Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Selangor TV Lebih Baik Daripada RTM!

selangor

Antara perkara yang buat saya bengang sejak sebermulanya Sidang Dewan Rakyat beberapa minggu lepas adalah siaran langsung melalui internet. Sangat-sangat menyakitkan hati.

Di pejabat tak boleh menonton TV, maka internetlah penyelesaiannya.

Menunggu sedari awal jam 8 pagi, cecah saja jam 10, siaran akan terputus.

Tetapi berbeza dengan siaran langsung Sidang DUN Selangor yang bermula hari ini. Siarannya lancar dan baik kualitinya. Syabas bagi pihak urusetia di SUK Selangor yang menyediakan siaran langsung ini dengan baik.

Persoalan kapasiti server ataupun streaming RTM yang tidak mampu menampung pengunjung yang ramai, itu saya tidak mahu ambil tahu. Customer is always right. Sepatutnya sebagai stesen televisyen nasional, mestilah kualitinya mantap dan hebat. Kalau stesen rasmi kerajaan pun tewas dengan kualiti media internet, maka itu sesuatu yang sangat mendukacitakan.

Takkan kena ubah kerajaan baru RTM boleh upgrade kualiti?

Filed under: Catatan, Kritik

6 Responses

  1. RTM ini sudah lama orang tahu memang lembab dari segi teknologi. Dulu stesen lain sudah pakai digital, RTM pakai analog lagi. Pulak tu pemberita-pemberita veteran pula tue, penyampaian yang membosankan, kalau buat siaran langsung mesti ada masalah punya.

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  2. rastom berkata:

    “Takkan kena ubah kerajaan baru RTM boleh upgrade kualiti?” He, he, he….soalan cepumas ni.

  3. Hasbullah Pit berkata:

    Bukan “Lantik Nordin Sulaiman jadi pengarah RTM” baru kualiti terjamin?

  4. Boleh tengok khir jadi ketua pembangkang, boleh la tengok dia tersipu-sipu malu terhadap kerja-kerja tak betul beliau semasa pemerintahan beliau ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  5. munirah berkata:

    saja nak bagitahu, khidmat live streaming yang baik itu telah dijalankan oleh sebuah syarikat bumiputera yang berkelayakan, beribupejabat di kota bharu. kerajaan selangor baru yg progresif dan prudent telah tidak membazir duit rakyat dan menggunapakai kemudahan teknologi yg telah ada secara berhikmah! :)

    sila layari http://www.globalmediachannel.net

  6. zainal hj.ibrahim berkata:

    SAYA CADANG KAN APABILA SIDANG DEWAN BERMULA YANG AKAN DATANG SILA DI UDARAKAN SUPAYA KAMI DI MALAYSIA TIMOR MAKLUUM KERANA INGIN MELIHAT KEHABATAN AHLI DUN KITA ‘PR”

Leave a Reply

Arkib