Satu masalah dengan manusia, ialah apabila terlalu lama di tampuk kekuasaan maka fikiran boleh jadi tepu kalau tak dijaga dan dibentuk dengan rasional.
Ini berlaku di Selangor, apabila banyak kritikan dihambur kepada kepimpinan Tan Sri Khalid dan Kerajaan Pakatan di Selangor dalam pelbagai isu. Antaranya isu babi, air percuma dan yang terbaru, insentif RM1000 kepada pelajar yang layak masuk ke IPT.
Maka meraunglah dua tiga pemimpin, kononnya “lihatlah dunia,Pakatan menipu rakyat, tak tunai janji.” Ada juga pemimpin yang ‘cerdik tahap labi-labi’ (bahasa kiasan masa saya belajar dahulu), kononnya mengucapkan ‘tahniah’ kepada rakyat Selangor kerana memilih kerajaan negeri yang memberikan ‘hadiah’ yang berbeza daripada apa dijanjikan.
Dalam Sinar Harian semalam, seorang graduan IPT telah membuat laporan polis kerana kononnya Pakatan gagal tunaikan janji dalam hal insentif ini. Ini pun boleh tahan ‘cerdik tahap labi-labi’ juga.
2 bulan memerintah, Pakatan diasak sebegini rupa. Walhal apa yang dilakukan dalam fasa permulaan ini ialah menyalurkan bantuan RM1000 kepada pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan RM1500 ke bawah.
Saya fikir itulah konsep adil, letakkan sesuatu di tempat yang betul. Dalam keadaan sekarang, keperluan mendesak adalah untuk pihak yang berpendapatan di bawah RM1500. Pastinya dengan keupayaan kewangan yang lebih kukuh nanti, insentif akan disebar luas kepada semua anak Selangor yang berjaya ke IPT.
Setidak-tidaknya, dalam tempoh 2 bulan, ada insiatif meringankan beban rakyat. Kalau nak dibandingkan dengan 50 tahun Selangor di bawah juak-juak yang menyerang, saya fikir sangat jauh jurang perbezaan antara kepekaan kerajaan negeri sekarang berbanding yang dahulu.
Ini tidak, belum apa-apa nak lapor polis. Saya ingat kalau bab-bab melapor kepada polis ini, Zul lebih layak buat report polis. Untuk pengetahuan anda, di Taman Melawati, ada sebuah masjid yang telah dipecah tanah – bukan sekali, tapi 3 kali! – sempena kempen Pilihanraya 1995, 1999, 2004. Pecah tanah hanya pada Pilihanraya sahaja, kemudian bila menang, tanah dibiarkan kering sampailah musim Pilihanraya berikutnya. Tidak terpacak pun hatta sebatang tiang untuk menampakkan bentuk masjid. Bila Pakatan memerintah, Alhamdulillah, khabarnya pembinaan masjid telah dimulakan. Tanah tidak lagi ’sekadar dipecahkan’ seperti dulu.
Orang terdesak, biasalah tu. Akan lakukan apa saja asalkan mereka boleh meraih perhatian.
Setidak-tidaknya, ada juga kepekaan Kerajaan Pakatan menyalurkan wang rakyat kembali kepada rakyat, bukan sumbat wang rakyat – berjuta beb! – dalam Persatuan Masak Memasak dan Andam Mengandam!
p/s: buat pelajar IPT yang sibuk nak buat report polis, berapa ringgit kau dapat?
tapi itukan sudah dalam janji pilihan raya.
Buat semua, muluk2 manis usahlah ditabur demi memikat hati pengundi….
Saya pun dulu, sokong PKR di DUN Setia Jaya dan Parlimen Kelana Jaya..
Bersamalah menjadi pengkritik yang menguntungkan rakyat …
sdr ridwanto,
janji perlu ditunaikan,itu jelas dan jangan kita nafikan.
tetapi untuk mengharapkan ia ditunaikan dalam tempoh 2 bulan,itu bukan sesuatu yang rasional dalam keadaan kewangan Selangor pun menjadi perhatian serius Sultan Selangor.
bermula dengan keluarga berpendapatan RM1500 ke bawah, itu permulaan yang baik.
InsyaAllah ada lebih 4 tahun lagi untuk mereka tunaikan janji,dan sama-sama kita perhati dan telitikan. Sekiranya dalam tempoh itu mereka terus gagal,wajar kita hukum mereka kelak.
kepada ridwanto:
kritikan positif itu bagus dan membina kearah yang lebih baik, tetapi kritikan tanpa penilaian yang dalam dan luas adalah kritikan negatif, yakni tidak membawa kepada kebaikan, pembangkang mengkritik kerajaan setelah beberapa puluhan tahun pemerintahan, dari selepas kemerdekaan hingga kini, dan untuk kita mengkritik Pakatan Rakyat dalam pemerintahan mereka yang baru berusia 2 bulan ini adalah tidak adil, dan tidak membina kearah kebaikan, berikan mereka masa, kata ayah saya “rumah jika dibina 2 bulan pun hanya tandas yang sempat siap, usahlah kita menilai, cantik atau tidak rumah itu dengan menilai tandasnya!”
inilah bahana mereka yang lama di’rasuah’ UMNO-BN. mereka hanya tahu menadah tanpa mengira mereka yang memerlukan. asal boleh kaut mereka nak kaut. mereka yang sama tidak pula kelihatan saat kita bermatian mahukan wang rakyat diselamatkan bila diguna secara tidak perlu. mereka tidak bersuara bila bantuan disalurkan dengan pincang di kelantan sekian lama hanay kerana tamakkan kuasa dan pengaruh. mereka buta melihat kezaliman masih mahu diteruskan. mereka gagal melihat maruah insan melebihi nafsu! saya jarang menulis keras begini tapi politik murahan begini dijaja oleh televisyen dan akhbar sedangkan lebih banyak isu lain perlu diangkat tapi dikesampingkan kerana politik menindas!
Assalam mu alaikum wr. wbt.
Memeng hebat orang Selangor, Buat repot polis bila kerajaan PR tak beri bantuan kepada pelajar IPT. Mereka lupa ke 50 tahun dah berlalu adakah perkara yang sama beri bantuan kepada orang miskin dibuat. Kampung Berembang dan kampung setingan lain dimusnahkan!! Mereka lebih utamakan orang kaya daripada orang miskin. MB dulu tak sedar yang dia juga orang miskin tak percaya tanya cikgu dia (Hj Haris Wagiman). Tapi orang miskin dibiarkan sahaja. Baru dua bulan memerintah taklah sama dengan 50 tahun memerintah. Wahai orang Be End / Ammno sabarlah tunggu satu atau dua tahun baru boleh bising ke hulu ke hilir, ke darat dan ke laut untuk kata apa-apa kepada orang PR. Terima Kasih
oi! jangan lupa kepada laporan BPR terhadap MB tgganu oleh juak2 umno.