Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

P Ramlee The Musical

PRTM

Semalam saya ke Istana Budaya menonton persembahan teater P Ramlee The Musical [PRTM], buat kali kedua.

Saya bukan peminat teater. Tetapi saya membesar dengan filem-filem P Ramlee. Boleh saja saya hafal skrip-skrip filem-filem P Ramlee sehingga kini. Dan takkan hilang tawa setiap kali menonton Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok walaupun berulang kali. Sebak sudah pasti tatkala menonton Ibu Mertuaku, dan saya takkan lupa Antara Dua Darjat yang sarat dengan elemen kritik sosial.

Ini membuatkan saya tertarik untuk menonton teater ini, pastinya pertama kali dalam hidup saya.

Sebetulnya saya sudah pun menonton teater ini November lepas. Siri pertama dibintangi oleh Sean Ghazi sebagai P Ramlee, dan penampilan khas (satu babak saja!) Datuk Siti Nurhaliza sebagai Azizah. Pelakon lain-lain dikekalkan dalam PRTM-2.

Saya memang tertarik untuk menonton PRTM-2, tetapi disebabkan beberapa perbelanjaan luar jangka, ditambah dengan harga minyak yang naik mendadak tanpa belas kasihan, pastinya sebagai rakyat marhaen saya terkesan dan berkira-kira untuk membelanjakan puluhan ringgit untuk menyaksikan teater ini.

Mungkin langitku lebih biru, kata Mawi. Seorang rakan pendebat lama yang kini bekerja di Astro menawarkan saya tiket percuma untuk menonton. Percuma? Itu bukan datang selalu. Pastinya saya sambar peluang ini. Dan alhamdulillah kami bertemu semalam dan menonton teater, walaupun tabiat ‘gila debat’ antara kami terus ‘hidup’ dan pastinya berkisar soal kenaikan harga petrol!

Ramai orang dan media membuat ulasan yang PRTM-2 kali ini lebih ‘hidup’ dengan teraju utama baru, Musly Ramlee.

Jalan cerita juga ada perubahan berbanding PRTM-1. Babak yang melibatkan Azizah (kini dilakonkan oleh Emelda Rosmila) lebih panjang berbanding lakonan Datuk Siti dulu (mungkin mahal sangat nak bayar kalau banyak babak). Lebih banyak babak yang menceritakan peralihan fasa hidup P Ramlee lewat tiga perkahwinan Allahyarham.

Jalan ceritanya diulas secara ringkas oleh Najwan yang kebetulan menonton Selasa lepas. Justeru boleh baca di situ saja :)

Secara peribadi, jalan cerita PRTM-2 lebih baik, lebih banyak unsur humor yang menggambarkan ciri-ciri P Ramlee. Pembawakan watak P Ramlee oleh Musly jauh lebih baik berbanding Sean Ghazi. Tetapi bila datang bab nyanyian, konsistensi Sean Ghazi lebih baik pada saya. Kerana adakalanya akan kedengaran Musly seolah-olah membuat-buat suara P Ramlee, dan paling ketara berbeza bila Musly mendendangkan lagu Hujan Di Tengahari sewaktu not tinggi, hilang ke-P.Ramlee-annya. Pun begitu, Musly boleh dikatakan berjaya berbanding Sean Ghazi.

Watak Azizah yang dibawa oleh Emelda juga baik jika dibandingkan dengan Datuk Siti. dan Emelda ada bakat menyanyi. Tetapi nyanyian Datuk Siti lebih
Pembawakan cerita menarik dengan susunan lagu dan peralihan satu babak ke satu babak. Ini elemen-elemen yang membuatkan teater ini menarik. Penghayatan lakonan Melissa Saila, Atilia, dan Liza Hanim sangat memberangsangkan. Cuma pada saya, yang mungkin ramai tidak perasan, ialah watak S. Sudarmaji, penolong pengarah di Malays Film Production di Studio Jalan Ampas. Sangat real dan betul-betul hidup!

Apapun, yang penting ialah tribute kepada P Ramlee. Allahyarham sememangnya seorang seniman yang tiada galang ganti. Filem-filem beliau tidak memerlukan dedah sana dedah sini, tetapi tetap sarat dengan nilai moral, kritik sosial, dan juga satira politik yang sangat mendalam.

Tidak akan lahir seorang lagi P Ramlee..Itu sangat pasti.

Al fatihah…

Filed under: Catatan, Hiburan , ,

6 Responses

  1. bumilangit berkata:

    p ramli no 2? bisa saja…..

    nanti aku bagitau macamana dlm blog aku…

    tungguw~

  2. eLa AziLa berkata:

    Hye.. ni !st time sy g tgk teater…
    P.Ramlee The Musical, mmg x rugi dan SANGAT puas hati.. Sy mcm nk g tgk lagi… Tahniah buat semua pelakon..

  3. PUAN SITI berkata:

    a’kum;
    mmg betol seperti mana saudara ulaskan. saya pun pergi menonton PRTM-1 thn lepas dan PRTM-2 baru2 ni, mmg ada kelainan, rasanya PRTM-2 lebih nampak real. bergenang juga air mata tatkala melihat persembahan yang terakhir yang ada sedutan dari filem p ramlee. rasanya dia masih hidup lagi. syabas PRTM-2!

  4. anfaal dhiyana berkata:

    PRTM-2 memang ada kelainannya.
    dari segi jalan cerita,penghayatan watak dsbnnya.
    perasaan seperti Allahyarham P.Ramlee masih lagi bernyawa,sedangkan saya tidak pernah sekali pun bersua muka dengan beliau.
    sungguh pilu hati terasa tatkala Musly Ramlee mendendangkan lagu Hujan di Tengahari.
    PRTM-2,syabas!

  5. Kamarul berkata:

    siapakah rakan pendebat lama itu?

    ha ha ha

  6. Mitchell berkata:

    P.Ramlee the musical GREAT!!!

Leave a Reply

Arkib