Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Potong Elaun Menteri Tidak Rasional?

Pertamanya, saya kena minta maaf kerana melanggar prinsip saya sendiri.

Apabila saya menulis entri bertajuk ‘Boikot Utusan Jangan Hangat-hangat Tahi Ayam!, saya telah berjanji dengan diri saya untuk tidak membuat sebarang pautan kepada Utusan Malaysia sebermula 2 Jun 2008.

Tetapi mendapat berita di bawah, saya tak boleh menahan diri saya untuk menulis. Tuan/puan boleh baca dan nilai.

Potong elaun menteri tidak rasional

PULAU PINANG 8 Jun – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan cadangan untuk memotong elaun yang dinikmati oleh menteri adalah tidak rasional.

Sepatutnya, kata beliau, cadangan untuk menjimatkan wang kerajaan perlu difokuskan kepada aspek rasional dan bukan disebabkan oleh perasaan marah kepada menteri.

”Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun. Kalau elaun menteri sampai berbilion, saya rasa ada kesan.

”Jangan buat sesuatu kerana kita marah. Kita fokus pada yang rasional. Kalau buat cadangan yang rasional pun, baru ada kesannya tapi bukan sebab rasa geram dengan menteri,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
baca lanjut…


Jujur, sewaktu Shahrir Samad dibawa masuk ke dalam Kabinet, secara peribadi saya merasakan adalah lubang-lubang cahaya untuk menyuntik perubahan di dalam Kabinet baru yang serba usang. Tetapi saya silap. Dia sama sahaja, tak ada beza dengan yang lain-lain.

Ini bukan soal ”Kalau potong elaun menteri-menteri, tidak sampai RM1 bilion pun”. Ini soalnya sejauhmana kepimpinan sanggup berkorban untuk rakyat, berbanding menggadaikan kesenangan rakyat yang mengikat perut tetapi pemimpin senang lenang di atas!

Biarpun tak sampai berbillion ringgit, tetapi setidak-tidak beban rakyat boleh dibeban daripada terus menyumbang kepada emolumen menteri yang bernilai puluhan ribu ringgit saban bulan.

Misal kata seorang menteri gajinya dicampur elaun mencecah RM50,000 sebulan, dalam kabinet ada 70 orang Menteri dan Timbalan Menteri. Keseluruhan emolumen mereka dianggarkan berjumlah RM3.5 juta sebulan. Setahun RM42 juta. Sekiranya seorang Menteri atau Timbalan Menteri menolak elaun mereka sebanyak Rm10,000 sebulan, setahun boleh menyumbang kepada penjimatan sebanyak RM8.4 juta.

Memang takkan cecah berbillion ringgit, tetapi cukup untuk membantu rakyat miskin dalam konteks bantuan sara hidup.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sewaktu mendapat mandat menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1990, pemulangan balik elaun-elaun yang beliau peroleh membolehkan penjimatan mencecah RM1 juta saban tahun. Itu tahun 1990, bagaimana penjimatan yang boleh diaplikasi di peringkat pusat pada tahun 2008?

Rakyat disuruh ubah cara hidup. Menteri tak sanggup berkorban.

Apa kejadahnya ni??

Filed under: Kritik, Politik

9 Responses

  1. REU berkata:

    Hidup PKR!!! Banyakkan lagi artikel2 yang menarik tp boleh minta jasa baik nahdah.wordpress.com add link http://ntvirus.wordpress.com
    lagi satu minta cntc mail reunion_unic@yahoo.com.my sekian

    yang perlu terus hidup ialah perjuangan, bukan sekadar PKR saja..
    terima kasih kerana singgah! :)

  2. aku tak setuju kalau elaun menteri kena potong. memang sangat tak setuju. tak patut betul! tindakan potong elaun menteri memang tak rasional. tak membantu pun. yang paling betul ialah membatalkan terus elaun diorang! ni baru betul! selama ni diorang banyak membazirkan wang rakyat untuk kepentingan diri dan kroni2. patut batalkan terus elaun diorang tu. gaji pun dah besar apa… so apahal nak elaun lagi! menyusahkan rakyat jer!

    duit poket bro..biasa la tu :)

  3. denns berkata:

    hapuskan jer semua elaun yang x sepatutnya

    soalnya beranikah mereka?

  4. Affuan berkata:

    negara dah rasa sengkek baru nak jimat itu ini, itu pun tak setuju dengan cadangan orang lain. bongok dan sombong sungguh menteri2 bahlol BN itu.

    rakyat yang sokong mereka macam mana pula?

  5. saiful berkata:

    Elaun juruteknik swasta:
    Elaun dobi = RM 30/mth
    Elaun syif = RM 50/mth

    Elaun menteri?

    berkali-kali ganda, itu yang pasti!

  6. penamaya berkata:

    sejak kebelakangan ini,

    pendapat YB Shahrir sering tak sehaluan dengan keputusan YAB Pak Lah ~

    tak sehaluan pun, masih menyusahkan rakyat!

  7. rastom berkata:

    Orang kaya dan senang, bila potong sikit, habis satu dunia tau. Satu sen macam roda kereta lembu.

    biasalah Pak Rastom..
    bukan senang menolak gaji menteri ni.
    pengorbanan besar tu! :P

  8. Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life…

    I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?

    Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money…. Not following the capitalism idea … the poor is getting poorer and the rich is getting richer…

    bro,
    the problem is whether they really know how to empower our economy or not.
    I’m strongly sure they don’t!

  9. Potong untuk apa? ke mana duit elaun itu? sepatutnya pemerintah menaikkan gaji pekerja2 di Malaysia untuk mengimbangi belanjawan kewangan kami.

    Ayuh rakan2 sertai perhimpunan protes harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang sehingga ke titisan minyak terakhir….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    naik gaji pekerja?
    entah mahu atau tidak..
    yang pasti berbakul-bakul alasan mereka akan beri!

Leave a Reply

Arkib