Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

90 Jam Selepas Harga Minyak Naik

Dua hari lepas, saya isi minyak penuh untuk kereta saya.

Kebiasaannya RM65 cukup untuk penuhkan tangki minyak. Tapi cukup sadis, RM80 pun tak cukup untuk penuhkan tangki minyak!

Pagi tadi sempat sarapan pagi dengan Zul di Restoran Haslam, Jalan Pahang.

Saya order roti telur bawang, dan roti canai biasa. Zul makan nasi lemak. Lepas makan, saya ke kaunter untuk bayar.Sekali bila tengok bil, roti canai biasa RM1 sekeping!

Ini yang buat rakyat marah. Kesan domino hasil kenaikan harga minyak bukan sikit-sikit.

Tapi apa yang orang atas pandai cakap? “ubah gaya hidup..ubah gaya hidup..ubah gaya hidup!”

Brengsek.

Filed under: Catatan, Kritik, Politik

8 Responses

  1. ladymariah berkata:

    Dulu tambang bas RM 25 jadi RM 45. Kesian rakyat kan?

    Mariah,
    itulah masalahnya.
    Yang ‘memangkah’ mereka berapa kerat, yang susah semua rakyat!

  2. Adzrah berkata:

    Sejak dua tiga hari lepas, mainstream media memomokkan semua rakyat Malaysia dgn kenaikan harga petrol tidak dapat dielakkan, dan cadangan menaikkan harga sekitar Ogos. Semuanya temberang semata-mata.

    Segalanya terbukti semalam – apabila kenaikan harga petrol lebih 40% daripada harga lama.

    Aku memang sejak lama dulu lagi perasan, orang2 di Malaysia ni selalu ditipu media. Media dgn agenda-setting masing2, bla, bla, blaaa…

    Kesimpulan daripada seminar yg aku hadiri bulan lepas mengenai Media dan PRU 2008, pembentang2 kertas kerja sepakat mengatakan bahawa media digesa lebih telus, objektif dan melaporkan utk rakyat – bukan utk memperbodohkan mereka.

    Aku setuju. Kali ini jangan anda tertipu lagi, kalau media mengatakan sesuatu – read between the lines. Mesti ada sesuatu yg cuba disembunyikan. Lihat, dengar dan buat penilaian anda sewajarnya.

    adzrah,
    soal media ini, pendapat saya satu saja.
    dakyah mereka sudah kita sedia maklum. Sebagai rakyat yang bijak, kita ada hak untuk memilih, sama ada mahu beli dan baca, atau buat tak tahu.
    Masalah dengan majoriti rakyat Malaysia termasuklah pimpinan dan akar umbi Pakatan masih lagi tegar membeli dan menghadam isi kandungannya dengan penuh tawadhuk!

  3. Affuan berkata:

    kete apa ni wei? 65 jek isi penuh?

  4. saiful berkata:

    Dorang ingat rakyat m’sia ni skolah tadika je yek, tak tau nak kira?

  5. denns berkata:

    RAKYAT MESIA SUMER KAYA2 MANER DE MISKIN….SUMER PKAI KETE BESAR2..ALA PAKLAH NAIK LAGI SAMPAI RM20 SELITER…BARU GLOBAL

  6. tin85 berkata:

    Ini la cabaran zaman orang makan minyak… sebenarnya bila peperangan berlaku disekitar dunia global ni, keperluan minyak semakin mendesak so negara pengeluar minyak apa lagi amik peluang dengan rakus meningkatkan harga minyak… makanan pun semakin kurang sebab mana ada orang nak bercucuk tanam sangat sekarang perang aje yang difikirkan… jadi negara yang kecik-kecik di sekitar asia ni memang terjejas dek sifat tamak yahudi bangang… aku sarankan kita jangan cepat melatah tapi beri peluang kepada negara kita mengendalikan keadaan ini dengan berhemah… mereka pun tak boleh buat apa-apa…

  7. bulanmalam berkata:

    NAi Lemak berapa harganya.

  8. pucuk dicita berkata:

    Camne plak subsidi minyak rakyat boleh dikurangkan, sedangkan subsidi utk TNB (yang dah kaya raya) dan IPP (yang sure masuk duit nyer) tak dikurangkan?

Leave a Reply

Arkib