Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Tahniah Ezam!

Sekian lama kekeliruan berselirat di kepala ramai pemerhati politik, akhirnya hari ini terungkai jua.

Hari ini sahih bekas Ketua Pemuda/Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Nor telah kembali ke pangkuan Umno.

Ezam akan kembali sebagai ahli biasa Umno kerana menurut Presiden Umno, “Ezam sendiri pun tidak meminta jawatan”. [baca Malaysiakini: Ezam Sertai Semula Umno]

Satu ketika dahulu ramai keliru, apakah benar Ezam merupakan kepala yang mahu mengemudi ‘kumpulan 12′ menyertai Umno (yang melibatkan Ruslan Kassim, Zahid Mat Arif dan lain-lain) sebelum pilihanraya ke 12?

Apakah benar Ezam mempunyai hubungan baik dengan Khairy Jamaluddin sebagaimana yang Ezam tegaskan sewaktu Khairy menaiki Toyota Harrier Ezam untuk menghantar ‘khabar’ dari Pak Lah kepada Anwar yang pada waktu itu baru sahaja dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan?

Jawapannya mungkin boleh dirungkaikan dengan apa yang berlaku petang tadi.

Ezam, di dalam temuramah khas TV3 dengan beliau malam tadi, antara lain menegaskan bahawa beliau kembali ke dalam Umno ‘bukan kerana kepimpinan’ tetapi ‘kerana dasar kerajaan’ yang kelihatan mampu melaksanakan perubahan seperti penubuhan Suruhanjaya Perlantikan Hakim, BPR yang bakal dinaik taraf sebagai Suruhanjaya, dan lain-lain.

Patutlah Ezam dan Gerak senyap apabila Anwar mendedahkan klip video Lingam. Patutlah dia dan Gerak juga merasakan menyerahkan laporan rasuah menteri kanan Umno HANYA kepada PM, bukan kepada BPR kerana itu lebih terjamin. Hingga kini, menteri tersebut bebas mundar mandir ke sana sini, siap bertanding Pilihanraya lagi.

Sewaktu Ezam sah keluar KeADILan dahulu, ramai merasakan yang KeADILan bakal ditalqinkan. Apatah lagi terlalu banyak konflik di dalam Kongres KeADILan tahun lepas.

Tetapi saya melihat konflik itu sesuatu yang biasa untuk pertubuhan setahun jagung. Saya mengulas apakah tindakan beliau mengesani KeADILan, dan wajarkah KeADILan ditalqinkan.

8 Mac 2008 membuktikan KeADILan boleh berdiri dengan sokongan rakyat. Pakatan Rakyat (Pakatan) dibentuk untuk mengeratkan silaturrahim. Dasar-dasar 5 kerajaan negeri digubal dengan penuh hemah untuk memastikan kebajikan rakyat dibela dan rasuah dicela. Mungkin belum cukup di mata Ezam.

KeADILan tidak akan terlepas daripada masalah, sebagaimana kata Zul. Tetapi untuk kembali ke lubuk di mana selut dan lumpur pekat melekat di tubuh, itu bukan benda yang boleh difahami rasionalnya. Anwar terbukti gagal dahulu.

Ezam ada karisma, tetapi KeADILan tidak mati tanpa Ezam. Alhamdulillah kuasa Ilahi membuktikan yang KeADILan berdiri teguh tanpa beliau.

Kalaulah boleh saya putarkan semula kaset-kaset ceramah anda yang ada dalam koleksi saya, tidak pernah terlintas hatta di fikiran mana-mana manusia anda akan mengambil tindakan ini sekarang. Pun begitu, langkah anda bukan sesuatu yang di luar dugaan. Ramai yang sudah membacanya lewat tahun 2004 lagi. Cuma hari ini ia disahihkan dengan jelas.

Resmi politik, hari ini meludah, esok menjilat.

Demokrasi menuntut rakyat menghormati hak individu untuk bersuara dan berpersatuan. Atas semangat inilah, maka keputusan beliau wajar dihormati.

Ezam, tahniah daripada saya. Teruskan perjuangan murni anda di platform baru. Saya akan tunggu apa kesudahannya 6 kotak fail yang anda dakwa dulu. Saya juga akan tunggu apa nilai janji anda kepada pimpinan dan akar umbi KeADILan bahawa ‘anda akan pastikan Anwar jadi PM pada 2012′ sewaktu anda menarik pimpinan KeADILan untuk keluar parti dan menyertai Gerak dulu. Saya juga menunggu apa penafian anda tentang apa yang tertulis di sini.

Saya bukan ahli mana-mana parti,maka apa yang keluar daripada saya ini bukan atas dasar partisan. ini atas dasar prinsip dan perubahan selari dengan apa yang anda perjuangkan.

Tahniah dan selamat maju jaya.

Filed under: Catatan, Kritik, Politik

6 Responses

  1. rm1juta berkata:

    Tun keluar umno. ezam masuk umno.poning kepalo pak cik.???

    politik, pakcik..biasa lah tu :)

  2. sebab tu ada orang cakap… orang politik ni suka “kencing bersepah” dan “hancing”! (maksudnya suka benar menipu/cakap tak serupa bikin/janji palsu etc)

    sebab itu kita perlukan politik madani.

  3. err tuan tanah… ana salah taip laaaa… perkataan “tidak” tu tolong kensel… karang ayat jadi salah maksud… tolong ya tuan tanah.

  4. Kita hormatilah keputusan ezam, lagipun xbaik nak keji dia, kita pun xtahu niat sebenar dia, takut kita berdosa kelak kerana menfitnah pula….
    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    bro,kita bukan keji,cuma ingatkan sumpah2 dan janji2 dia.
    sebagai politikus bermaruah,jangan sembunyikan niat.
    Itu bukan akhlak terpuji.

  5. ladymariah berkata:

    kekecewaan terhadap tindakan ezam ini akan menjadi dendam. kalau memang dia bisa mengubah korupsi dalam umno maka itu adalah sesuatu yg bagus. tapi kalau memang dia sudah tahu bahawa dia sudah tidak punya populariti dan mahu menyelam dan sambil minum air bersama umno, maka kekaguman saya terhadap ezam sudah terpadam mulai saat dia umumkan dia masuk umno. gelap gulita nama ezam!

  6. chipmunk82 berkata:

    Walaupun jauh, agak ralat juga mendengar cerita Ezam ni. Tapi itu adalah keputusan dia. Tapi setelah membaca pengakuan Ezam dalam Malaysiakini, saya sudah dapat agak apa sebaliknya makna tersirat dan tersurat hasil interview itu. Entahlah adi hamka, faham tetapi sukar nak cerita di sini. Nanti ada masa kita sembang. Jumpa lagi…:)

Leave a Reply

Arkib