Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Boikot Utusan Jangan Hangat-Hangat Tahi Ayam!

Saya terbaca di Malaysiakini yang khabarnya Pakatan akan memboikot Utusan dan Mingguan Malaysia. Ini berikutan pemberitaan Utusan yang sangat tidak seimbang dan cenderung kepada pemerintah – baca: Barisan Nasional – khususnya dalam hal-hal berkaitan politik dan perkauman.

Anwar Ibrahim juga turut membuat gesaan yang sama di blog beliau.

Pada hemat saya, tidak ada masalah untuk memboikot media sekiranya media yang diboikot itu jelas terbukti yang tidak mengamalkan etika kewartawanan yang stabil dan bermoral.

Pun begitu, Pakatan jangan hangat-hangat tahi ayam. Seingat saya Allahyarham Rustam A Sani dahulu ada mengusahakan Boikot Media untuk memboikot Utusan, NST dan TV3. Dan boikot itu memberi impak walaupun tidak berjaya sepenuhnya.

Kenapa saya kata hangat-hangat tahi ayam?

Pertama, publisiti melalui media internet. Kenyataan ini ada dalam Harakahdaily, ada dalam Laman Web PAS, tetapi tidak ada di dalam laman web KeADILan mahupun DAP. Suara Keadilan pun tidak ada. Ini menggambarkan sudah ada satu elemen hangat-hangat tahi ayam.

Dalam hal ini, boikot Utusan juga perlu serius di kalangan ahli Pakatan. Perlu konsisten dan jangan memberi ruang sekelumitpun. Masalah yang timbul ialah hangatnya boikot ini cuma sementara. Kemudian beli lagi. Bila kena tibai, boikot. Bila reda, beli balik. Konsisten apa ni?

Saya pernah berpengalaman masuk ke Pejabat Agung PAS. Satu-satunya akhbar yang ada di atas meja di situ, selain Harakah, adalah Utusan Malaysia! Macam mana ni. Kena konsisten lah kalau nak boikot.

Seingat saya sebelum pilihanraya dahulu, tahun lepas lagi, ada ditubuhkan GASAK [Gerakan Anti Salah Maklumat] yang mahu memboikot Utusan juga termasuk NST. Tetapi Gasak tidak terus menggasak, sebaliknya lesu tanpa khabar berita. Tidak ada sebarang usaha konstruktif untuk memboikot. Utusan terus menghenyak Pakatan.

Satu hal lagi, untuk memboikot kita memerlukan alternatif yang sama kualiti dengan benda yang hendak diboikot, agar yang diboikot sedar bahawa ia boleh membankrapkan mereka dan mengajar mereka untuk berhati-hati. Dalam hal boikot Utusan ini, suka untuk saya bertanya kepada ahli Pakatan, apakah akhbar alternatif yang ada hari ini, khususnya organ parti-parti Pakatan berada pada standard yang mengagumkan?

Harakah, saya setuju ia memuaskan tetapi belum sepenuhnya. Suara Keadilan, terlalu banyak yang perlu diperbaiki, dari konteks layout sampailah kepada susunatur dan ejaan. Perlu kurangkan terjemahan berita dan copy-paste berita-berita daripada blog dan laman web. Jangan banyakkan cerita Anwar saja, cerita di negeri dan bahagian perlu banyak juga.

Roket, entah ceruk mana sajalah yang ada jual akhbar ini.

Akhbar alternatif yang lain seperti Siasah dan Wasilah kelihatan bagus. Sinar Harian juga menampakkan pemberitaan yang seimbang.

Di kalangan pimpinan Pakatan juga perlu konsisten. Jangan sesekali terhegeh-hegeh memberi kenyataan media kepada Utusan. Masalahnya kalangan pimpinan Pakatan ini mereka (tidak semua) mudah memberi kenyataan, kemudian marah-marah bila kenyataan diputar belitkan. Untuk apa beri kenyataan media kalau tahu di akhirnya nanti ia akan diputar belit?

Tuntasnya, boikot biarlah konsisten. Bukan main semberono dan isytihar saja meletup-letup, tetapi follow-up nya hampas!

Filed under: Kritik, Politik

5 Responses

  1. Kempen ini berjaya ataupun tidak bergantung sepenuhnya dari orang ramai juga, jikalau mereka tetap berminat dengan utusan, kempen ini tidak akan berjaya, bagi aku kuasa memilih di tangan kita, buatlah poster atau siaran iklan untuk memboikot seribu kali pun, kalau org mahu beli, kempen ini sekadar angan-angan sahaja ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. Hasbullah Pit berkata:

    Aku pun masuk dalam kategori yang tak sungguh-sungguh

    http://sebolku.blogspot.com/2008/06/sikit-sikit-boikot-media.html

  3. shaman berkata:

    daripada kita boikot, baik kita usahakan hak kesamarataan liputan media, lagipun suratkhabar stesen televisyen mainstream di malaysia ni terhad, susah untuk rakyat boikot, daripada usaha yang pada pendapat saya bersikap bermusim, baik adakan usaha yang bersikap berterusan dan progresif, suara rakyat mampu mengubah!

  4. [...] saya menulis entri bertajuk ‘Boikot Utusan Jangan Hangat-hangat Tahi Ayam!, saya telah berjanji dengan diri saya untuk tidak membuat sebarang pautan kepada Utusan Malaysia [...]

  5. dara berkata:

    boikot??.. munkin sdr/i lagi yang belum bertindak, saya dah lama dah… tak beli utusan ni….

Leave a Reply

Arkib