Membaca berita di Bernama hari ini mengenai kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah membuatkan saya panas hati.
Pepatah orang-orang lama, “Jangan meludah ke langit”. Dan saya fikir, Menteri ini telah bertindak lebih daripada itu.
Beliau kata di Selangor Kerajaan Negeri Pakatan menghalau SelangorFM Kalau tetamu tidak hormat kepada tuan rumah, salahkah tuan rumah menghalau? Soalnya, adakah tuan rumah menghalau? Tan Sri Khalid memberi peringatan, tetapi Menteri Penerangan yang ‘panas punggung’ mengarahkan SelangorFM keluar daripada Bangunan SUK Negeri dengan segera. Hal ini pernah saya ulas dalam satu entri terdahulu, Jantanlah sikit SelangorFM. Nah, siapa agresif sekarang?
Kata Menteri ini:
“Wakil Rakyat Barisan Nasional juga tidak dibenar merasmikan majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor. Balai Raya juga tidak dibenarkan pakai. Kalau kita tak beri anak mereka sekolah di Sekolah Kebangsaan pula macam mana,” katanya semasa menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, bagi kementeriannya.
Jangan cakap kosong wahai Menteri. Selama ini ADUN atau Ahli Parlimen pembangkang dihalang bukan sahaja untuk merasmikan, malah untuk mendekati sekolah-sekolah atau sebarang bentuk majlis rasmi di kawasan mereka pun dihalang dengan penuh angkuh. Baca laporan di Malaysiakini ini mengenai pendedahan YB Lim Lip Eng, MP Segambut dinafikan hak untuk melawat sekolah-sekolah.
JAIS adalah di bawah seliaan kerajaan negeri. Pastinya prioriti diberikan kepada Exco Negeri, kemudian barulah ADUN di kawasan-kawasan yang terlibat.
Kenyataan di atas juga menggambarkan tinggi rendahnya kecerdikan Menteri ini, apabila cuba mengugut untuk menafikan hak anak-anak kecil untuk bersekolah di sekolah kebangsaan. Apakah kini pendidikan pun mereka sanggup perdagangkan sebagai peluru politik untuk membalas dendam?
Kalau kerajaan negeri Pakatan terbukti melakukan perkara yang didakwa, maka Pakatan telah menafikan hak rakyat yang memilih MP/ADUN yang bukan dari kalangan mereka.
Tetapi Menteri ini juga harus ingat, sebelum menghenyak, lihat dan cermin diri dan parti anda dahulu. 50 tahun politik menindas diamalkan, bukan beerti anda ’suci’ jika ditindas atau berasa tertindas (kalau benar ia terbukti satu penindasan).
Jangan sesekali meludah ke langit, kelak nanti kahak melekat di muka.
Itu sudah menjadi kebiasaan kepada pemimpin2 pemerintah, apa yang di buat oleh pembangkang akan di pandang sebaliknya dan aku membuat kenyataan yang berbentuk putar alam di persada media-media mereka dan dengan sedihnya org mempercayainya.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
warga x sedar diri ni xyah meludah kelangit, orang da memang ludah-ludah dia pun