Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

SPR & Rashid, Apa Hujah Balas Anda?

rashid Kata pepatah, jangan curahkan air di tempayan tatkala mendengar guruh di langit. Dan pepatah ini elok sekali ditujukan khusus buat Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman.

4 hari sebelum Pilihanraya Umum Ke-12, beliau mengumumkan satu kejutan bahawa mauduk utama reformasi pilihanraya yang akan dilakukan oleh SPR – penggunaan dakwat kekal ke atas pengundi – dibatalkan serta merta atas alasan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.

Kononnya pada waktu pembatalan tersebut diumumkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan terhadap empat kes membabitkan empat individu berlainan yang disyaki mempunyai kaitan dengan cubaan menipu menggunakan dakwat kuku itu.

Melalui berita pantas daripada Malaysiakini pada ketika itu, Rashid mendakwa bahawa tindakan mengejut itu tidak ada kena mengena dengan sebarang campur tangan mahupun tekanan politik atau mana-mana pihak.

Pun begitu, kejutan ini kelihatan reda selepas Pakatan menang besar pada 8 Mac. Mungkin sebab menang besar, kejutan ini kurang diberi perhatian.

Tetapi kejutan ini terus ‘panas’ semalam, apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menjelaskan bahawa pihak berkuasa tidak menemui sebarang bukti terdapat individu yang membawa masuk dakwat penanda kuku dari Thailand untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke- 12, dalam jawapannya kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dalam sesi soalan lisan di Dewan Rakyat semalam.

Syed Hamid memberitahu, keterangan pengadu dan saksi adalah merupakan khabar angin dan tiada sebarang individu yang dicam atau dikenali secara positif.

Jelasnya, kertas siasatan tersebut telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 14 Mac lepas dan pada 21 Mac kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut dan kertas untuk simpanan (KUS).

Dimanakah kredibiliti SPR dalam hal ini? Apakah sekadar mendengar ura-ura, dalam keadaan pihak berkuasa belumpun menyelesaikan siasatan maka perlaksanaan terus dibatalkan?

Kalau pertimbangan begini digunapakai dalam perancangan dan perlaksanaan sesebuah dasar atau projek, saya fikir pendeklah jangka hayat dasar atau projek tersebut. Asal dengar ura-ura, batal. Lenguhlah macam ni!

Hampir RM1 juta dibelanjakan untuk membeli dakwat-dakwat kekal tersebut. Dan kini ia terbazir begitu sahaja.

Sekarang, kita tunggu hujah Rashid dan SPR.

Filed under: Kritik, Politik , ,

7 Responses

  1. Jepp berkata:

    Agaknya siapa la dapat kontrak/tender supply dakwat tu?

  2. shaman berkata:

    bukan sahaja SPR yang diragui kredibilitinya, malah ACA turut menerima impak yang sama, “…tiada laporan rasmi mengenai money politics di kelantan dibuat kepada ACA(merujuk kepada RM200 elaun untuk rakyat kelantan balik mengundi-jawapan dr Paklah di parlimen) – adakah kita kena buat majlis “perasmian” laporan pula untuk ACA? rase geram, pening kepala, nak tergelak pun ada …dakwat kekal yang tinggal ni baik kita cat muka2 perosak dan pembazir wang rakyat ni, lepas ni jualan panadol pasti melambung tinggi gara2 makin ramai rakyat yang pening dan sakit hati

  3. Inilah permainan politik yang dimainkan oleh kerajaan…kita perlu sedar sekarang badan yang perlu ada amanah seperti SPR kini sudah semakin tidak boleh dipercayai lagi. Pada aku SPR perlu dibersihkan keseluruhan organisasi SPR, biar org baru, biar telus dan lebih amanah. Ini untuk kepentingan PRU akan datang dan pengundi tidak tertipu lagi…….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …

  4. rastom berkata:

    Jangan sekali kali sebut perkataan “dakwat kekal” dihadapan Tuan SPR ini, dia ada alahan, ngeri ya amat! Kerana dakwat juga rumah dia terpalit. Kalau jumpa dia nanti cuba sebut tengok, kalau dia lemah jantung…risiko tanggung sendiri ya.

  5. bulanmalam berkata:

    Lepas nie PRU 13, pakai kapur n papan hitam mesti SPR setuju sebab boleh padam.
    Trimo dengan redha..
    Huhuhuhuhuhuhuhuhu…

    :)

  6. hasronrabbanie berkata:

    SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT ini patut dibubarkan terus.tubuhkan sebuah suruhanjaya yang betul2 bebas dan tidak terikat dengan kerajaan.kalau dikekalkan terus hingga PRU 13,nescaya malapetaka besar bakal menimpa kerajaan pakatan rakyat.kerana mereka belajar dari kekalahan 1999 dan ‘membaiki’ semula pada PRU 2004.

  7. najwan halimi berkata:

    rashit dah mengaku pembatalan penggunaan dakwat kekal adalah arahan kerajaan.

Leave a Reply