Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

Bila Babad Menemui Noktahnya

Akhirnya Pak Khalid berjaya menoktahkan siri akhir ‘babad pengkhianatan pendekar jawa’ [BPPJ]beliau semalam.

Dan pastinya, teman-teman di luar yang mengikuti juga akan menamatkan penantian sejak sekian lama.

Saya pernah membaca dan beberapa kali mengulang baca sebuah buku-tidak tahu boleh dikategorikan sebagai autobiografi atau tidak- nukilan Rozaid A Rahman mengenai Ezam, “Di Sini Aku Berdiri” [DSAB].

Ada versi berbeza antara BBPJ dan DSAB, ia dipulangkan kepada pembaca untuk menilai ‘cerita di belakang cerita’.

Saya kekal berpendapat, apa jua keputusannya, hormatilah atas prinsip dan semangat demokrasi. Saya terbuka dan tidak fikir ia satu ancaman.

Cuma bukan perangai saya membiarkan persoalan tidak berjawab. Itu kekal tergalas di bahunya sebelum menggalas amanah lain.

Perjuangan ini perlu didepani oleh idea dan prinsip, bukan ikon. Hatta kalau Anwar sendiri memilih keluar daripada landasan, perjuangan ini perlu diteruskan. Dan sebagaimana kata Amin, reformasi bukan tanggungjawab individu atau parti tertentu, ia tanggungjawab kita, rakyat Malaysia.

Filed under: Catatan, Politik

Tahniah Ezam!

Sekian lama kekeliruan berselirat di kepala ramai pemerhati politik, akhirnya hari ini terungkai jua.

Hari ini sahih bekas Ketua Pemuda/Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Nor telah kembali ke pangkuan Umno.

Ezam akan kembali sebagai ahli biasa Umno kerana menurut Presiden Umno, “Ezam sendiri pun tidak meminta jawatan”. [baca Malaysiakini: Ezam Sertai Semula Umno]

Satu ketika dahulu ramai keliru, apakah benar Ezam merupakan kepala yang mahu mengemudi ‘kumpulan 12′ menyertai Umno (yang melibatkan Ruslan Kassim, Zahid Mat Arif dan lain-lain) sebelum pilihanraya ke 12?

Apakah benar Ezam mempunyai hubungan baik dengan Khairy Jamaluddin sebagaimana yang Ezam tegaskan sewaktu Khairy menaiki Toyota Harrier Ezam untuk menghantar ‘khabar’ dari Pak Lah kepada Anwar yang pada waktu itu baru sahaja dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan?
Read the rest of this entry »

Filed under: Catatan, Kritik, Politik

CheguBard Selepas Ezam?

Akhir-akhir ini blog ini banyak menimbulkan tanda tanya. haha!

Saya mendapat satu SMS petang ini, antara lain memuatkan kandungan berikut:

Salam, semua program yg melibatkan Sdr Badrul Hisham Shahrin @ Chegubard dgn PKR, PAS, dan DAP dibatalkan berkuatkuasa serta merta. Harap maklum. Terima kasih.

Perkembangan SMS ini juga diterima oleh moderator blog antikhairy.

Kebetulan semalam saya ada membaca blog AntiKhairy yang memaparkan entri Badrul akan menyertai Ezam ke dalam Umno?.

Hari ini, Malaysiakini juga menyiarkan berita yang sama, Badrul Sertai Ezam Bersama Umno? Kedua berita ini, sekadar berbentuk spekulasi. Mungkin benar, mungkin juga bertujuan meraih publisiti tidak kira mahal atau murah.

Betul, politik ini ada turun naik. Esok boleh meludah, hari ini boleh menjilat. Tetapi saya tidak percaya pada ‘politik sesumpah’. saya percaya pada politik prinsip.

Konsep itu mungkin suci secara prinsipnya. Mungkin idealis dan tidak realistik. Maklumlah, politik ini sinonim dengan resmi sesumpah. Bertukar warna mengikut suhu dan cuaca.

Tetapi saya percaya itulah harapan kebanyakan rakyat, untuk melihat politik madani diamalkan, yang memimpin pemimpin berpandukan prinsip untuk membela rakyat..

Saya tidak berminat mengulas langkah dua kelibat ini, sehingga mereka mengumumkan keputusan mereka kelak.

Kita tunggu dan lihat.

Filed under: Catatan, Politik

Ezam Masuk Umno?

Episod Mahathir keluar Umno nampaknya sedang cuba dineutralkan dengan satu berita mengenai mantan Ketua Pemuda KeADILan, Ezam Mohd Nor.

Tiga hari lepas, blog mat saman kati ada menyiarkan satu entri berkenaan Ezam bakal menyertai semula Umno. Antara lain ia juga merujuk beberapa hubungkait antara Ezam dan Khairy yang bakal membawa Ezam kembali ke pangkuan Umno.

Mat Saman juga mengeluarkan entri kedua – Ezam Mengamuk – menceritakan bagaimana Ezam melenting kerana beberapa perancangan sulitnya telah diketahui umum.

Dan hari ini, kelihatan berita tersebut sedang mengesahkan kesahihannya, melalui liputan berita sisi muka depan The Star hari ini, Ezam To Rejoin Umno.

Perincian berita turut dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, Ezam to make a timely move back to Umno.

Ezam dikhabarkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Gerak, dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Mohd Nazree Mohd Yunus. Nazree sebelum ini, saya difahamkan berkhidmat di Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA), sebuah NGO naungan Ahli MT Umno, Norza Zakaria.

Umum mengetahui, Norza dan Khairy adalah sidekick partner. Dan sejak beberapa ketika dahulu sehingga kini, hubungan baik Ezam dan Khairy bukan sedikit yang sampai ke telinga saya.

Khabar-khabar yang saya dengar ialah, Ezam akan kembali ke pangkuan Umno dan bakal menjadi calon untuk kerusi panas Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Dalam laporan The Star dan Malaysiakini juga pemberitaan berkenaan hal ini agak senada, di mana Ezam juga bakal diberi ruang sebagai Senator dan memainkan peranan aktif untuk memperkasakan gerak kerja Umno untuk kembali menawan Selangor.

Malah berita paling hangat yang saya peroleh, sekiranya Anwar bertanding di mana-mana kerusi dalam satu Pilihanraya Kecil, Umno akan meletakkan Ezam sebagai calon mereka. Betul atau tidak, Wallahualam.

Pimpinan KeADILan pastinya ada yang terkejut, seperti dilaporkan Malaysiakini. Datin Seri Dr. Wan Azizah menyatakan rasa pelik beliau setelah melihat apa yang dilalui Ezam sewaktu bersama KeADILan.

Pendapat YB Tian dan YB Yusmadi saya setujui seratus peratus.

“We still consider him a friend but we cannot wish him good luck because then it would be bad luck for us,” quipped PKR information chief and Batu parliamentarian Tian Chua.

“This doesn’t come as a blow because Ezam does not hold any position but I just regret that he made such personal choice,” he said.

Tian Chua also noted that Ezam’s contributions to PKR’s struggle and course were still valuable.

“I think he has sacrificed for our struggle and he has made very critical stand in the past striving for change.

“But when change has been recognized and accepted by the people it’s odd to go against the trend – to join the forces with the people we have been fighting against,” he said.

“This is something I don’t understand and I don’t think it’s a brilliant decision,” he added.

A PKR youth leader and formerly a founding director of Gerak, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, expressed ambivalence regarding Ezam.

On the one hand, said the Balik Pulau member of Parliament, the news did not come as a surprise as Ezam had previously spoken of returning to Umno.

“He was always thinking of how to go back. I guess it doesn’t come as much of a shock, especially at this time when Umno is undergoing a serious crisis,” Yusmadi said.

It was, nonetheless, disappointing considering Ezam had also spoken of the need for a “new politics” in Malaysia but was now returning to the “old politics” of Umno.

“Ezam was supposed to bring the new hope of the youth to Malaysian politics, not go back to the old Umno formula that will be proven to be irrelevant,” he said.

“I wish him all the best,” he added.

Saya pernah menulis dahulu, Terkesankah KeADILan Dengan Krisis? mengulas mengenai perkembangan politik KeADILan sewaktu Ezam keluar secara rasmi daripada parti itu. Pendapat saya mungkin mengkal.

Mungkin Pak Khalid boleh meneruskan siri Babad Pengkhianatan Pendekar Jawa yang sehingga kini saya menunggu apa akhirnya kisah tersebut..

Filed under: Catatan, Politik

Selangor TV Lebih Baik Daripada RTM!

selangor

Antara perkara yang buat saya bengang sejak sebermulanya Sidang Dewan Rakyat beberapa minggu lepas adalah siaran langsung melalui internet. Sangat-sangat menyakitkan hati.

Di pejabat tak boleh menonton TV, maka internetlah penyelesaiannya.

Menunggu sedari awal jam 8 pagi, cecah saja jam 10, siaran akan terputus.

Tetapi berbeza dengan siaran langsung Sidang DUN Selangor yang bermula hari ini. Siarannya lancar dan baik kualitinya. Syabas bagi pihak urusetia di SUK Selangor yang menyediakan siaran langsung ini dengan baik.

Persoalan kapasiti server ataupun streaming RTM yang tidak mampu menampung pengunjung yang ramai, itu saya tidak mahu ambil tahu. Customer is always right. Sepatutnya sebagai stesen televisyen nasional, mestilah kualitinya mantap dan hebat. Kalau stesen rasmi kerajaan pun tewas dengan kualiti media internet, maka itu sesuatu yang sangat mendukacitakan.

Takkan kena ubah kerajaan baru RTM boleh upgrade kualiti?

Filed under: Catatan, Kritik

nahdah@twitter

Add to Technorati Favorites

Statistik Blog

  • 119,351 kunjungan

Arkib