Maka semalam Malaysia dikejutkan dengan pengumuman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau secara rasmi telah keluar daripada Umno. Update yang saya terima daripada SMS Saifullah pada jam 1.00 petang, disusuli follow-up daripada Najwan yang memaklumkan bahawa maklumat awal daripada Malaysiakini semalam adalah sahih.
Kenyataan penuh Tun boleh dibaca di sini.
Pelbagai respon balas diperolehi.Tan Sri Sanusi Junid menyusul langkah Tun untuk turut keluar. Tun Musa Hitam beranggapan ‘duri dalam daging’ telah terkeluar. Pak Lah terkejut, tapi tidak akan sama sekali letak jawatan. Tengku Razaleigh percaya beliau ada jalan tersendiri untuk membaiki prestasi Umno,bukan meletak jawatan. Tuan Guru Nik Aziz menjadi orang paling bahagia di dalam dunia hasil tindakan terbaru Tun. Dan Datuk Shahrir Samad yakin bahawa Malaysia perlu bersiap sedia dengan satu pilihanraya umum baru.
Dan pastinya pelbagai teori dikaitkan dengan keputusan mengejut Tun ini. Ada yang mengatakan bahawa ini satu taktik untuk mengalihkan perhatian massa daripada isu klip video VK Linggam. Ada yang mengatakan Tun sedang berusaha memberi tekanan agar peralihan kuasa segera dilakukan di dalam Umno. Ada juga yang mengulas bahawa Tun mahu ‘test market’, samada beliau masih mempunyai pengaruh atau tidak di dalam Umno.
Pada hemat saya, apapun tindakan Tun, itu rumahtangga Umno. Biar kepimpinan dan akar umbi Umno selesaikan dengan kaedah yang bersesuaian.
Cuma pastinya dalam waktu terdekat ini, yang bakal mencuri perhatian adalah Ahli Parlimen Jerlun yang juga merupakan anak Tun, Datuk Mukhriz Mahathir. Apakah beliau akan menyahut cabaran ayahnya agar ahli-ahli Umno turut serta meninggalkan Umno, ataupun beliau akan mengikuti jejak langkah Allahyarham Tun Hussien Onn sewaktu Almarhum Dato’ Onn keluar Umno pada tahun 1951 untuk terus berada di dalam parti dan ‘menjajat ke puncak dalam diam’.
Filed under: Uncategorized
Dengan perkembangan terbaru apa yang terjadi kepada kaum UMNO yang hidupnya penuh dengan semangat menipu rakyat telah benar-benar berada dalam kesialan dan kecelakaan. Kesialan dan kecelakaan yang meliliti roh jahat ini bakal mengkebumikannya buat selama-lamanya.
Pendita lapok dan tukang karut dari kaum UMNO, Musa anak Pak Hitam telah memuntahkan bau busuk isi perutnya dengan kenyataan “duri dalam daging sudah terkeluar”. Benar dan betul apa yang dimuntahkan oleh pendita lapok ini. Duri telahpun keluar dari daging UMNO yang rosak dan busok.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaiman dengan anak TUN? nak ikut sekali ke?
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaimana dengan anak TUN? nak ikut sekali ke?Sanusi dan siti hasmah dah ikut dah ….
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
“welcome to the club”..kata dato’ onn. hussein onn dan tunku abdul rahman
Bagi kiter…Ada sesuatu yang tidak kena dalam pengurusan negara…yang kalau dibiarkan akan menjadi bertambah teruk dan melarat larat dalam masyarakat…yang pasti pilihanraya ke 13 akan membawa kemenangan besar kepada Kerajaan baru…dan kita munkin sedih berterusan kerana parti UMNO akan berkubur sama sama PakLah dan kuncu kuncunya…inilah cerita benar yang akan berlaku..biarlah mereka yang mengawal kerajaan seolah seoalh memperbaiki labu…Masyarakat akan senyum bila UMNO tenggelam…sebab sekarang ini lapisan pemuda yang menyokong kerajaan baru tidak merasa sedih langsung dengan kekalahna umno…sebab mereka mengatakan UMNO tidak penting…Yang penting pengamal
Islam…
[...] kepada Mukhriz amat menarik sekali. Adihamka di hujung sebuah postingnya yang bertajuk “Apa Langkah Mukhriz?” menanya Mukhriz “[a]pakah beliau akan menyahut cabaran ayahnya agar ahli-ahli Umno [...]