Sultan Selangor di masa akan datang‘ sekiranya DPP Selangor meneruskan protes mereka pada hari Sabtu ini.

Saya melihat, dalam konteks ini DPP Selangor, sebagai sayap pemuda kepada parti komponen Pakatan Rakyat perlu bertindak sebagai sebahagian daripada kerajaan. PAS mempunyai 3 wakil di dalam Exco kerajaan negeri, dengan Pesuruhjaya PAS Negeri sendiri merupakan salah seorang Exco kanan. Justeru bukankah molek ini dimanfaatkan berbanding untuk mengadakan demo?

Saya akui bahawa sayap pemuda, baik PAS, DAP, mahupun KeADILan perlu menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan negeri dengan bertindak sebagai pemantau. Tetapi itu tidak bermakna mentaliti ‘kepembangkangan’ terus menerus diamalkan sehinggakan ini juga dipraktikkan setelah menjadi kerajaan negeri.

Soal artis yang dijemput sesuai atau tidak, saya merasakan selagi artis tersebut boleh ‘behave’ dan tidak memandu konsert tersebut menjadi liar dan tidak tentu arah, maka itu tidak menjadi masalah. Dan menjadi satu tanggungjawab bagi pihak penganjur bagi memastikan perjalanan konsert tersebut berada dalam keadaan terkawal.

Tariklah rambut di dalam tepung dengan hati-hati, agar tepung tak berselerak, rambut tidak putus.

Filed under: Catatan, Politik

4 Responses

  1. Affuan berkata:

    Aku rasa PAS sebagai parti Islam tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan artis. Kita kan Islam. Tolak campur tambah kan tetap jadi tolak. Bila maaruf campur mungkar kan tetap akan jadi mungkar. Justeru, tidak lah molek jika dicampur sebegitu sebab Islam itu tak boleh diambil sedikit2. So, jangan kecik ati. Ni pendapat aku jek.

    Namun, aku sokong hujah yang mengatakan:

    “selagi artis tersebut boleh ‘behave’ dan tidak memandu konsert tersebut menjadi liar dan tidak tentu arah, maka itu tidak menjadi masalah”.

    Kira boleh lah. Cuma kena pastikan audience tu tidak bertindak liar seperti liarnya mereka di dalam konsert anjuran orang BN. Kita pakatan rakyat ni kena tunjuk pada semua yang ada perubahan yang dilakukan. Jangan pula ada yang mengatakan,”Pembangkang ke, BN ke, sama je. Konsert sana sini tetap juga ada”. Tu yang aku takut. Tepuk dada tanya iman. Betul ke dak perkara yang kita nak pertahankan tuh. Wassalam.

    Saya sendiri tidak pernah jejakkan kaki ke konsert, malah tidak pernah kepingin berbuat demikian. Dalam hal ini apa yang saya pinta ialah Pas di Selangor bertindak bukan lagi sebagai pembangkang, tetapi sebaliknya sebagai kerajaan negeri. Demo sana demo sini, hingga tidak setuju dengan konsert pun nak demo, yakinkah Pas yang mereka akan mendapat sokongan rakyat secara konsisten selepas ini?

    Kuasa boleh mengubah sesuatu, itu kata Saidina Uthman Affan. Dan kuasa hendaklah dimanfaat dengan bijak. Dakwah dengan kaedah menghukum, itu bukan amalan Rasul. Menghukum semata-mata tidak menyelesaikan masalah. Sebaliknya didik dan perjelaskan, bila rakyat faham kelak, laksana dan kuatkuasakan lah.

  2. Affuan berkata:

    Susah jugak ye. Tapi, untuk solve problem ni ada baiknya ditambah satu lagi band lelaki seperti Meet Uncle Hussein atau Estranged. Aku percaya gelaran Ratu Gelek dan Ratu Rock tu yang membuatkan Pas sedikit kaget. PErbincangan terbuka yang menemukan Pas dengan 2 artis tersebut juga perlu dilakukan.

  3. [...] Saudara Adihamka menulis bahawa Dewan Pemuda PAS Selangor perlulah mula bertindak sebagai sebahagian daripada kerajaan: Saya melihat, dalam konteks ini DPP Selangor, sebagai sayap pemuda kepada parti komponen Pakatan Rakyat perlu bertindak sebagai sebahagian daripada kerajaan. PAS mempunyai 3 wakil di dalam Exco kerajaan negeri, dengan Pesuruhjaya PAS Negeri sendiri merupakan salah seorang Exco kanan. Justeru bukankah molek ini dimanfaatkan berbanding untuk mengadakan demo? [...]

  4. najwan halimi berkata:

    Utk asingkan tepung tanpa memutuskan rambut, cara paling mudah ialah dengan menggunakan ayak!

Leave a Reply