Mungkin perkembangan terkini yang membabitkan insentif buat para atlet Malaysia ini bakal menjadikan Malaysia sebagai negara yang memberikan insentif tertinggi buat para atlet yang berjaya meraih pingat emas dalam kejohanan sukan antarabangsa.
Seperti dilaporkan dalam kebanyakan media arus perdana hari ini, pengumuman kenaikan Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan Olimpik itu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan di bangunan Parlimen, semalam.
Berdasarkan kepada perkembangan ini, saya melihat timbul beberapa persoalan dan implikasi hasil daripada pengenal Skim baru ini. antaranya:
(i) ini tidak membantu untuk membangunkan industri sukan negara dalam jangka masa panjang. Skim ini kelak hanya akan menyebabkan atlet mempunyai orientasi jangka pendek, untuk memperoleh RM1 juta dalam peluang yang diraih 4 tahun sekali, berbanding mengekal dan meningkatkan prestasi sepanjang perkhidmatan mereka sebagai atlet kebangsaan.
(ii) skim ini juga boleh dilihat sebagai satu perkara yang membazir, dalam keadaan kerajaan sibuk mengatakan ‘kerajaan tak ada duit’, ‘ubahlah gaya hidup’ dan ‘amalkanlah perbelanjaan berhemah’. Bukankah elok sekiranya diperkenalkan sistem saraan atlet mencakupi aspek gaji dan pencen yang sesuai dengan kemaraan institusi sukan negara?
(iii) adakah insentif mewah dan lumayan boleh menjamin pengekalan prestasi atlet negara? lihat apa jadi pada skuad badminton negara dengan Hafiz hashim, Koo Ken Keat dan Tan Boon Heong? selepas menang dan dianugerahkan insentif, prestasi menurun dan terus lesu.
(iv) kerajaan saja buat gimik sebab mereka tahu atlet Malaysia memang susah menang pingat emas!
Filed under: Kritik, Sukan , Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan Olimpik





Komen Terkini