Dengan Izin…™

Icon

“menyimpang seinci, sesat seribu batu…”

SK Sudah Diluluskan, Purnama Bila Lagi?

Tahniah buat pihak editorial Suara Keadilan yang akhirnya bakal beroperasi ’secara sah’ selepas dinafikan permit penerbitan akhbar selama hampir 4 tahun.

Lebih memberangsangkan, SK kini boleh dijual kepada umum, tidak terhad kepada ahli KeADILan sahaja. Ini satu kemenangan moral buat KeADILan yang selama ini bertungkus lumus memperjuangkan kebebasan akses media di kalangan entiti bukan pemerintah.

Saya mengharapkan agar SK boleh meningkatkan mutu penerbitannya agar boleh menjadi akhbar alternatif kepada massa. Daripada konteks layout sehinggalah isi kandungan, banyak ruang penambahbaikan boleh dilaksanakan di SK, dan harapnya ia akan dipandang serius oleh pihak ketua pengarang untuk memastikan kualiti SK tidak dipertikaikan.

Imej KeADILan dan Pakatan Rakyat banyak bergantung kepada sejauh mana SK mampu memainkan peranan. Kesilapan ejaan, nama dan jawatan harus dielakkan sama sekali. Berita berstatus ‘cut and paste’ juga wajar dikurangkan atau diolah menjadi lebih cantik agar tidak menjejaskan imej SK. Ini sekadar teguran dan pandangan saya sebagai orang awam, harapnya teman-teman saya di SK tidak terusik perasaan mereka. :)

Melihat kepada perkembangan ini, saya cenderung untuk bersetuju dengan tulisan Mat Zain Mohd Isa di dalam Harakahdaily yang mempersoalkan keberanian KDN untuk meluluskan permit Harakah agar kembali menemui pembacanya 2 kali seminggu.

Dalam masa yang sama, saya juga ingin mengetahui apakah status akhbar harian kelolaan PAS, Purnama yang pernah dirancang sekitar tahun 2000 – 2001. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa PAS pernah mengemukakan permohonan untuk mewujudkan sebuah akhbar harian mereka yang dinamakan sebagai Purnama.

Permit telah dikemukakan kepada KDN, tetapi sehingga ke hari ini tidak ada sebarang susul-balas daripada KDN.

Melihat kepada kualiti Harakah yang ada sekarang, saya fikir editorial Harakah mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan akhbar harian mereka sendiri. Atau mungkin saja Purnama boleh ditukar format menjadi akhbar harian rasmi Pakatan Rakyat yang menggabungkan editorial Harakah, SK, dan Rocket.

Tetapi akan timbul pula satu persoalan maha besar, bersediakah KDN meluluskan?

Filed under: Uncategorized , , , , ,

One Response

  1. Robert Manurung berkata:

    Selamat untuk para penggagas “Suara Keadilan”. Tampaknya pintu kebebasan mulai dibuka sedikit di Malaysia. Syukurlah.

    Di Indonesia, di tengah kebebasan yang mengarah ke liberal dan anarkis, ternyata hak para pemeluk Ahmadiyah yang dilindungi konstitusi malah dilanggar dan dirampas. baca di sini :

    http://ayomerdeka.wordpress.com/2008/04/23/negara-tidak-berhak-membubarkan-ahmadiyah/

Leave a Reply