8 Mac 2008 merupakan satu kejutan buat semua rakyat Malaysia. Pembangkang yang kini menamakan diri mereka Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya menafikan majoriti 2/3 BN. BN pertama kali membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
4 negeri beralih tampuk pemerintahan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor. Wilayah Persekutuan KL juga boleh diiktiraf ditawan Pakatan apabila mereka menang 9 daripada 10 kerusi Parlimen. Kelantan daripada ‘nyawa-nyawa ikan’ dengan majoriti 1 kerusi terus selesa dengan kemenangan 40 – 6 di peringkat DUN.
Hari ini 16 Jun 2008. Genap 100 hari pasca PRU-12. Sentimen ‘kejutan’ terus bertebaran.
Kedua-dua pihak terkejut. BN terkejut sebab kalah, Pakatan terkejut sebab menang. Justeru banyaklah perangai pimpinan kedua-dua belah pihak yang menampakkan kesan kejutan tersebut.
Yang BN nya, ada yang tamatkan perjanjian perlancongan dengan negeri-negeri Pakatan, ada yang bentuk Jawatankuasa Pembangunan Kampung, ada yang tubuh skuad memantau perlaksanaan Manifesto Pakatan, macam-macam perangai ada.
Yang Pakatannya juga heboh dengan kes ‘pembersihan’ orang-orang ‘karat dan totok’, penternakan babi moden, pengharaman Islam Hadhari, perlaksanaan tender terbuka, pemansuhan kadar kompaun kenderaan, dan lain-lain.
Saya fikir, genapnya 100 hari pasca PRU-12 ini, cabarannya lebih kepada Pakatan untuk membuktikan keupayaan mereka.
Di saat-saat pelbagai bentuk gula-gula diberikan kepada rakyat oleh pemerintah, tidak bermakna Pakatan boleh terus selesa di puncak.
Dicanang-canang bahawa Pakatan membilang hari untuk melangkah ke Putrajaya, dengan meletakkan 16 September 2008 sebagai tarikh akhir. Anwar Ibrahim juga kelihatan sudah mula mengatur langkah untuk kembali ke Parlimen, dengan meletakkan Kuala Kangsar sebagai sasaran utama.
Pun begitu, persoalan saya apakah mereka benar-benar bersedia menjadi kerajaan, sekiranya di peringkat negeri yang mereka pimpin pun masih ramai yang ragu-ragu keupayaan mereka?
Bukan sedikit yang saya dengar di sana sini, sudah ada ‘virus-virus benci’ menular di kalangan pimpinan dan tidak kurang peringkat pertengahan Pakatan. Di Selangor, kini heboh dengan cerita kes Pegawai Khas MB yang mengamalkan rasuah. Juga wujud krisis dalaman parti-parti tertentu sehingga umum pun tahu. Manifesto Pakatan terus diperhatikan dengan teliti. Di Kedah kelihatan kurang kontroversi, tetapi wujud cakap-cakap yang ada krisis sesama Pakatan.
Perak, wujud pergeseran di antara Pas dan KeADILan khususnya. Kalau saya ambil sumber daripada blog favourite saya, blog Mat Saman Kati, cukup untuk buat saya sakit kepala. Di Pulau Pinang, kelihatan senyap sedikit tapi tidak lari dari krisis bawah-atas. Kelantan alhamdulillah nampak baik walaupun masih hangat dengan isu politik dalaman dan juga isu siapa pengganti Tuan Guru Nik Aziz.
Apakah ini gambaran yang baik untuk rakyat?
Apabila rakyat melangkah keluar rumah dan mengundi Pakatan pada 8 Mac lepas, harapan mereka satu: mereka mahu perubahan ke arah sebuah negara yang lebih baik. Justeru apabila kelihatan pelbagai masalah yang timbul, ini boleh saja membuatkan rakyat menanyakan diri mereka kembali, apakah benar pilihan yang mereka buat 8 Mac lepas?
Saya lihat perlu ada elemen muhasabah diri di kalangan anggota dan pimpinan Pakatan. Mereka perlu kembali menilai prestasi mereka 100 hari yang lepas dan letakkan ukuran apakah ia cemerlang, sekadar memuaskan ataupun mengecewakan.
Kita perlu akui ada pendekatan yang diambil oleh kerajaan negeri-negeri Pakatan yang sangat positif dan menggambarkan betapa mereka merakyatkan pentadbiran, seperti penurunan cukai tanah di Kedah, pembekalan air percuma di Selangor, dan pemansuhan tender terbuka di Pulau Pinang. Tetapi apakah itu semata-mata cukup untuk membiarkan rakyat merasa selesa dan tegar untuk terus menyokong mereka?
Sudah pasti akhbar dan media arus perdana akan terus mencari salah kerajaan negeri Pakatan. Itu ibarat peluru yang boleh dijangka sasarannya. Tetapi kadangkala saya sedih apabila ada segelintir pimpinan Pakatan yang masih syok melayan media-media ini sedangkan mereka tahu ianya akhir nanti akan diselewengkan dan mengesani secara negatif imej kerajaan negeri mereka.
Pun begitu, saya perlu percaya bahawa ini semuanya berpaksikan kepada perasaan terkejut. Tidak ada sesiapapun hatta di kalangan pimpinan dan akar umbi Pakatan sendiri bahawa mereka mampu menawan sehingga 5+1 negeri. Justeru apabila menang secara ‘terkejut’, tidak boleh dinafikan akan ada yang naik ’syeikh’. Lantas wujudlah budaya lobi melobi, cantas mencantas, tikam menikam. Tidak ubah seperti ‘khemah sebelah sana’.
Dan bertebaranlah sikap ini di kalangan segelintir ADUN-ADUN, Exco-exco, Pegawai lantikan politik di Pejabat Kerajaan Negeri. Sudah kedengaran budaya mengenakan ‘tol’ untuk jumpa MB dan Exco, sudah ada kem A kem B, malah ada sampai 6 kem dalam satu kawasan! Semuanya dibuat tanpa memikirkan hati nurani rakyat yang mahukan perubahan daripada takuk yang lama. Apa yang dipertontonkan seolah-olah satu bentuk tayangan semula, cuma berbeza pelakonnya sahaja.
Saya hanya insan kerdil, dan saya bukan anggota mana-mana parti. Tapi saya berkongsi iltizam majoriti rakyat yang mahukan perubahan.
Justeru suka untuk saya, dengan penuh rendah diri menyatakan kepada mana-mana pimpinan Pakatan dan juga pimpinan Pertengahan, kembalilah kepada rakyat. Rakyat melihat kamu sebelum kamu mempunyai kuasa dan selepas kamu bergelumang dengan kuasa.
Rakyat tidak mahu dibuai dengan dasar-dasar yang indah susunan bahasanya, tetapi mesti disusuli dengan perlaksanaan yang efisyen dan efektif. Paling penting ialah akhlak dan etika kalangan kamu. Janganlah hancurkan harapan rakyat. 100 hari yang lepas moga jadi satu penilaian ikhlas dan iktibar.
Kita tidak mahu insiden di Terengganu berulang kepada Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Sekali rakyat beri peluang, bila terbukti gagal, apa yang jadi? Di saat rakyat seluruh Malaysia membuak marah dan menyumbang kepada tsunami politik, Terengganu terus selesa tanpa perubahan. Sekali rakyat muak,selamanya pintu bisa tertutup.
Jika ditakdirkan ’saat dan waktu’ itu sampai, jangan pula salahkan pengundi hantu. Salahkan sikap ‘hantu’ yang ada dalam diri segelintir di kalangan kamu.
Entri kali ini sedikit kasar, dan saya terbuka mengakuinya. Ini kerana saya ada harapan, dan mahukan perubahan. Begitu juga rakyat lainnya. Jangan impikan Putrajaya, jika yang sedia ada entah ke mana hala tujunya.
Saya akui prestasi sebenar tidak boleh diukur dalam 100 hari. Tetapi saya percaya kepada bidalan, “Kota Rom tidak dibina dalam masa 100 hari, tetapi kemusnahannya hanya mengambil masa 1 hari.”
Selamat menyambut hari ke-100 buat Kerajaan Negeri Pakatan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Selangor. Masa bulan madu secara rasminya telah tamat.
Filed under: Kritik, Politik , 100 hari, BN, DAP, KeADILan, Pakatan Rakyat, PAS, PKR, Umno
Kerajaan Pakatan Rakyat perlu bangkit sekarang selepas 100 hari pemerintahan, dengan lebih laju lagi penampakan ekonomi negeri, pembangunan untuk rakyat dan juga menlunaskan janji2 semasa berkempen, walaupun terdapat kepincangan kewangan negeri disebabkan kerakusan kerajaan lama dan juga ada selisih faham dengan sesama pemimpin, itu perlu diselesaikan demi sentiasa mendapat kepercayaan rakyat. Jadikan Kelantan sebagai negeri contoh sehingga dapat bertahan dari 1990-Kini.
Ayuh rakan2 sertai setiap perhimpunan 5 Julai ini untuk protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Semoga mereka muhasabah diri dan memperbaiki potensi pentadbiran kerajaan negeri.
Kita mahu mereka kekal, sebab itu kita menegur.
Apa yang aku boleh katakan..
Adalah :
“Rakyat Malaysia harus mendongak dan terus melihat. Jangan sesekali tunduk pada Parti Politik tidak kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. ‘Yang baik kita turut, Yang buruk kita sanggah.’. Rakyat Malaysia harus berani bersuara. Dan kita harus sama-sama berusaha untuk memberanikan diri untuk bersuara. Jangan gusar mereka tidak mampu berbuat apa-apa jika kita di pihak yang benar.”
Ehmmmmm….
Selayang pandang sebelah dia dah dekat dengan gombak… Muahahahahaha… Serius, Selayang pandang, selepas 100 Hari PRU 12 di Malaysia dapat kita lihat keadaan masih sama cuma mengalami sedikit perubahan. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sedang cuba untuk bergerak lebih aktif untuk memastikan kedudukan mereka terjamin. Selepas 100 Hari adakah Rakyat masih lagi diutamakan sebetulnya atau hanya menggunakan istilah rakyat untuk dapatkan simpati dari rakyat.
Ehmmmmmmm…
Kita mahu rakyat terus dijadikan fokus utama.
Itu yang pasti.
aku sambung analisis kamu,
perlis; tak ada apa. yang miskin terus miskin, yang upaya nak jatuh miskin- sebab petrol naik.
N9; tak ada apa juga. air di port dickson masin juga. tiada projek baru untuk tolong rakyat. kronisme dan rasuah terus berkarat. harap kat khairy, takdak apa pun. dulu pernah juga aku dengar yang (dengan nada melawak) nak buat airpot kat rembau. lawak sakitkan ati rakyat.
pahang; cerita baru- adnan yakop, pembela melayu nombor wahid masih belum jawap laporan polis ketua umno bahagian yang tuduh dia jual tanah rizab kat cina.
melaka; tak dak cerita baru. ali rustam berlagak hero macam biasa. berkokok macam ayam jantan, ekor penuh taik.
t’ganu; haaa.. ini lain sikit! yang ni ada telaga baru, telaga royalti namanya! lepas ni kaya raya lah wakil rakyat t’ganu. tegnok je la! rakyat akan terus macam tu juga, yang kedua paling miskin di malaysia.
ini ringkasan saja, aku malas nak menulis
Sabah dan Sarawak?
tiada siapa yang sempurna di dunia atau maksum melainkan nabi,bukan membela sesiapa tetapi memberi pernjelasan,apakah beza 100 hari dgn 50 tahun?suatu beza yang cukup jauh jika hendak di kira namun kita perlu fikir bahawa tiada siapa yang kekal di ats dan tiada siapa di bawah selamanya,100 hari telah tiba walaupu tiada banyak perbezaan tetapi sedikit tetap ada.Di dalam politik yang sebenar inilah rupanya yang sebenar dan dengan rupa inilah menghasilakan pemerintahan berpolitikkan partiperbalahan asam garam politik,berpuak2 asam garam politik,tuduh menuduh asa garam politik,segalanya ialah politik.
Saya tidak nafikan ada perubahan positif yang dijana oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Tetapi isunya ialah soal sikap kepimpinan dan kerjasama pintar sesama komponen Pakatan.
Saya lebih optimis dengan Pakatan untuk memerintah, tetapi sekiranya sikap mereka tidak jauh beza dengan pemerintah terdahulu, apa lagi yang rakyat boleh sandarkan harapan?
Jangan kelabukan mata rakyat dengan dasar serta perlaksanaan, rakyat mahu sikap pemimpin yang tidak angkuh, bongkak, lupa diri dan seumpamanya. Ingat, sekali rakyat mahu berubah, selamanya pintu boleh tertutup.
Ingat, bukan kerja mudah jika mahu menjajat Putrajaya.
maaf ya, sabah dan serawak dalam waiting list untuk masuk senarai negeri2 PR!
aku fanatik ni!
betullah apa yang dinukil oleh penulis. Saya sendiri semakin bosan mendengar politik alternatif yg kurang lebih serupa dengan parti lama. Seharusnya segala pertelingkahan dan pertembungan idea perlu dimanfaatkan di dalam dewan mesyuarat. Tidak perlu dihamparkan di dada akhbar kerana akibatnya peristiwa kekalahan Terengganu 2004 kembali meranap segala kebaikan dan kebajikan walaupun kesilapan itu sekecil kuman semata-mata…
Pandangan kerdil dari insan yg tidak punyai apa-apa…