diambil daripada Malaysiakini dan Riwayat Hayat.
Tahniah rakyat Malaysia! Kita terus dibebani kenaikan harga minyak bermula tengah malam tadi, dan InsyaAllah, kenaikan harga barang akan menyusul selepas ini.
Sebagaimana yang saya jangkakan, harga minyak akan naik dalam waktu terdekat. Cuma saya tidak menyangka kenaikan akan menjangkau lebih daripada 60 sen, sebagaimana yang saya tulis sebelum ini. Kini, sama-samalah kita mendukung aspirasi kerajaan untuk mensaksamakan harga minyak Malaysia dengan harga pasaran dunia agar beban dapat dikurangkan, KONONNYA lah!
Cuma saya paling benci akan kenyataan “harga minyak Malaysia masih yang terendah di rantau Asia ini”. Begitulah hinanya kita, kita sebagai rakyat dinafikan hak untuk menikmati hasil komoditi petrol yang merupakan khazanah negara yang keluar daripada perut bumi, bukan hasil import.
Di bawah adalah harga petrol bagi negara pengeluar minyak dunia.
UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter
MALAYSIA– RM2.70/liter
Nilai sendirilah. Malas nak cakap panjang.
Dulu, heboh ditubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA). Tetapi pengangkutan awam masih ‘hampas’. Rakyat tidak ada pilihan. Duit tidak tahu ke mana disalur, rakyat kekal didungukan.
Koridor sana sini, rakyat merempat. Menteri suruh ubah gaya hidup, macam-macam saranan dibuat. Kongsi keretalah, naik basikal lah, jangan makan nasi lah, makan roti lah, makan ubi kayu lah. Tetapi menteri masih seronok naik jet sana sini, dapat elaun tinggi-tinggi, tak pernah berahi makan mi maggi.
Entahlah..Tapi yang pasti, saya dah penat ditipu.
Tapi majoriti rakyat nampaknya ‘redha’ ditipu hidup-hidup.
Tahniah lah buat rakyat Malaysia!
[...] Tradisi membebankan rakyat [...]
[...] bawah adalah senarai harga petrol bagi negara pengeluar minyak dunia. UAE– RM1.19/liter Eygpt– RM1.03/liter Bahrain– RM0.87/liter Qatar– RM0.68/liter Kuwait– [...]
seluruh negara sesak malam tadi sebab rakyat berpusu2 mengisi minyak sebelum naik. BN- Barang Naik.
Mariah, Yang pasti, berkati-kati caci maki rakyat yang boleh kita dengar sewaktu mereka beratur mengisi minyak!
[...] P/s: Apa komen anda? Lihat lagi post rakan saya Adihamka. [...]
Bengang saya semalam bila deretan kenderaan begitu panjang dijalan Pekan Putatan, yang terfikir dalam kotak fikiran saya tentu ada kemalangan yang amat teruk, tapi yang hairannya tiada pula kereta peronda polis, ambulan atau kereta-kereta tukang tunda berhenti di tepi jalan, kenapa? dan apa sebenarnya yang berlaku saya masih tidak tahu kemudian handphone saya berdering rakan yang call mengatakan tengah malam nanti harga minyak naik sehingga RM 2.70/liter terkejut beruk saya dibuatnya tiada kata-kata yang keluar dari mulut saya selain dari bersyukur kerana Kerajaan BN telah memberi satu lagi kepuasaan kepada siapa-siapa yang mengundi memenangkan BN. Baguslah kan kita rakyat miskin susah sedangkan para pemimpin negara senang lenang dan kaya raya, kita harus terima kerana ini keputusan yang telah kita buat kan…kan. Ha…ha….ha….
Sam,
setuju agar siapa yang ‘pangkah’ mereka tu wajar kita ucapkan tahniah atas ‘kejayaan maha hebat’ ini. Bersama-samalah makan ubi kayu!