Arkib untuk Mei 2, 2008

Jangan Hentikan Siaran Langsung Sidang Dewan Rakyat

Dikirim dalam Kritik, Politik pada Mei 2, 2008 oleh admin

Saya sangat sedih dengan tindakan kerajaan yang mahu menghentikan siaran langsung Sidang Dewan Rakyat, lantaran apa yang berlaku pada hari pertama perbahasan Rabu lepas.

Semalam, akhbar menyiarkan kenyataan Menteri Penerangan yang berkira-kira mahu menghentikan siaran langsung tersebut.Beliau menjelaskan bahawa Mesyuarat Kabinet hari ini akan menentukan samada ia akan diteruskan atau dihentikan. Kelihatan nawaitu beliau disambut positif oleh Perdana Menteri apabila PM turut menyatakan pendapat yang sama.

Seingat saya, pertelagahan atau perang mulut di kalangan MP backbenchers dan MP pembangkang adalah satu perkara biasa dalam sidang. Kalau tidak hari pertama, pasti berlaku pada hari-hari yang berikutnya. Adakah dengan menghentikan siaran langsung maka itu akan menjamin ‘kesantunan’ perbahasan di kalangan MP?
Baca lagi »